Bab 4

1.4K 36 0
                                    

Sejam kemudian.
“Assalamualaikum? Saya Haris, Tuan Muda minta saya jumpa Pak Mail?” Haris memberi salam.

Ismail tergamam. Agak lama dia berdiri dan merenung. Dilihatnya lelaki yang berdiri di laman, di hadapannya, dari atas hingga ke bawah. ‘Biar betul Tuan Muda upah lelaki selekeh macam ni jadi pemandu peribadinya?’ Terangkat keningnya tidak percaya. Berbaju lusuh. Kasut agak kotor. Rambut dan jambang tidak terurus. Seluar? Okey lupakan. Masakan ada orang luar boleh sesuka hati masuk ke tanah persendirian milik Badri Syah bin Datuk Jaafar tanpa kebenaran.

“Waalaikumsalam, aku Pak Mail. Kau Haris?” Ismail berbasa-basi.

“Ya. Maaf, saya tak ada baju lain. Ini ajalah sepasang.” Haris yang sedar akan pandangan tersebut, mula tersenyum sambil menundukkan wajahnya mengadap lantai. Dia sudah lama jadi gelendangan di Kuala Lumpur. Bekas pesara askar. Nasibnya malang, dihalau isteri dan anak setelah dibahagi-bahagikan hartanya. Pandangan seperti itulah yang selalu diterimanya saban waktu semasa menjadi gelendangan di kotaraya.

“Tunggu sini,” Ismail masuk ke dalam dan keluar dengan segugus kunci di tangan. Diberikan kepada Haris. “Nah.”

“Lagi satu ni kunci apa?”

“Kunci apartment di Golden Hills. Kediaman baru kamu.”

“Huh?” Haris terkesima. “Eh tak apa. Saya boleh sewa bilik. Saya ada nampak iklan bilik kosong dekat Tanah Rata tadi, saya dah telefon, kejap lagi nak pergi tengok.”

Ismail ketawa kecil, “Tuan Muda takkan benarkan, pekerjanya hidup susah di luar.”

“Malu saya Pak Mail, dapat kerja ini pun rasa dah bersyukur sangat dah.”

“Kamu dah selamatkan Tuan Muda dari diragut di Bukit Bintang minggu lepas. Kalau ikutkan, Tuan Muda tu, berkemampuan untuk lawan sepuluh orang sekaligus. Tapi itulah, Tuhan tu Maha Berkuasa, jadi asbab untuk kamu dapat kerja dan hikmah untuk Tuan Muda juga, yang mana, tiada manusia sentiasa hebat tanpa izin-Nya.”

Haris angguk.

Ismail menghulurkan satu lagi barang. Sampul bersaiz A4. “Dalam sampul ni ada saguhati sikit untuk kamu daripada Tuan Muda, beli pakaian baharu dan makanan.”

Haris membuka sampul tersebut, terbeliak biji matanya. Dia yakin ada kurang lebih lima ribu, jika setiap ikat bernilai seribu ringgit. Sebuah telefon Samsung terbaru.

“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.” Ada airmata yang sudah bertakung di kelopak matanya.

“Mari? Kita ke garaj.”

“Ya, baik.”

Tuan Muda Cik HanaWhere stories live. Discover now