Bab 1

395K 11.5K 6.2K
                                    

                Aku Ariq. Takda orang dalam dunia ni yang panggil aku 'Ariq'. Semua panggil aku 'Fran', kecuali kakak ipar aku. Aku tak kisah dia nak panggil aku apa, sebab dia ialah manusia paling bermakna bagi kedua abang aku, Aryan dan juga arwah Arlan. Tapi dia tu takdalah bermakna sangat bagi aku. Lainlah kalau dia tu bini aku.

Masa berlalu dengan pantas. Sudah setahun berlalu sejak chapter terakhir Jejaka Blue & Gadis Hazel dipublishkan.

              Sekarang aku dah berumur 26 tahun. Tua. Aku benci jadi tua. Nanti hilang lah kekacakan aku. Tak pernah wujud lagi lelaki tua yang hensem. Semua hodoh. Tapi nak buat macam mana, takkan nak masuk dalam perut mak balik. Perit.

              Sesiapa yang belum kenal aku ni orang yang macam mana, korang kena baca cerita Jejaka Blue & Gadis Hazel terlebih dahulu. Kerana ini adalah siri yang kedua. Cuma watak utama sahaja sudah bertukar.

             Kalau korang taknak baca cerita yang pertama, maka korang ialah babi. Sial punya babi. Cau.

Ariq mencampak cermin yang dipegang ke luar tingkap. Orang bodoh je yang bercakap depan cermin.

             Ariq memakai tali leher bewarna merah. Cukup padan dikenakan dengan kemeja kerjanya yang bewarna hitam dan juga kot kerjanya yang bewrna hitam. Yeahh.. I love this color.

             Kunci kereta dicapai.

             Kaki melangkah menuju ke Lamborghini Aventador. Pintu kereta dibuka dengan kasar.

           Fellen dan Ferris berlari ke arah Ariq yang baru sahaja tiba di bilik pejabat milik Aryan.

             Fellen dan Ferris didukung oleh Ariq.

            "Bro.. Apahal sampai bawak anak datang office ni ? Avrin mana ?", tanya Ariq sambil tersenyum kepada Fellen dan Ferris.

            "Avrin ada meeting harini. So kau tolong jaga anak-anak aku sebab kejap lagi aku ada meeting. Thank you", kata Aryan yang sudah mencapai komputer ribanya.

           Ariq mengerutkan dahinya. 

           "Aku pun ada meeting kejap lagi, setan", kata Ariq yang sudah menurunkan kedua-dua gadis kecil itu.

           "Aku boss kau, aku benarkan kau tak datang meeting harini. Terima kasih", kata Aryan lagi dengan senyuman lebar. Pen bermain-main di jari.

           "Cetan....", kata Ferris tiba-tiba.

           Aryan membulatkan matanya.

           Ariq pula tersenyum lebar menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik. Dia kemudian menunduk ke arah Ferris.

           "Iye, betul tu. Sebut, DADDY SETAN", Ariq cuba untuk mengajar gadis itu supaya mengajuk katanya.

           "Dada.. cetan", ajuk Ferris dengan pelatnya.

           "Yeahhh !!! Macam tu lah anak sedara uncle !! You're the best, Ferris ! You're the best !", Ariq menepuk tangannya kuat.

            Ferris dan Fellen hanya melepaskan tawa mereka. Apa yang lawak pun tak tahulah.

           "Kau jangan nak ajar anak aku cakap benda yang bukan-bukan, Fran. Mengamuk Avrin nanti", kata Aryan cukup tegas.

           "Kisah apa aku", kata Ariq selamba. Mata masih tertumpu pada Ferris.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Where stories live. Discover now