Bab 16

119K 7.4K 947
                                    

               Avrin dan Hayden sudah pulang ke tanah air pada hari semalam. Mereka berdua hanya merahsiakan tentang pertemuan mereka dengan si ketua Double 7. Itu pun Avrin yang suruh. Tidak mahu Aryan risau katanya. Haha kepala hotak dia.

             Hayden masuk ke dalam bilik pejabat Aryan dengan membawa fail bewarna hitam. Ariq turut berada di dalam bilik itu tetapi sedang memberi sepenuh tumpuan pada komputer ribanya.

             "Nah..", kata Hayden sebelum menghulur fail hitam itu ke arah Aryan. Fail hitam bertukar tangan.

             "Fran, report mana ?", tanya Aryan kepada Ariq yang berada di sofa bilik itu.

            "Hmm..", jawab Ariq.

            "Aku tanya, mana report. Tak dengar ke ?", kata Aryan tegas.

            "Tengah buat lah ni. Buta ke ?", kata Ariq dingin.

            Aryan hanya mendiamkan diri sebelum melangkah mendekati Ariq.

           Aryan mengambil tempat di sebelah Ariq. Hayden pula mengambil tempat di hadapan mereka.

           Aryan dengan pantas menekan-nekan papan kekunci komputer riba milik Ariq. Mencarut melalut apa pun tak tahu lah.

           "Kau dah lama hidup ke, setan ?", tanya Ariq lembut tetapi dingin.

           "Haha. First time aku tengok kau serius buat kerja. Apahal ni ? Kemaruk cinta ke ?", tanya Hayden.

           Ariq dengan pantas bangun dari duduknya. Komputer ribanya dibiarkan di atas meja kopi. Kaki melangkah ke pintu.

           "Nak pergi mana ?", tanya Aryan.

           "Keluar makan. Aku malas nak buat binatang tu. Kalau kau rasa kau nak report tu, kau buat sendiri. Tadi kacau aku sangat, kan ? Cau", kata Ariq dengan jari yang menunjuk ke arah komputer ribanya.

           "Woi, iblis !!! Datang sini balik !!!", jerit Aryan.

             Ariq tidak peduli dengan jeritan abangnya malah terus berjalan dengan mulut yang sibut bersiul. Kedua belah tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

            "Hah ! Apa lagi ? Buat lah !", arah Aryan kepada Hayden.

            Hayden menghela nafas panjang.

            "Kejap lagi lah. Kita lunch lah dulu", kata Hayden yang sudah berdiri dari duduknya. Kaki melangkah ke pintu. Aryan juga hanya mengekor. Perut juga sudah lapar.

Seusai sahaja Ariq, Aryan dan Hayden menjamu selera, mereka lepak di situ menunggu azan zohor. Masing-masing membelek telefon bimbit masing-masing.

"Hey..", tegur Avrin dari belakang Aryan. Dia mengurut bahu Aryan lembut.

"Hey.. Buat apa dekat sini ?", tanya Aryan lembut. Dia menarik tangan isterinya supaya duduk di sebelahnya. Ariq dan Hayden hanya memerhati dengan mulut yang berkunci.

"Datang nak makan lah. Saya pun ada rasa lapar jugak tau", jawab Avrin lembut.

"Dahlah lunch tak ajak", perli Avrin.

"Abang dah whatsapp sayang tapi sayang tak reply", kata Aryan lembut.

"Yelah.. Abang dah makan ke ? Korang dah makan ke ?", tanya Avrin kepada Aryan kemudian kepada Ariq dan Hayden.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Where stories live. Discover now