Bab 11

1.6K 30 6
                                    

Toing! Toing! Toing!

Ada mesej WhatsApp masuk di telefon Badri. "Kejap ya? Saya nak baca mesej kejap." Usai membaca WhatsApp dari Hanafi, hatinya jadi sugul. Dipandangnya Hana dengan ekor mata. Hana sedang membelek-belek novel yang baru dibelinya sebentar tadi.

Tiba-tiba, Badri mendapat satu idea. Ditaipnya pantas kepada Hanafi untuk memberitahu rancangannya. Dia berharap sangat, ideanya menjadi.

~ Saya ada idea, cara nak rapat dengan Han, saya minta izin Along untuk rapat dengan Hana sebagai kawan sahaja dulu. Boleh tak? - Badri

~ Apa-apalah. Asalkan Hana dapat terima dan faham. Along ikut aja - Hanafi

~ Dia ada di luar ni, dengan saya. Bawah pergola, dalam taman. Bukan diperkenalkan sebagai tunang, tetapi sebagai kawan dan jiran baru dia - Badri

~ Allah... kenapa sampai boleh jadi macam ni? - Hanafi

Hana mencuri pandang memandang wajah Badri. Ya, dia mengesan ada sedikit sugul dan keluhan yang berulang dari Badri. 'Sah mesej dengan tunanglah tu.' Muka sebiji macam orang putus cinta.

"Maaf. Saya leka balas WhatsApp. Ada hal sikit. Kenapa Han tak masuk lagi? Sejuk ni?" Soal Badri ingin tahu. Kebetulan bateri telefonnya habis langsung, pantas disimpannya di poket.

"Tak apa. Baju aku ni lengan panjang. Yang kau tu kata tadi nak jumpa Tunang? Apahal balik awak sangat? Apa cerita?" Soal Hana. Tak ada maknanya lah dia nak jawab soalan Badri kenapa dia tak masuk.

"Tak jadi. Dia ada hal. Sibuk. Saya baru ingat buat kejutan, dianya belum sampai rumah pun, sabar ajalah." Badri meluahkan apa yang terbuku dihatinya saat ini sambil menggosok kedua belah tangannya. Sedikit kecewa. Ditenungnya langit dan menghembuskan keluhan panjang.

"Jangan sedihlah. Ada jodoh mesti tak ke mana." Hana terasa seperti disindir. Dia pun belum balik juga lagi. kesnya sama pula dengan Badri. Aduhai.

"Han ada kawan istimewa?" Badri cuba mengorek rahsia. Sudah lama dia ingin bertanya.

"Aku ni kan kasar. Kau pun tahu kan? Siapa yang berani? Kot ada pun agaknya, orang tu gila bayang yang sanggup tahan karenah aku. Itu pun kalau dia menanglah! Tapi aku akan pastikan orang gila bayang tu tak menang." Ujar Hana, luah sekali harung. Memang ditujukan ayat terakhir itu buat Encik Tunang yang sedang menunggu di dalam. Tak kisahlah siapa pun dia.

Badri telan air liur. Dia sedar, ayat terakhir itu untuk dia. Sangat jelas untuk dia. Terus dia ketawa kecil sendiri.

"Bertuahnya badan. Kalau sayalah kan, dapat kawan dengan Han, Han rasa saya boleh bertahan tak?" Badri mula masuk jarum.

"Entah. Asalkan kau tak merimaskan aku, bukan kaki raba, bukan pecinta wanita silih berganti, bukan penipu! Rasanya okey aja kot! Tapi, kau kena jumpa dengan Along aku dululah. Tunjuk muka."

"Laaaaa, sayakan kawan Along awak. Nak tunjuk muka apanya lagi? Kami jiran okey?"

"Bukan, maksud aku, kalau ada masalah berbangkit! Senang dia nak tumbuk muka kau! Itu aja!"

Terbeliak mata Badri. Terdiam terus dia. 'Boleh tahan garang awak ni sayang!'

"Haaaa, cuaklah tu?" Hana terus ketawa besar. 'Padan muka kau!'

Kring! Kring! Kring!
"Haaa... Han kat depan dah rumah ni. Tak pergi mana pun. Borak dengan jiran ja!" Hana tenang menjawab telefon. Sebaik sahaja panggilan telefon dimatikan, terus disorongnya vespa, "balik dululah kawan. Along aku dah mengamuk. Dia orang berdua, tunggu aku nak makan malam sesama." Lebar senyumnya. Kalau Along dah sebut berdua. Sah, Encik Tunang tak dapat datanglah tu? Huhuhu.

Tuan Muda Cik HanaWhere stories live. Discover now