21

9K 485 21
                                    

" Asal perangai angah pulak? " Zafran baru sahaja masuk ke dalam rumah. Barang-barang dia suruh aku yang angkat. Katanya balas dendam sebab aku buli dia tadi. Ceit! Geram je!

" Woi bila sampai! " tegur Zafran. Teruja melihat kawan baiknya ada di rumahnya. Dia menghulurkan tangan. Bersalaman.

" Lama dah. Kau tu, baru nak balik. " rungut abang Huzair. Salam di sambut.

" Assalamualikum. " aku memberi salam. Terus jalan masuk ke dalam rumah. Barang-barang yang berat ni membuatkan aku tak berfikir panjang. Laju sahaja ingin ke dapur.

" Woi kau suruh adik aku yang angkat barang sorang-sorang? " tegur abang Huzair. Dia memandang Zafran tajam.

Zafran sudah menayang gigi.

Aku yang mendengar suara abang terus pusing ke arah ruang tamu.

" Abang! " jerit aku. Barang di tangan aku lepaskan. Terus berlari mendapatkannya.

Zafran di dalam hati sudah menyahut ' ya sayang! ' Perasan je lebih deni.

Aku memeluk abang kuat. Rinduu!

"  Oi rileks la. Mati abang kalau kau peluk macam ni. "  abang Huzair membalas pelukanku.

Aku mencebik. Payah betul nak manja-manja. Manjang je perli. Sebijik macam perangai Zafran. Copy and paste!

Aku beralih pada kak Fatin pula. " Akak ni macam dah gemok je. Akak pregnant eh?! " tembak aku.

" Ish takde lah. Tu abang kasi akak makan banyak sangat. Akak gemok la! "

" ingatkan akak pregnant dah. Tak sabar nak dapat anak buah! " kata aku teruja. Kak Fatin tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepala.

" Sibuk nak anak orang. Buat anak sendiri lah. "

PAAPP!

" Adoi, Sara! " abang Huzair mengusap bahunya.

" Mulut tu, kalau Sara gigit abang dah tak boleh bercakap tau. "

Semua sudah bantai gelak. Terhinjut-hinjut Zafran. Seronok melihat Huzair dalam kesakitan. 'Power gak bini aku. Tak boleh buat main ni.'  Bisiknya di dalam hati.

" Ibu ayah mana? " tanya aku.

" Ibu dekat dapur. Ayah dekat taman. " jawab kak Fatin. Mewakili suaminya yang sudah pun memuncung. Mintak simpati.

Barang yang aku campak tadi aku kutip balik lalu bawak ke dapur.

" Tolong angkat barang. Ada lagi dalam kereta, thank youuuuuu! " jerit aku kuat.

Zafran menggelengkan kepala. " Macam Tarzan adik kau ni. Jerit je manjang. "

Huzair gelak. " Isteri kau jugak. "

Yan menggelengkan kepala. Bila dua ni dah bersatu, habis memasing lupa ada bini. Baik bawak lari kak Fatin daripada dia jadi patung cendana japgi.

" Kak Fatin jom pergi ruang tamu atas. "  ajak Yan. Dia hanya menurut.

******
" Ibuuuuuu! " jerit aku lalu memeluk ibu daripada belakang.

Terhinjut bahu orang tua itu. Terkejut.

Ibu menepuk tangan aku manja. " Osh budak ini lah. Suka buat orang terkejut. " bebel ibu.

Aku sengih. Rindu bebelan ibu. Aku melepaskan pelukan lalu mengambil tempat di sebelah ibu.

" Amboi dia tu, jumpa ibu dia, sampai lupa mummy ya. " Puan Aqilah mengusik. Saja mahu melihat reaksi menantunya.

" Ish takde la mummy. Mummy tetap di hati Sara! " aku cuba memujuk. Rasa berdosa pulak kecikkan hati mak mentua sendiri.

Encik Penulis, Miss Photographer!Where stories live. Discover now