Cover Buku & Teaser 3

1.1K 26 2
                                    

*Nah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Nah...lagi teaser.*

Di dalam kereta, “Semalam tidur awal ke? Tak balas pun mesej saya.”

“Tuan Muda nak saya bohong ke jujur?”

Badri tercengang apabila Hana masih memanggilnya dengan gelaran itu. “Jujurlah.”

“Saya belum tidur. Baca novel. Saya malas nak layan WhatsApp Tuan Muda. Saya ber WhatsApp dengan tunang saya aje. Puas hati?”

“Huish! Berani habis ni! Tapi tak kisahlah. Setakat WhatsApp, apalah sangat kan? Saya dapat awak. Tengok awak. Hidu awak! Tiap-tiap hari. Dia? Dapat mesej aje. Kasihan.”

Hana diam. Dia tak mahu balas. Terus dipalingkan wajahnya memandang ke langit. Dari tenung muka kau, baik aku tenung langit! Dapat juga pahala!

“Kita sarapan dulu ya?”

Hana tetap juga buat tak peduli.

“Awak tak gembira ke bercinta dengan saya?”

“Tuan Muda nak jawapan bohong ke jujur?”

“Jujurlah.”

“Langsung tak. Saya rasa macam nak tumbuk aje muka Tuan Muda!”

Badri senyum. Dia sudah agak jawapan sebegitu bakal kedengaran. Badri pun senyap sahaja selepas itu. Tak mahulah dia ganggu Cik Tunang tersayang itu melamun jauh.
Sampai di Kafe Matahari, Hana memesan Sarapan Set A. Nasi lemak + sambal sotong + ayam goreng berempah dan sirap limau. Biarlah orang kata dia membosankan, asyik makan menu yang sama. Ada aku kisah! Duit dia. Suka dialah. Nasi lemak mengingatkan dia kepada ibu. Biarpun rindu tak kan pernah hilang sepenuhnya, sekurang-kurangnya ia dapat membuatkan duka di hatinya sedikit surut.

“Tengah hari, saya ingat nak bawa awak makan di Smokehouse.”

“Itu saja nak buat saya sakit hati ke apa? Tak nak! Saya nak makan di pantri aje! Tuan Muda pergilah sengsorang!” Sengaja dia gunakan gelaran Tuan Muda. Peduli apa dia.

“Dah tentulah tak boleh! Jadi, kita makan dalam bilik saya! Tapau kafe.”

“Tak nak!”

“Awak ingat, awak ada pilihan ke?”

“Tak ada!”

“Dah tu?”

Hana tidak membentak kali ini. Pandang ke arah Badri pun tidak. Dikalih pandang ke arah Fendi yang sedang menghantar makanan ke meja sebelah.

“Tak serik-serik lagi ke?” Sengaja Badri memerli Hana apabila dilihatnya Fendi juga turut berbalas pandang.

“Gila!”

“Hujung minggu ni saya nak jumpa along. Nak bincang pasal kita berdua. Tak payah tunang lama-lama sangatlah. Kita nikah secepat mungkin.”

“Bertunang? Tuan Muda dah gila ke? Tunang Tuan Muda nak letak mana?”

“Dalam hati saya.”

“Saya?”

“Pun tempat yang sama.”

“Tunang saya?”

“Dalam hati awak.”

“Aaarghhh! Boleh jadi gila aku bercakap dengan dia ni lah!”

“Awak mesti jumpa dia, bincang dan lepas tu awak buat keputusan. Yang pasti, saya menang!” Badri senyum. Bukan dia peduli pun rengusan Hana.
Hana langsung tak menyentuh sarapannya. Dia cepat-cepat bangun dan beredar. Mustahil betul nak dapat kata putus kalau berbincang dengan Badri. Hitam katanya, maka hitamlah. Belum sempat nak melangkah, tangannya disambar kasar oleh Badri.

“Bila saya suruh makan, awak makan. Bila saya sarapan, saya nak awak ada depan mata saya. Faham? Jangan sampai saya paksa awak. Saya nak awak layan saya macam awak kenal Badri yang dulu. Sebelum awak kenal Tuan Muda. Payah sangat ke?”

“Tuan Muda tu yang patut pilih, nak jadi siapa depan saya!”

*MINGGU DEPAN START OPEN ORDER ONLINE DI INTENS TROP TAU. DAPAT MID OGOS. MASUK KEDAI HUJUNG OGOS YA.*

Tuan Muda Cik HanaWhere stories live. Discover now