Bab 23

142K 8.3K 2.1K
                                    

Erika berjalan menuju ke bawah pokok yang penuh dengan daun berwarna-warni. Pelik tetapi itulah yang dia nampak ketika ini. Cuaca di situ sejuk. Tetapi Erika tidak memerlukan baju sejuk.

Erika memandang ke sekeliling. Tiada siapa-siapa di situ melainkan dirinya sendiri.

"Frandy !!!!", jerit Erika terapi tiada sahutan.

Erika duduk di bawah pokok itu. Hanya pokok itu sahaja yang berada di situ. Dia memeluk lututnya sendiri.

"Sayang...", tegur suara lembut dari arah belakang Erika.

Erika dengan pantas menoleh ke arah si pemilik suara.

"Mama....", bisik Erika perlahan. Sungguh dia tidak percaya arwah mamanya kini berada di depannya.

Wanita muda itu hanya tersenyum manis. Pakaiannya seperti bidadari. Hanya bewarna putih.

"Percayalah.. Kadang-kadang, yang baik itu tidak baik untuk kita. Tetapi yang jahat itu tidak semestinya tidak baik untuk kita", kata wanita muda itu dengan lembut.

Wanita muda itu melangkah ke arah Erika. Kepala anaknya diusap lembut.

Erika masih tidak faham dengan apa yang cuba mamanya sampaikan.

"Dia papa kamu. Tetapi dia hanya mempergunakan kamu. Fikir lebih jauh, sayang. Selepas dia dapat apa yang dia mahu, dia pasti akan membunuh kamu", kata wanita muda itu lagi.

"Apa maksud mama ?", tanya Erika lembut.

"Tunjukkan pada mereka siapa diri kamu yang sebenarnya !", jerit wanita muda itu tiba-tiba kemudian menghilang sedikit demi sedikit.

"Show them who you are...", kata wanita muda itu sebelum betul-betul hilang dari situ.

"Show them who you are ??", tanya Erika sendiri.

"Mama !! Mama !!", jerit Erika.

"Woi, woi !!!", jerit Ariq.

Erika membuka matanya luas. Ah mimpi rupanya. Dia menoleh ke arah Ariq yang sedang duduk bersandar pada kepala katil. Komputer riba terletak elok di atas kaki sendiri. Nampak sangat tengah buat kerja.

"Dah apahal kau ni ?", tanya Ariq dengan kening yang dikerutkan.

"Kau ?", tanya Erika. Pelik dengan panggilan yang digunakan oleh Ariq. Berubah sekelip mata.

"Sorry.. Aku ikut mood sikit bila bercakap", jawab Ariq sambil menoleh ke skrin komputer ribanya semula.

"Oh.. Takpalah", kata Erika. Dia menutup matanya kembali.

"Eh, eh.. Jangan nak tidur balik lah. Aku punyalah tunggu kau bangun tidur, kau sedap-sedap je nak tidur balik. Bangun sekarang !!", jerit Ariq. Tangannya menepuk-nepuk bantal yang berada di bawah kepala Erika.

"Oh.. Sweetnya tunggu saya bangun tidur", kata Erika dengan mata yang dibuka semula.

"Kau kenapa ? Kau mimpi apa sampai menjerit-jerit macam orang gila ?", tanya Ariq mendatar.

"Saya mimpi mama saya", jawab Erika mendatar. Dia duduk di sebelah Ariq yang sedang menaip-naip di papan kekunci komputer ribanya.

"Oh.. Mama kau cakap apa ? Mesti dia puji menantu dia ni hensem, kan ?", tanya Ariq dengan suara lembutnya.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Where stories live. Discover now