Bab 9

1.3K 36 3
                                    

“Pagi Pak Abu!” Hana memulakan sapaan.

“Assalamualaikum dan selamat pagi Cik Hana,” Pak Abu membalas.

“Waalaikumsalam. Hana ajalah Pak Abu. Gelilah cik-cik ni!” Hana ketawa sambil berlari-lari anak memasuki ruang lobi untuk punch card.

“Pagi Cik Hana” Anjali pula menyapa.

Hana angkat tangan. “Pagi Anjali.”

Di Kafe Matahari,
Badri yang sedang membaca majalah, tersenyum lebar melihat Hana sudah sampai awal pagi ini. “Terima pun. Ingatkan tak sudi,” gembira hatinya melihat Hana bawa Vespa hari ini. Terus dia bangun dan bergerak menuju ke Lobi. Memang sengaja dia mahu menunggu Hana di sini.

Dia bertembung dengan Zaiton yang turut sama punch card. “Pagi Kak Zai?” Hana menyapa lagi. Di belakangnya, ada seorang lelaki yang sedang majalah.

“Pagi Cik Hana!” Zaiton serius pagi itu. Tidak seperti semalam. Ketat wajahnya pagi ini.

Langkahnya terhenti. “Kak Zai, serius ke tak boleh panggil Hana? Saya kuli juga. Lagi bawah dari Kak Zai tau. Seganlah.”

Zaiton tidak menjawab. ‘Awak Tunang Tuan Muda saya, maka itu kami diarahkan memanggil awak begitu. Cuma, saya tidak boleh beritahu atau bercakap soal pertunangan depan Hana. Itu adalah arahan.’

Zaiton masih diam, tersenyum dan terus menuju ke pantri.

Sepantas kilat Hana punch card dan berlari mengekori Zaiton ke pantri. Hana menegur seorang lelaki yang baru masuk ke lobi, “Selamat pagi Encik yang baca majalah?”

Dia menyapa semua orang. Mood nya bagus hari ini. Dapat pergi kerja sendiri. Suka dia. Jadi balik nanti dia boleh rempit ke mana dia suka. Jalan-jalan cuci mata dulu lepas itu baru balik.

“Kak Zai? Misalan lah kalau Han terrrbaca buku novel Encik Singa Putus Cin---”

Zaiton panik. Dikatupnya cepat-cepat mulut Hana. “Coppp! Cik Hana ni kenapa ya? Kejap!” Dia angkat tangan betul-betul depan muka Hana, mengerling lelaki yang membaca majalah yang sedang berjalan terus. ‘Ngerinya, eeeee... itu Bos lah Hana oi! Habis aku. Arghhh! Syarat konon! Menyusahkan aku betullah Tuan Muda ni. Dah kita sama, terpaksa, menjebakkan diri kena berlakon pula. Haish!’

Hana terkedu. Terus dia diam dan tak jadi nak tanya lagi. Dia keluar dari pantri. Niatnya nak berbual dan buat air panas, terbantut. Lain kalilah.

‘Aduh. Aku silap cakap ke?’ Zaiton kerling kiri kanan. Setelah yakin tiada Tuan Muda di mana-mana, dia mendekati Hana yang tunduk berjalan lemah-longlai merenung lantai.

“Cik Hana?” Zaiton menegur perlahan.

“Ya?” Hana angkat wajah.

“Maaf pasal tadi? Kak Zai tak sengaja nak melenting. Satu lagi, Cik Hana janganlah gelar Tuan Muda macam tu? Tak baik. Tak sopan. Cik Hana baru masuk kerja. Nanti takut pekerja yang lain terdengar? Kan dah tak elok? Lagi pun, Tuan Muda yang arahkan kami panggil Cik Hana. Sebabnya kami tak tahu dan tak perlu tahu. Tapi itulah arahannya. Kami tak berani nak tanya lebih. Jadi kami ikut arahan. Kak Zai harap Cik Hana mesti biasakan diri!”

“Ya, apa-apalah.” Keterujaannya mula bekerja dengan semangat ‘membunuhnya’ hari ini.

“Terima kasih. Dah, jangan masam muka. Mari, Kak Zai kenalkan dengan Suhaida. Dia biasanya masuk awal. Tapi rupanya Cik Hana lagi awal tau. Teruja nak mula bekerja lah tu? Kejap! Anjali, Kak Su dah datang?”

Anjali geleng.

“Cik Hana masuk perpustakaan dulu. Nanti Kak Zai nyusul. Nak jumpa Tuan Muda kejap.”

Tuan Muda Cik HanaWhere stories live. Discover now