Bab 7

1.4K 30 5
                                    

Tepat jam lima petang.
Hana masih lagi asyik membaca novel. Buku yang berterabur sudah dia susun di troli dahulu. Manakala buku yang berselerak di rak, dia kemaskan biar pun katalogingnya berterabur. Tak mengapa. Dia sudah biasa dengan persekitaran perpustakaan. Sewaktu di universiti dahulu, banyak masa dihabiskan di perpustakaan jika tiada aktiviti luar.

"Hanaaa... yuhuuu?" Zaiton tercari-cari kelibat Hana.

"Sini!" Terkocoh-kocoh dia menyelitkan semula novel ke rak. "Ya... datang ni!"

"Tak balik lagi?"

"Tunggu Along sampai. Luar sejuk. Hana lupa bawa baju panas! Lagi pun ada sikit lagi buku belum susun." Sejak bila jadi penipu ni Hana? Padahal, dari mula masuk rehat, dibantainya pergi baca buku. Tak berkat gaji!

"Nak beritahu ke tidak ni?" Zaiton berbisik sendiri. Serba-salah pula dia nak beritahu sesuatu yang paling mustahak sekali tentang Tuan Muda.

'Arghh! Tuan Muda tak balik kot petang ni rasanya, kalau dia balik, dia mesti telefon beritahu aku kan? Okey, cantik, esok ajalah aku beritahu!' Zaiton sengih.

"Okey. Jangan lupa tutup air cond dengan lampu semua?" Zaiton mengingatkan Hana.

"Baik Kak Zai. Bye... jumpa esok?" Hana lihat, Kak Zai hanya melambai tangan sebelum berlalu pergi.

Pintu tutup sahaja, "...ini semua salah kaulah novel. Kejadah apa entah syok pula baca tak boleh berhenti!" Terus laju dia menyusun buku yang tinggal suku troli sahaja lagi. "Banyaknya buku!" Omelnya sendirian.

Dia mendongak ke siling, kemudian ditenungnya pula pintu putih. Entah kenapa dia terasa macam sedang diperhatikan. Baru nak tolak troli, tiba-tiba bunyi microphone diketukkan berulangkali, di corong peti pembesar suara yang terletak di dinding berhampiran pintu putih.

Kreooookkkk! Tok! Tok! Tok!
Bingit! Terganggu betul Hana rasa. Terpejam matanya sesaat dua.

"Nur Hana binti Sulaiman. Punch card dan keluar sekarang! Saya tak akan bayar, kerja lebih masa kamu!"

"Ha-hantuuuuuu!" Menjerit dia waktu itu juga. Melambung semua buku yang ada di tangannya, berlari, capai apa yang boleh dicapailah dan meluru keluar. Tak tutup lampu? Ah peduli apa dia!

"Kusss semangat!" Hana membongkok kelelahan, depan perpustakaan. Longgar kepala lutut kalau dibuatnya kena sergah hari-hari begini. "Itu mesti Tuan Muda tu! Mesti punya. Gila seram dia ni!" Tercungap-cungap dia berlari keluar. "Aduh!"

WhatsApp masuk.
~ Cik Hana. Kak Zai ni, baik Cik Hana keluar sekarang! Tuan Muda balik pejabat rupanya, Kak Zai ingat dia tak singgah - Kak Zai

~ Hmmm... kat luar dah pun - Hana

~ Ya ke? Maaflah. Kak Zai lupa nak pesan awal. Okey tak tu? - Kak Zai

~ Okey aja - Hana

~ Tepat jam lima, Cik Hana mesti punch card. Sebab biasanya Tuan Muda akan guna perpustakaan lepas waktu pejabat - Kak Zai

~ Faham - Hana

PON! Pon! Pon!
Lemah longlai Hana mendapatkan kereta Alongnya.
"Aik? Monyoknya? Apasal ni?" tanya Hanafi. Dikirainya rambut Hana yang berikat ala-ala poly tail.

"Eeee, Along ni," Hana mengikat semula rambutnya.

"Amboi, sekarang dah tak boleh bawa bergurau pula?"

Hana mengelamun memandang bangunan Jaff Plantations Sdn Bhd. "Tu mesti suara Tuan Muda. Garau! Bengis! Kasar! Dasar singa putus cinta!"

"Siapa?" Hanafi tercengang, Hana bercakap sendiri.

Tuan Muda Cik HanaWhere stories live. Discover now