Bab 9

125K 7.8K 1.8K
                                    

              "Korang ni kan, kalau tak buat hal tak boleh ke hah ?!! Perangai macam budak-budak !!", marah Avrin. Sedang marah-marah tangannya masih lagi mencuci luka halus pada lengan suaminya akibat melompat dari kereta sebentar tadi

             "Frandy tu", kata Aryan perlahan.

             "Eh apa pulak aku ? Kau yang tak cakap awal-awal binatang tu sebenarnya bom. Takdalah aku main kalau kau bagitahu awal-awal", kata Ariq pula. Tangan sibuk mencuci luka di lengan sendiri.

              "Aku dah cakap jangan main tapi kau yang sibuk nak membelek tu apahal ?", kata Aryan pula.

              "Standard lah. Lagi kau cakap jangan, lagilah aku buat. Lain kali cakap straight to the point", kata Ariq pula.

              "Eh sudahlah ! Jangan nak bertengkar dekat sini ! Dua-dua salah ! Jangan nak sibuk salahkan orang lain je !", marah Avrin.

Alangkah terkejutnya dia apabila suaminya menghubunginya satu jam yang lalu mengkabarkan bahawa kereta milik Aryan telah meletup. Apa punya berita tu ? Nak sedih ke nak gembira ?

               Aryan dan Ariq hanya terdiam. Hayden sudah pulang ke rumahnya memandangkan dia juga tercedera ringan.

             "Kalau korang tak sempat nak lompat keluar, macam mana ? Kalau korang meletup sekali, macam mana ? Tak fikir ke haa ?!! Guna sikit otak masing-masing ! Dah besar pun still buat perangai macam budak 6 tahun !", bebel Avrin.

              Ariq terus berbaring di atas sofa hitam di ruang tamu rumah Aryan itu. Penat betul hari ini. Ingatkan balik boleh lah rehat dengan aman. Tapi kena berdas pulak dengan minah ni.

            "Ariq ! You dengar tak apa i cakap ni ?!", tanya Avrin kuat.

            Ariq pantas menoleh ke arah Avrin. Kening diangkat sebelah.

           "Huh ?", tanya Ariq sepatah.

           "Geramnya lah aku. Pergi tidur kat bilik tamu lah sana ! Makin i tengok muka you, makin rasa nak terajang je", kata Avrin.

           "Yes ! Finally !", kata Ariq sebelum melompat turun dari sofa. Dia melangkah mendekati Aryan.

           "Goodnight, baby", kata Ariq. Tangannya mengusap-usap kepala Aryan dengan kasar sebelum melangkah naik ke bilik tamu.

Aryan hanya mendiamkan diri. Malas mahu membalas. Balas karang takut esok kena daftar sijil mati si adik pulak.

             "Now tell me", kata Avrin dengan dingin. Mata merenung ke dalam mata biru milik Aryan.

             "Apa ?", tanya Aryan sepatah.  Kening diangkat sebelah.

             "Abang cakap nak pergi meeting. Hebat betul meeting sampai boleh meletup kereta tu", perli Avrin.

             "Yo ! Apa pulak ?! Abang cakap nak pergi meeting, tapi sayang tak tanya pun abang meeting dengan siapa. Abang meeting dengan Ariq lah", kata Aryan. Cuba untuk mempertahankan diri.

             "Ah ! Alasan semata-mata ! Berani abang menipu saya ye sekarang. Jangan cakap dengan saya setahun !", kata Avrin sebelum bangun dari duduknya.

             Aryan dengan pantas menarik lengan isterinya supaya duduk semula.

              "Sayang... Dia adik abang. Takkan abang nak biarkan dia duduk dalam penjara. Dia bukannya akan duduk dalam penjara je, tapi dia akan dihukum bunuh jugak. Please faham abang..", pujuk Aryan lembut. Kedua belah tangannya mengusap-usap pipi Avrin dengan lembut.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Where stories live. Discover now