Bab 3

1.8K 44 0
                                    

Petang ini, cuaca agak cerah. Tidak seperti semalam. Hujan renyai semalaman. Kabus jangan cakaplah, turun sampai ke jalan raya. Panorama yang sangat menarik, buat warga Cameron Highlands.

Dari banglo, teres atas bumbung, Badri berpeluk tubuh merenung jauh ke bawah. Ada sebuah lagi rumah dua tingkat, dibina oleh arwah Papanya di dalam kawasan tanah milik keluarganya. Dia memandang sesusuk tubuh kecil, berambut panjang, lurus, dibiarkan lepas, yang baru tiba. Ditariknya nafas panjang dan menghembusnya kasar.

Hari yang dia tunggu-tunggu telah pun tiba. Sedari pagi lagi, setia dia menunggu kehadiran seseorang yang dirinduinya. Dia tidak mahu terlepas walau sesaat pun melihat kedatangan gadis idamannya tiba. Sambut dari jauh? Tak kisahlah. Janji sudah berada di depan mata. Itu sudah memadai buatnya.

“Tak dapat tengok dekat, tengok bumbung pun jadilah…” Badri mula bermukadimah saat dia terasa ada seseorang baru tiba di belakangnya.

Bunyi berdehem. “Tuan Muda.”

Badri segera berpaling. “Kenderaan saya dah siap Pak Mail?”

“Siap Tuan Muda,” Ismail, pembantu peribadinya. Berusia awal empat puluhan. Tidak berkahwin, bertanggungjawab menguruskan segala keperluan Tuan Muda di banglo ini.

Badri angguk dan membetulkan kolar jaketnya agar terletak kemas.

“Dalam jam empat macam tu, ada kereta dengan motor sampai. Pak Mail minta mereka hantar ke rumah bawah ya?”

“Untuk siapa?”

“Nur Hana binti Sulaiman,” berbunga wajahnya saat menyebut nama tersebut. Tunang kesayangannya. Badri segera beredar turun ke bawah. Dia ada urusan lain sebentar lagi.

Ismail tinjau ke bawah, dia turut sama tersenyum, sebelum mengekori Tuan Mudanya turun ke bawah.

Badri berjalan laju menuju ke lif. Di dalam lif, didailnya seseorang. “Zaiton, kamu dah buat tempahan “Baby Pink” yang saya suruh?”

“Sudah Tuan Muda.”

“Hantar alamat penuh 50Gram Florist tu ke WhatsApp Haris.”

“Saya dah hantar alamat tu baru kejap tadi.”

“Hmmm, esok pagi saya masuk pejabat sekejap, kemudian saya turun KL. Sepanjang ketiadaan saya, pastikan pekerja baharu tu berdisplin. Saya tak suka kesilapan dan masalah! Faham?”

“Baik.”

“Terima kasih untuk kerja yang bagus.”

“Sama-sama Tuan Muda.” Zaiton tersenyum seraya menggeleng kecil. Jarang Tuan Muda memujinya. Dia merupakan setiausaha peribadi Tuan Muda. Tugasnya meliputi segala keperluan jika diperlukan. Berusia lewat dua puluhan, masih bujang.

Ismail berkerut dahi. Dia tidak tahu ke mana Tuan Muda mahu pergi saat ini. “Tuan Muda?”

“Oh lupa. Saya nak ke Smokehouse kejap. Jumpa kawan.”

“Ya.” Ismail berpuashati. Itu tugasnya. Nak tak nak, Tuan Muda mesti melaporkan kepadanya sebarang aktiviti untuk tindakan lanjut jika berlaku kecemasan.

Ting! Pintu lif terbuka.

Di laman, dia mengambil cermin mata hitam yang dihulurkan Ismail. Dengan penampilan kemas lagi berjenama, sepatu kulit coklat gelap dikenakan dengan jaket hitam, seluar jeans lusuh bewarna biru dan T-Shirt putih, dia merenung rumah bawah dengan satu senyuman panjang yang meleret.

“Ini baru syok. Orang lain bercuti, Han dapat kerja atas sini! Hari-hari boleh bercuti! Yippi…” Hana menggosok kedua belah tangannya. Sejuk sudah mula terasa. Terkinja-kinja dia menari kegembiraan. Lihat wajah Along dan Kak Ida, keluarganya yang masih tinggal, cukup membahagiakan hatinya.

Tuan Muda Cik HanaWhere stories live. Discover now