Bab 8

1.3K 36 0
                                    

Di hadapan Ye Olde Smoke House
“Jangan bawa buku boleh tak!” Hanafi lihat buku yang dikendung Hana tebalnya hampir sejengkal.

“Kalau tak boleh bawa, Han tak nak ikut!” Besar bola matanya, protes. Sengaja dia mencium kulit buku tersebut.

“Biarkan lah Abang ni, benda kecil gitu pun nak dibuat gaduh,” rimas Ida.

“Kak Ida faham.” Hana lentokkan kepalanya ke bahu Kakak Iparnya.

“Kalau menyambil sambil makan? Kak Ida sendiri yang akan rampas buku tu! Faham?” Membulat mata Ida beri kata dua.

“Padan muka!” Hanafi tahu, Ida lebih diplomasi menanggani Hana berbandingnya. Memang sejak kehadiran Ida dalam keluarga, Hana sedikit demi sedikit jauh lebih matang, mudah difahamkan dan yang paling penting, Hana tidak cepat mengamuk, lebih tenang biar pun sedang marah. Cikgu sekolah rendah lah katakan. Biasa kawal karenah pelajar yang baru nak membesarkan?

“Okey Kak Ida!” Hana angkat hidung. Diejeknya Along, berulangkali. “Kalah!”

Hanafi sudah geleng kepala.

“Encik Badri Jaafar ada?” Tanya Hanafi pada salah seorang pelayan di kaunter.

Mata Ida sudah terbeliak. “Badri Syah bin Datuk Jaafar?”

Hanafi angguk. Dia faham kerisauan yang terpancar di mata isterinya. Memang orang yang sama hanya nama sahaja dipendekkan.

“Pelik. Bukan patutnya dia nak kenalkan diri dia ke Hana kan? Nak menyamar lagi buat apa? Panjang-panjang cerita?” Ida dapat mengagak dari nama yang disebut suami seperti menjelaskan sesuatu. Dia semakin resah. Dipandangnya ke arah Hana yang sedang duduk di sofa, kurang dua meter daripada tempat mereka berdiri, sementara menunggu.

“Badri minta kita rahsiakan identiti dia dulu. Dia nak Han biasa dengan dia,” bisik Hanafi. Diintainya Hana yang sedang asyik membaca buku sofa sekitar Smokehouse.

“Tak mungkinlah nama dia pun Han tak tahu langsung?” Soal Ida.

“Entah, sebab surat tawaran kerja tu pun bukan nama Badri, nama pengurus sumber manusia. Abang yakin Ibu memang ada letak gambar Badri sekali? Kalau betullah dia dah tengok, dia mesti cam Badri, kejap lagi.”

“Aduh!” Ida dah gosok tangan. Pening dia melayan karenah dua beradik ini.

“Alah, kita tengok ajalah dulu! Kalau dia perasan nanti, paling kurang pun dia mengamuk ajalah kan? Tapi taklah sampai bertumbuk? Kan? Heeeee…”

Ida seram sejuk. “Sedap aja dia sejukkan hati dia.” Tak lalu dia nak fikir sangat lah.

“Tuan? Sila ikut saya. Tuan Badri sudah tunggu di dalam.” Pelayan membawa mereka terus ke meja yang ditempah Badri. Sedikit jauh dan agak privasi daripada pelanggan yang lain. 
“Ya...” Hanafi membalasnya dengan sedikit tunduk kepala.

Di meja makan, Hana duduk setentang dengan Badri. Hana hanya memerhati Along dan Kak Ida berbual dengan kawan Along. Mesra sungguh nampaknya.

“Han? Sini, Along kenalkan, Badri Jaafar, kawan Along. Dia duduk sini juga. Salam?” Hanafi meninjau mata Hana semasa bercakap.

“Hmmm,” tidak disambutnya salam Badri.

Hanafi dan Ida berpandangan antara satu sama lain. Tegang tak tahu nak cakaplah.

Cepat-cepat Hana duduk. Malas dia nak membalas renungan dan senyuman menawan Badri. Sementara menunggu mereka berbual dan berbincang tentang menu, diselaknya halaman sebelah. Dari buang masa melayan soalan-demi soalan Badri, baiklah dia baca buku. Selamat.

“Han nak makan yang sama ke?”

“Tak nak! Orang nak ni,” Jari ditudingkan ke arah menu yang satu lagi sambil memberikan senyuman sinis kepada Badri. Sempat lagi dia beri jelingan tajam kepada Badri yang sentiasa mencuri pandang ke arahnya sedari tadi.

Badri tersenyum kecil. Hirup air pun dia sempat lagi curi pandang. Lagi Hana melawan, lagi dia buat. Yang geramnya, dia sikit pun tak ada simpul malu tergedik-gedik. Tenang aja. ‘Aduhai sayang, macam mana nak buat awak jatuh cinta pada saya ni?’

Puas hati Hana. Memang sengaja dia tolak menu cadangan Badri. Dia rela pilih Mixed Grill. ‘Dah lah bukan muhrim, ada hati nak salam orang. Phuiii, padan muka. Kau ingat aku suka sangat cadangan sirloin steak sedap sangat kau tu? Lagi sekali kau tenung aku, siap kau!’

Habis makan, Hana mencuit lengan Kak Ida dan berbisik. “Han dah habis makan ni. Dah boleh baca buku?” Dijelingnya Badri. Buntang matanya membulat. Lawan pandangan menggoda Badri. Saja. “Apa tenung-tenung orang! Nampak ni!” Sergah Hana sambil naikkan garfu menghala ke arah Badri tiba-tiba.

“Han?” Hanafi besarkan mata.

Badri tersenyum dengan mulut yang tertutup rapat.

“Dahlah muka semak, elok-elok hensem-hensem, berjambang pula. Macam singa mati bini aja!” Bisik Hana perlahan. “Hannn!” Ida ketap bibir, geram, dijergilkan mata sehabis besar. Telinganya masih dapat menangkap bebelan Hana biar pun perlahan. “Kak Ida cilikan mulut tu nanti!”

Hana cebikkan bibir. ‘Tak apa. Kali ini kau menang. Esok, kalau aku jumpa kau, siaplah!’

Sementara Badri, tetaplah juga mencuri pandang ke arah Hana tanpa risau disergah lagi. Sikit tak cuak. Tak mungkinlah Hana tidak cam wajahnya. ‘Dia berpura-pura tak kenal aku ke? Ishhh, geramnya.’ Diketapnya bibir, bulatkan mata ke arah Hana, mengusik tunangnya lagi sebelum menarik nafas panjang.

“Bad?” Hanafi menegur.

“Ya?”

“Kamu okey tak?” bisik Hanafi dekat ke telinga Badri. Ralat juga dia melihat perubahan Badri yang tidak begitu ceria.

“Okey. Tak ada masalah. Saya risau dia mengamuk aja. Hahaha…” Bisik Badri semula cuba bergurau buat elak canggung.

“Itulah? Along pun...” Hanafi memandang Hana yang sudah tenang sambil membaca novel yang baru dibelinya sebentar tadi.

Di dalam kereta, Hanafi dan Ida saling berpandangan. Hana yang duduk di belakang sedang asyik mengadap telefon. Melihat Hana begitu tenang saat ini, mereka senyum antara satu sama lain. Ada lega, Hana tidak mengamuk, tetapi pada masa yang sama ada persoalan yang sedang bermain di fikiran mereka berdua. Adakah Hana langsung tidak kenal atau pura-pura tidak kenal? Itu yang Hanafi paling gusarkan.

Tuan Muda Cik HanaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora