Bab 6

1.4K 40 0
                                    

Di lobi.
Anjali. Penyambut tetamu menyedari kehadiran Hana. Cepat-cepat dia menelefon setiausaha Tuan Muda. “Kak Zai? Cik Muda tu dah sampai. Ya baik!”

“Cik Hana?”

“Ya saya Nur Hana binti Sulaiman, nak lapor diri.”

“Cik duduk depan sana dulu ya? Nanti setiausaha Tuan Muda turun.”

“Ya.”

Baru nak labuhkan punggung, dia ditegur seseorang. “Cik Hana?” Kelihatan seorang wanita berpenampilan agak seksi tetapi tidak menjolok mata, menyambutnya mesra.

Hana angguk.

“Kita ke sebelah sini. Tempat punch card. Saya Zaiton, setiausaha Tuan Muda. Panggil Kak Zai sahaja. Penyambut tetamu tadi tu, nama dia Anjali.”

“Ini kad pekerja merangkap punch card sekali. Jangan bagi hilang!”

“Eeerrr, kalau hilang? Heeeee,” cuak pula Hana dengar perkataan jangan hilang.

“RM 100 untuk kad pekerja yang baharu.”

Telan air liur Hana dibuatnya. Dia angguk. Tempat punch card agak tersorok sedikit, tetapi betul-betul di lorong bersebelahan dengan penyambut tetamu.

Sementara itu, di lobi, “pagi Tuan Muda.” Tegur Anjali panik.

“Pagi. Zaiton mana?”

“Dengan Cik Hana, dekat mesin punch card rasanya tadi, nak saya panggilkan dia ke?”

“Tak payah. Ini, Haris dah sampai?”

“Dah.”

“Bunga?”

“Kak Zai dah letak dalam perpustakaan.” Anjali senyum lebar. Berubah betul Tuan Muda mereka pagi ini. Lebih peramah, lebih mesra dan mudah tersenyum.

“Okey. Saya nak tukar pakaian dulu.” Diketuknya meja Anjali dengan hujung jari sambil tersenyum.

Sementara itu, Hana, membelek kad pekerja. Seperti debit kad. Lengkap gambar dan nama penuh. ‘Ala... Hana ke? Bukan ke patutnya Han? Lecehlah.’

“Kak Zai? Nama saya ni silap eja. Itu hari dalam borang temuduga, saya isi lain. Tak ada A belakang?” Ditayangkannya kad pekerja tersebut depan Zaiton.

“Cik Hana---”

Hana terus potong cakap Zaiton. “Kak Zai tak payah guna Cik boleh tak? Janggallah. Saya Pustakawan saja. Bukan pangkat tinggi pun.”

“Cik Hana,” Zaiton tetap memanggil dengan senyuman tanpa tayang gigi. “Yang tu ada payah sikit. Tuan Muda tak luluskan. Dia sangat tegas bila melibatkan nama ni. Nama-nama glamour dari zaman kolej-universiti tak boleh digunapakai langsung di pejabatnya!” Serius Zaiton menerang. “Ikut sini.”

“Lecehlah macam ni.” Bebelnya perlahan, namun masih dapat didengari oleh Zaiton. Apa lagi ketawa tutup mulutlah Zaiton jawabnya.

“Perempuan sangat nama ni Kak Zai? Gelilah.”
Zaiton menghembuskan nafas dengan kuat. Mereka berdua, betul-betul sedang berdiri di hadapan perpustakaan.

Ditariknya Hana duduk. Ada sebuah kerusi panjang dari kayu palet, sedikit hiasan taman yang agar terlindung, di hadapan perpustakaan, betul-betul bersebelahan dengan kedai sewa buku.

“Dengar baik-baik, dalam hidup ni, ada masanya, kita perlu beralah demi masa depan, bertolak-ansur. Bukan untuk siapa-siapa? Untuk diri sendiri saja cukup. Percayalah, ia sangat berbaloi.”

“Ya…” Muncung mulut Hana sikit punya panjang tatkala mendengar tazkirah pagi.

“Nama Hana kan sedap? Hana mesti berbangga dengan nama yang dipilih orang tua! Kan? Dulukan, sebelum masuk kerja sini, nama glamour Kak Zai dalam Facebook dan Instagram lain tau!” Zaiton cuba mengendurkan ketegangan. Teringat hari pertama dia mula bekerja di sini. Dia seperti Hana, hanya bezanya dia tidak protes seperti yang Hana lakukan saat ini. Walau pun kes ini tidak begitu besar, dia seperti merasakan, masalah kecil bisa jadi besar jika tidak dibendung dari awal. Penjelasan mesti diberikan, sebagai panduan.

Hana angkat muka. “Serius?”
Zaiton angguk. “Zaza!” Dia ketawa besar, kemudian cepat-cepat tutup mulut kemudiannya. Malu pula bila terpaksa melihat ulang tayang insiden hari ini. Terasa melihat dirinya lima tahun lalu.

Tuan Muda Cik HanaWhere stories live. Discover now