Bab 19

115K 7.1K 1.8K
                                    

                Dengan hanya sekali lafaz, Erika kini sah menjadi isteri kepada Ariq Frandy Louise. Walaupun walinya anjing, ia tetap menjadi sah.
  
               Majlis kecil itu berjalan dengan lancar. Ariq tidak membenarkan Erika untuk menjemput ramai tetamu. Hanya orang penting sahaja yang dibenarkan hadir.

              Ariq, Aryan dan Hayden berdiri di luar rumah Puan Ana. Ariq tidak memakai baju melayu malah hanya memakai seluar jeans dengan kemeja hitamnya. Aryan dan Hayden juga tidak memakai baju melayu. Masing-masing tiada mood untuk menghormati majlis itu.

              "Apa lagi sekarang ? Kau dah kahwin dengan dia. Mana bini aku nya ?", tanya Aryan dingin. Betapa marahnya dia apabila Ariq memberitahunya tentang Avrin yang diculik oleh bapa Erika.

              "Kenapa kau tanya aku ? Lebih baik kau tanya anjing sial tu", kata Ariq dengan mata yang memandang ke arah Zack yang berdiri di tepi kereta bersama seorang anak buahnya.

             "Fuck. Aku nak bunuh dia", kata Aryan perlahan. Kaki melangkah menuju ke arah Zack.

             "Woi laknat. Mana bini aku ?", tanya Aryan dingin.

             Zack menoleh ke arah Aryan yang jelas kelihatan marah.

             "Bini kau yang mana satu ni ?", tanya Zack. Sengaja buat-buat bodoh.

            "Aku takda masa nak main-main dengan kau lah anjing. Baik kau lepaskan bini aku sekarang", kata Aryan dingin.

            Ariq dan Hayden hanya memerhati dari jarak jauh.

           "Hahahahaha. Bini kau tu ada dengan aku. Dia hidup lagi, jangan risau. Cuma...", Zack sengaja menggantungkan ayatnya.

            Aryan hanya diam menunggu ayat itu disambung semula.

            "Kau tahu tak yang dia pregnant ?", tanya Zack dengan tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

             Aryan mengerutkan dahinya seribu. Bila masa pula bini aku pregnant ?

             Erika melangkah mendekati Ariq dan Hayden. Ariq yang menyedari akan kehadiran gadis itu, terus melangkah ke arah Aryan. Hayden pula hanya mengekor. Erika jelas terasa hati tetapi dia tahu dia juga bersalah dalam hal ini.

             "Apa maksud kau ?", tanya Aryan. Ariq dan Hayden kini bersandar di tepi kereta Aryan yang berada bersebalahan dengan kereta Zack.

             "Bini kau tu pregnant", kata Zack mendatar.

             Aryan, Ariq dan Hayden jelas terkejut.

             "Tapi, aku dah tergugurkan kandungan dia", kata Zack selamba. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

             Ariq dengan pantas mendekati Zack. Dia memusing 360 darjah sebelum menyepak kepala Zack dengan kuat. Zack tersungkur di atas tanah.

             Anak buah Zack yang berada di situ terus melulu ke arah Ariq. Dia menumbuk Ariq dengan kuat sebelum Aryan dengan pantas menyepak leher lelaki itu. Lelaki itu juga tersungkur di atas tanah.

             Erika menjadi takut melihat pergaduhan itu. Tolonglah jangan ada yang mati...

             Hayden hanya memerhati sambil berjaga-jaga.

              Aryan dengan pantas duduk mencangkung di tepi Zack. Kolar baju Zack dipegang dengan kuat.

             Ariq menyepak anak buah Zack dengan kuat. Lelaki itu terpelanting jauh sedikit dari mereka. Ariq kemudian mengeluarkan selaras pistol bewarna silver sebelum pistol itu diacukan ke arah lelaki yang sedang terbaring itu.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz