Bab 12

120K 7.3K 442
                                    

"Dah sampai nanti jangan lupa call ibu tau !", pesan Puan Ana kepada Erika.

Erika hanya mengangguk sebelum memeluk Puan Ana dengan erat.

Ariq hanya memerhati sambil bersandar di kereta dengan kedua belah tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Jayden pula bersandar di sebelah Ariq dengan tangan yang dilipat ke dada.

"Cukup cantik, tapi malang, dia nampak cukup mencurigakan", kata Hayden perlahan.

"Hmm", jawab Ariq sebelum terus melangkah masuk ke dalam kereta. Hayden hanya mengekor.

13 Jam kemudian..

"Kita pergi rumah abang aku dulu. Nanti aku hantar kau balik", kata Ariq yang sedang memandu. Hayden sudah pulang ke rumahnya setiba sahaja mereka di Amerika.

"Kenapa kena pergi rumah abang awak dulu ? Saya takutlah nak jumpa abang awak. Dia kan tak suka awak nak kahwin dengan saya", kata Erika lembut.

"Dia takda kat rumah. Bini dia je yang ada kat rumah. Kita kena jumpa bini dia tu kejap", kata Ariq.

Erika hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tidak tahu mahu cakap apa.

Akhirnya mereka tiba di rumah Aryan. Avrin sudah pun menunggu di depan pintu sambil mendukung Ferris. Sebentar tadi Ariq menelefonnya memberitahu bahawa dia mahu berjumpa dengannya.

"Yo", tegur Ariq yang baru keluar dari kereta. Erika juga turut keluar dari kereta. Dia merenung Avrin lama. Cantik betul gadis itu. Patutlah Aryan memilih gadis itu untuk dijadikan isteri.

"Mimpi apa sampai nak jumpa i ni ?", tanya Avrin mendatar.

Ariq menoleh ke arah Erika yang masih tercegat di depan pintu kereta.

"Eh.. Buat apa lagi tu ? Tak reti nak salam ke ?", kata Ariq kepada Erika. Erika dengan pantas melangkah ke arah Avrin. Tangan dihulur.

"Erika Rose", kata Erika sambil tangan masih dihulur.

"Quin Avrin", kata Avrin pula. Tangan dihulur untuk menyambut huluran Erika.

"Masuklah dulu", pelawa Avrin lembut.

Ariq dan Erika terus melangkah masuk ke dalam rumah. Masing-masing mengambil tempat di sofa bewarna hitam.

"Fellen mana ?", tanya Ariq. Mata mencari-cari kelibat anak buahnya yang seorang lagi. Erika hanya mendiamkan diri sambil tangannya bermain-main dengan jari sendiri.

"Tidur kat atas. So, apa sebab you nak jumpa i ni ?", tanya Avrin lembut.

"I nak mintak tolong you", jawab Ariq senada.

"Tolong apa ? Kalau i boleh tolong, i akan tolong. Kalau tak boleh, sorry lah", kata Avrin juga senada.

"Ar. Ar tak bagi i kahwin dengan Erika", Ariq mula untuk memulakan topik utama mengapa dia mahu berjumpa dengan kakak iparnya itu.

"Habistu ?", tanya Avrin semula.

"Tolong pujuk dia", jawab Ariq.

"What ?! I bukannya taknak tolong tau, tapi...", Avrin terhenti ayatnya sekerat jalan.

"Tapi apa ? Dia mesti akan dengar cakap you. Kan dia sayang kat you", Ariq cuba untuk memujuk Avrin.

"I kalau boleh taknak masuk campur hal adik-beradik korang ni. Lagipun, i percaya dengan apa yang suami i buat. Dia tak bagi tu, adalah sebab tertentunya", kata Avrin lagi. Bukannya dia tidak tahu semua. Aryan telah pun memberitahunya tentang Ariq dan Erika itu. Avrin pun tidak setuju untuk menyatukan mereka.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Where stories live. Discover now