Bab 5

1.5K 31 3
                                    

Pagi itu, sambil mengadap cermin, bersiap, dia berpakaian biasa; T-Shirt putih dan jeans. Hana memegang kemas surat tawaran sebagai Pustakawan. Dia sudah tidak sabar untuk memulakan kerja di hari pertama.

Di meja makan,
“Macam mana ni Abang?” Ida sudah resah. Semalam masih boleh lagi mereka nyorokkan hadiah pemberian Badri. Tetapi pagi ini? Waktu hari sudah siang? Allahuakhbar.

“Abang cakap jujur ajalah. Penatlah asyik nak tipu-tipu dia aja, setiap masa. Tak larat dah.”

“Ida ngikut aja.”

“Ingat? Apa pun yang terjadi, Abang nak Sayang diam aja tau? Biar Abang yang bercakap.”

Ida angguk.
Semasa menuruni tangga, Hana lihat Along dan Kak Ida memandang antara satu sama lain. Wajah mereka tegang dan langsung tidak bergurau atau berbual mesra seperti biasa. “Perang dingin ke apa Abang aku ni?” Bisiknya sendirian. Ditariknya kerusi. “Pagi semua?” Hana sengih lebar, cuba memecah hening pagi dengan ucapan pagi yang ceria.

Sebaik sahaja Hana duduk, menceduk nasi goreng, Hanafi menolak sesuatu ke arah Hana. “Nah. Tunang kamu bagi. Hadiahnya ada di laman.” Hanafi tidak mahu menipu. Payah. Mereka berdua sedang berurusan dengan Hana saat ini.

“Hmmmm… Han dah agak dah. Mesti ada sesuatu, bila Along dengan Kak Ida diam nyepi macam ni. Kali ini apa pula yang dia bagi?” wajah Hana seperti orang tiada perasaan. Namun, dia tidak cepat melatah. Dia bukan lagi budak kecil, yang tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya, jika mengamuk tidak tentu pasal seperti dulu. Tidak lagi. Dia tidak boleh halang Tunangnya untuk buat apa pun, tak peduli. Dia tidak pernah setuju dengan ikatan pertunangan ini dan walau siapa pun tunangnya, dia tidak mahu ambil tahu. Tempoh empat tahun sudah tamat dan dia sedar, lambat-laun akhirnya dia mesti berhadapan dengan tunangnya.

Ida memandang wajah suaminya sambil menyenduk nasi goreng ke pinggan suaminya.

“Volkswagen Mini Cooper sebiji. Vespa Piaggio sebiji. Dua-dua coklat.” Hanafi memandang wajah isterinya dari ekor mata.

Hana mengeluh lalu tunduk mengadap pinggan, “Hmmm, Along nak Han ambil yang mana satu?”

Melihatkan Hana tidak mengamuk, cepat-cepat Hanafi menghulurkan sekeping nota. Di dalamnya terdapat nombor telefon tunangnya.

Hana tarik nafas panjang, “Along tahukan? Han tak akan ambil tahu pasal dia walau sebesar hama sekali pun.” Yang lebih menghairankannya, macam mana Encik Tunang tahu, coklat adalah salah satu warna kesukaannya. Dipandangnya wajah Along lama-lama.

Hanafi tarik balik nota tersebut. Lalu disimpannya semula masuk ke dalam poket.

Ida sedih, dia memandang suaminya dengan satu perasaan kasihan.

Hana tertunduk kesal. Perkara terakhir yang dia nak buat adalah tidak menyakiti hati Alongnya. Tidak lagi. Cukuplah dia buat perangai semasa sedang belajar dahulu. “Along pilih satu untuk Han.” Disuapnya nasi goreng sesudu sambil menggangguk.

“Heeeee! Betul ni? Jangan macam dulu?” Teruja betul Hanafi pagi ini. Tak sangka.

Hana mengeluh. Dipejamkannya mata seketika. Kemudian ditenungnya wajah Kak Ida yang sedari tadi tidak bertegur sapa dengannya seperti selalu. “Demi Along, Han beralah. Tapi kali ini aja ya? Ini amaran terakhir. Kalau dia bagi lagi, apa pun lah, memang makan penumbuk anak orang kaya tu Han kerjakan! Dengan Han jangan cari pasal! Apa, dia ingat duit boleh tawan hati semua orang ke?” Sambil memandang wajah Kak Ida sepintas lalu yang sedih dan diam seribu bahasa.

Hanafi senyum lebar. “Baik! Along akan beritahu dia!” Tak kisahlah Hana nak membebel selama mana, janji nak ambil cukup. Dia pun dah tak tahu nak buat apa jika kali ini Hana tolak juga lagi.

Tuan Muda Cik HanaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora