Dandelion Kingdom

5.1K 335 12
                                    

Crystalia memasuki hutan larangan itu dengan penuh yakin, tanpa takut dan elegent.

Sepanjang dia berjalan, dia tak sedar ada tiga ekor serigala yang lapar sedang memandang tepat ke arahnya.

Crystalia berhenti seketika ketika dia merasa ada 'benda' yang memerhati. Dan ketika juga lah dia merasa dirinya dalam bahaya.

Crystalia mengeluarkan kuasa cermin di hadapannya. Terkejut dia apabila melihat tiga ekor serigala di belakangnya.

Dalam kiraan..

3
















2
















1
"Lari!!!!" jeritnya lantas berlari sepantas yang mungkin.

Dalam masa yang sama juga, tiga ekor serigala tersebut memandang pelik ke arah Crystalia yang melarikan diri.

"Kenapa dia larikan diri?" soal serigala putih.

"Dia ingat kita nak makan dia tak?" balas serigala hitam.

"Macam la kita nak makan dia, kita kan nak tunjuk jalan keluar dekat dia..Kalau dia berjumpa dengan Witch, silap hari bulan, dia akan jadi makanan." ujar serigala koko.

"Manusia." balas serigala putih dan hitam.

---

Crystalia menarik nafas dan hembus secara perlahan.

"Woahh..hampir kena makan tadi." gumamnya lantas memandang ke hadapan.

Tersenyum ceria Crystalia apabila sudah sampai ke destinasi.

Macam mana dia boleh tahu? Senang je. Bunga dandelion ada di tempat itu. Dan itu bermakna dia sudah sampai dengan selamat cuma dia tengah kelaparan dan bajunya ada yang kotor sebab terjatuh semasa lari tadi.

Crystalia berjalan-jalan untuk mencari makanan. Akhirnya dia terjumpa buah-buahan yang sangat segar dari ladang.

"Mari Cik! Buahan pakcik memang segar. Kalau cik lambat beli, akan habis nanti." ujar Pakcik berambut putih itu.

Bukan tua, tapi memanng putih seperti dicat.
Crystalia memandang seluruh buahan itu dan tersenyum melihat buahan pilihannya.

"Saya nak anggur dan buah epal."

Setelah itu, pakcik dengan bangganya memasukkan buahan itu dan bagi kepada Crystalia.

"Berapa?"
"Free je. Pakcik tahu kamu bukan asal sini kan?" soal Pakcik tersebut.

Berubah terus wajah Crystalia.  Pakcik itu ketawa kecil.

"Bertenang. Kami semua boleh menerima semua orang kecuali Witch. Witch adalah bangsa yang jahat." ujar Pak Cik itu dengan bersungguh- sungguh.

Crystalia mengangguk sambil makan buah epal.

"Kamu ni dah ada tempat tinggal ke?" soalnya.

Crystalia menggeleng kepalanya dengan laju. Dia tak terfikir pun nak bawak duit lebih sebab dia hanya ingat yang dia nak tengok Kerajaan Dandelion + melarikan diri.

"Kalau begitu, kamu tinggal dengan pakcik. Pakcik ada seorang anak perempuan seumuran dengan kamu." ujarnya dengn baik.

Terharu Crystalia mendengar kata² pakcik itu.

'Pakcik, setelah urusan saya selesai di sana. Saya akan balas budi pakcik.' bisik hatinya.

Crystalia yang tidak ingin melepaskan peluang terus mengangguk kepalanya tanda 'ya'.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now