Bab 10

1.2K 32 2
                                    

Beberapa hari kemudian.
Mesej WhatsApp masuk di telefon Hana.

~ Kak Su kena rehat dulu. Dah janji dengan suami nak makan sama. Cik Hana tolong bawa masuk bilik Tuan Muda ya? Dia dah minta banyak kali tadi? – Suhaida

~ Okey Kak Su – Hana

Tok! Tok! Tok!
“Masuk!” Badri terkejut. “Laaa, kenapa Hana pula yang bawa buku? Aduh, kacau.” Dia mesti buat sesuatu. Kalau Hana nampak mukanya kali ini, mesti dia mengamuk tak pun perang dingin seperti di Ye Old Smokehouse tempoh hari. Terus dipusingkan kerusi, membelakangkan Hana.

Suara Tuan Muda bergema di gegendang telinganya. Menggeletar seluruh tubuhnya. Ada debaran. Takut? Mestilah.

“Selamat tengahari Tuan Muda. Saya Hana, saya bawa---”

“Berhenti bercakap, susun buku dan keluar!” Tegas Badri.

“Ya,” Hana angkat hidung. ‘Berlagaknya!’ Kalau tidak mengenangkan gaji bagus. Dicari sampai ke lubang cacing juga Tuan Muda ini.

“Dah jam satu ni, Tuan Muda. Makan dulu, baru sambung baca. Nanti gastrik? Siapa sudah? Tuan Muda jugakan? Bye, saya keluar dulu.”

Badri terkedu.

Sebaik sahaja pintu ditutup. Hana sentuh dadanya. Zaiton sudah lama pergi rehat. “Ah kau! beria prihatin ke dia, dah kenapa? Lantak dialah, nak baca ke apa ke? Perut kau tu yang kena isi. Dah mengamuk semua cacing dah ni?” Ditamparnya mulut perlahan. “Capoi sangat.”

Mendengar sahaja bunyi pintu ditutup, Badri pusingkan kerusi. Dia memandang ke arah pintu, seolah-olah Hana masih ada menunggu dan berdiri di situ lagi.

Sebaik sahaja lampu dan air cond ditutup, Hana keluar membawa bekal nasi lemak dan duduk di pantri yang kosong. Semua makan di luar. Mujur ada microwave di pantri. Dapatlah dia panaskan bekalannya. Sementara menunggu, dia melangun bermain Sudoku di telefon bimbitnya.

Ting! Microwave berbunyi.
Bekal mangkuk tiga tingkat berwarna ungu dibuka satu persatu. Terharu rasa di hati. Kak Ida siap bekalkan nasi lemak untuknya pagi ini.

Dicapainya telefon di poket  jeans. WhatsApp ditekan. Ditaipnya sesuatu.

~ Terima kasih Kak Ida untuk bekal – Hana

~ Sama-sama Sayang – Kak Ida

Sementara Badri yang baru keluar dari pejabat, dia bersiul riang sambil memainkan kunci Hummer di tangan, serta buku di sebelah tangan satu lagi.

Kreokk!
Badri kelaparan. Dia tidak ambil sarapan hari ini. Cuma secawan kopi di kafe. Sampai di pantri, dia terhidu bau minyak wangi Forbidden Rose seseorang. Kebetulan ada pekerja tapau makanan, baru nak melangkah masuk ke pantri, Sepantas kilat jari telunjuknya mengarah di atas, ada satu lagi pantri di tingkat satas. Apalagi, mencicitlah pekerjanya pergi.

Hana yang membelakangkannya, langsung tidak perasan akan kehadiran Badri.

Badri memerhatinya dari luar pintu. Separuh hatinya mahu bertegur sapa. Separuh lagi keberatan dan risau jika dia tersilap langkah. Sudahnya dia pergi terus, selepas mengeluh panjang.

Petang itu, di dalam perjalanan pulang, streeeet! Hana buat brek mengejut. Sebenarnya, dia betul-betul berada di lorong masuk ke rumah. Dirabanya poket seluar. Along memesannya malam semalam. “Nah, hadiah untuk Han, sebab dapat anugerah dekan. Kad kredit ni guna dengan betul. Faham? Jangan beli benda yang merepek! Jangan petik buah ikut suka mata aja! Ingat tu? Buat beli buku sahaja okey.”

“Ah, beli buku dululah. Huhuhu cukupkan koleksi buku aku!” Sepantas kilat dia berpatah balik menghala ke kedai buku yang pernah dia pergi sebelum ini.

Tuan Muda Cik HanaWhere stories live. Discover now