17

9.5K 506 8
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepala masih terasa berpinar. Aku menoleh ke sebelah. Zafran sedang enak diulik mimpi.

Tidak menunggu lama, aku terus mengejutnya.

" Zafran, bangun. " panggil aku. 

Zafran membuka matanya perlahan-lahan. Dia membetulkan tempat duduknya.

" Kenapa tak kejut aku je tadi? "

" Aku nak kejut tapi tak sampai hati. Tengok kau nyenyak sangat tidur. So, aku tidur la sekali. "

" Jom masuk rumah. " Kami beriringan masuk ke dalam rumah.

" Haa masuk pun rumah. Yang tidur dalam kereta tu kenapa? Dah takde bilik? " tegur mummy.

" Kenapa mummy tak kejut? " tanya Zafran. Pelik jugak. Kalau dah nampak kenapa tak kejut je.

" Mummy tak sampai hati. Tengok macam penat sangat. "

Aku memandang Zafran. Hairan. Yang harini semua pakat tak sampai hati ni dah kenapa?

Aku sengih.  " Kalau macam tu takpe lah mummy. Sara naik atas dulu eh. " Aku meminta diri untuk beredar.

" Kejap kejap. Sara, kenapa dengan muka kamu ni. Sembap je, kamu menangis ya? " tangannya mula merayap ke muka menantunya.

Aku sudah tidak keruan. Nak bagi jawapan apa ni. Habislah!

" Takde apa lah mummy. " jawab aku. Cuba berselindung.

" Mana boleh takde apa-apa. Zafran, kamu buat apa dekat isteri kamu sampai menangis ni? Baru je balik dari outstation dah buat isteri sedih. " matanya terarah kepada anaknya pula.

" Ai, Zafran pulak yang kena? "

" Habistu, siapa lagi yang nak buat menantu kesayangan mummy kalau bukan kamu? "

" Ish takde apa la mummy. Abang tak buat apa pun. Sara layan cerita korea tadi. Terover pulak sampai menangis. Takde apa la. Kitaorang okay je. " Aku cuba melindungi Zafran.

" Betul ni? " tanya Puan Aqilah lagi. Menginginkan kepastian.

" Betul. Mummy tak payah risau la. " aku senyum.

" Bukan menangis sebab rindukan Zafran? " Soalan lain pula keluar. Sengaja Puan Aqilah mengusik menantunya.

" Ish takde la, mummy ni! " tersipu-sipu aku dibuatnya. Apa ni mummy, soalan perangkap!

" Okay, baik. Tapi kalau mummy dapat tahu Zaf buat menantu mummy menangis, siap mummy kerjakan! " arahan itu lebih terarah kepada Zafran.

" Okay mummy okay. InshaAllah tak. " Zafran sengih. Kami meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.

Aku duduk di birai katil. " Sorry lagi. " ucapku.

Zafran yang baru sahaja mahu masuk ke dalam bilik air terhenti.

" Sorry kenapa pulak? "

" Sorry la sebab aku kau kena marah dengan mummy. "

" Ala takde apa la. Aku dah biasa kena marah dengan mummy. Setakat ugutan manja tu, apalah sangat. "

Aku diam. Tidak tahu mahu memberikan reaksi apa.

" Ish kau ni janganlah diam macam ni. Sekarang ni kau yang buat aku rasa serba salah. Kau diam macam ni buat aku risau la. "

" Habistu kau nak aku balas apa? Oh ye ke? Thank you sebab tak ambil hati. Macam tu?  " tanya aku geram. Aku diam salah. Aku bising lagi lah salah.

" Macam ni baru la isteri yang aku kenal. KUAT BEBEL! " Kata Zafran selamba lalu masuk ke dalam bilik air.

Kureng asam punya suami! " Zafraannnn!! " jerit aku dari luar.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now