Bab 15

126K 7.6K 2K
                                    

Avrin dan Hayden tiba di Malaysia pada pukul 12.00 tengah hari. Aryan yang mengarahkan Hayden untuk menemani isterinya memandangkan jadualnya sangat padat pada hari ini dan esok.

"Kenapa you nak balik Malaysia sebenarnya ?", tanya Hayden yang sedang memandu.

"I ada urusan lah", jawab Avrin malas.

"Baik you cakap dengan i betul-betul, Avrin. I dah kerja lama dengan Froy, kalau setakat mata you yang nak menipu i tu, tak payahlah", kata Hayden mendatar.

Avrin terus menoleh ke arah Hayden yang berada di tempat duduk pemandu.

"Erika.. You know about her ?", tanya Avrin mendatar.

"Just a lil bit. Why ?", tanya Hayden semula.

"I kena jumpa papa dia"

"Untuk apa ?", tanya Hayden dengan kening yang diangkat sebelah.

"Slow talk", jawab Avrin.

"Macam mana you nak jumpa dengan dia ?", tanya Hayden lagi.

"Ini Malaysia lah, Hayden. I anak jutawan Malaysia. I boleh jumpa sesiapa je kalau i nak", kata Avrin bangga.

"Ambiklah menang. Bila nak jumpa dia ?", tanya Hayden.

"Petang karang"

"I follow"

"Up to you".

Erika bersiap-siap untuk keluar bersama Ariq. Mahu mengajak pergi makan katanya. Dia hanya memakai seluar jeans hitam dengan kemeja bewarna peach sahaja. Cukup simple.

Kaki melangkah ke arah kereta BMW milik Ariq. Pelik betul tiba-tiba harini bawak kereta biasa-biasa je. Selalunya kereta pintu terbang ke atas lah, ekzos berapi lah, tayar terbang lah.

Erika sudah masuk ke dalam perut kereta. Mata tidak berhenti dari merenung Ariq di sebelah. Lelaki itu nampak sangat kacak dengan kemeja putih dengan lengan yang dilipat sedikit, seluar jeans bewarna biru pudar, rambut yang disisip ke atas dan kaca mata hitamnya yang terpakai elok di mata.

Buat pertama kali Erika melihat Ariq memakai baju yang bukan bewarna hitam.

"Dah puas scan aku ?", tanya Ariq tiba-tiba. Matanya yang tertutup dengan kaca mata hitam itu hanya merenung gadis yang berada di sebelahnya itu. Sungguh cantik dan menawan.

Dengan pantas Erika menoleh ke arah berlainan.

Ariq tersenyum nipis melihat Erika yang sudah berona merah itu.

"Kita nak pergi makan kat mana ni ?", tanya Erika dengan mata yang memandang ke luar tingkap.

"Kau cakap dengan siapa ?", tanya Ariq. Mata masih merenung ke arah gadis yang tidak mahu memandangnya itu.

"Cakap dengan awak laa", jawab Erika lembut.

"Aku kat sini, bukannya kat luar tingkap tu", usik Ariq.

"Ish ! Takkan nak kena pandang muka awak dulu baru boleh bercakap dengan awak ?", tanya Erika. Mata masih memandang ke luar tingkap.

"Aku tak minat orang bercakap dengan aku tapi pandang lain. Pandang sini sekarang", kata Ariq dingin.

"Kenapa pulak ? Aduhh !", Erika mengeluh.

"Pandang sini", kata Ariq lagi.

"Awak !!"

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Where stories live. Discover now