Bab 18

117K 6.9K 1.1K
                                    

              Aryan menghantar beratus anak buahnya untuk mencari isterinya. Masuk hari ini, sudah seminggu sejak Avrin diculik oleh orang yang Aryan tidak kenali. Tetapi si cilaka Ariq dan Hayden kenal. Cuma buat-buat tidak kenal.

              Aryan cukup musykil mengapa kumpulannya yang sentiasa berjaya itu tidak dapat mencari isterinya. Benda mudah je kot. Ataupun sebenarnya Hayden yang tidak mahu membuat kerjanya dengan betul.

               Sudah seminggu Aryan tinggal bersama dua orang anaknya di rumah kedua ibu bapanya. Biasalah lelaki, mana pandai jaga anak sorang-sorang. Buat susu pun ambik masa 3 jam 42 minit 36 saat.

               "Kau nak pergi mana ?", tanya Aryan kepada Ariq yang sedang melangkah ke pintu utama.

               "Jumpa kawan kejap", jawab Ariq dingin. Kaki terus melangkah keluar dari rumah.

                Aryan hanya memerhati sikap Ariq yang tiba-tiba berubah itu. Siapa yang telah mengubah lelaki itu menjadi seorang yang serius ? Cilaka makhluk tu. Habis hilang Ariq yang gembira dan bodoh.

                Ariq memandu Lamborghini Aventadornya dengan laju. Tangan menggenggam stereng dengan kuat. Matanya jelas tajam.

               Sudah seminggu dia tidak berjumpa dengan Erika. Panggilan dari gadis itu pun dia sengaja tidak mahu jawab. Whatsapp gadis itu pun dia tidak mahu balas. Dia kecewa.

               Tetapi hari ini dia mesti dapatkan jawapan. Jawapan dari mulut gadis itu sendiri.

              Erika amat terkejut apabila Ariq menelefonnya dan memberitahu yang dia sudah dalam perjalanan untuk ke rumahnya. Mahu mengajak makan di luar katanya.

              Pakaian yang dikenakan simple sahaja. Rambut dilepaskan bebas. Kaki melangkah keluar dari rumah. Matanya terus tertumpu pada lelaki kacak yang sedang bersandar di tepi Lamborghini Aventador berwarna hitam itu.

             Ariq bersandar di situ dengan tangan yang dilipat ke dada. Lelaki itu jelas tampak garang dengan jaket kulit hitam yang dipakainya. Baju t shirt di dalamnya juga hitam. Seluarnya juga hitam. Kasutnya juga hitam. Kaca mata hitamnya dipakai dengan elok. Tetapi masih nampak kacak.

              "Kau nak aku tunggu berapa lama dekat sini ?", tanya Ariq dingin. Kaki terus melangkah masuk ke dalam perut kereta.

              Erika tanpa banyak kata terus masuk ke dalam perut kereta Ariq.

              "Hai, awak", tegur Erika ramah. Senyuman paling ikhlas diukir khas buat Ariq.

               Ariq tidak menoleh malah terus memulakan pemanduannya.

              Erika sudah pelik dengan layanan Ariq. Dia marah ke ? Aku ada buat salah ke ?

              Ariq menghentikan keretanya betul-betul di atas jambatan panjang. Bawahnya terbentang lautan yang luas dan dalam.

               "Kata nak pergi makan ?", tanya Erika lembut.

               "Makan ? Haha. Buat apa aku nak bawak kau pergi makan ?", tanya Ariq dingin dan sinis. Matanya masih memandang ke hadapan.

               "Awak ni dah kenapa ? Haritu baik, lepastu tiba-tiba lost contact. Pastu sekarang layan saya macam sampah pulak. Awak ingat saya takda perasaan ke ?!", Erika menaikkan oktaf suaranya.

              Ariq menoleh ke arah Erika. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata gadis itu.

              "Kau tanya kenapa dengan aku ? Seriously ? Haha", sinis Ariq lagi.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα