SELAMAT HARI RAYA!

3.7K 246 9
                                    

Crytalia menunggu kedatangan para putera di ruang makan.

Dia memberi cuti untuk semua dayang istana untuk pulang beraya di kampung masing², jadi dia masak istimewa untuk para putera dan raja serta permaisuri.

"Woahh! Rys ke yang masak ni?" soal Raja Dandelion dengan gembira.

Crystalia tersenyum dan mengangguk.

"Siapa lagi, mestilah menantu kita yang masak." jawab Permaisuri dengan senyuman manis.

Merah muka Crystalia apabila mendengar jawapan Permaisuri. Crystalia ketawa kecil.

"KAK RYS!!!!"

Jeritan Adam membuatkan tiga orang memandang ke atas. Mereka terlihat Adam sedang berlari sambil memengang banyak sampul duit raya.

"Kak Rys!! Selamat Hari Raya! Maaf kalau ada menyusahkan akak selama ni!!" ujar Adam lantas memeluk erat Crystalia.

Crystalia membalas pelukan Adam dengan gembira.

"Mana ada menyusahkan..Akak gembira selalu ada di sisi Adam." ujar Crystalia dengan gembira.

Adam tersenyum dan menadah tangannya.

"Nak duit raya~~~"

Ketawa besar mereka bertiga mendengar nada suara manja Adam.

"Suka hati je Adam ni kan..Adam kan sudah dapat banyak duit raya." ujar Raja dengan gelengan.

"Ni semua dari abang. Adam nak duit dari Kak Rys.." jawab Adam dengan polos.

Crystalia tersenyum dan memberi satu sampul emas kepada Adam. Berbinar mata Adam memandang sampul itu.

"Mana akak dapat sampul cantik ni?"

"Adalah." jawab Crystalia. Takkan la dia nak cakap dia ada tempah sampul surat dari kerajaan Gold.

"Hai semua.."

Mereka berempat memandang ke arah suara tersebut. Tersenyum para putera apabila Crystalia memandang mereka.

'Sangat cantik.' itulah apa yang ada di fikiran para putera setelah nampak Crystalia memakai baju kurung hijau.

"Wah! Kacaknya anak² ibu." puji  Permaisuri dengan gembira setelah memandang Para putera memakai baju melayu berserta dengan sampin dan songkok.

Para putera tersenyum mesra dan mual berebut ingin duduk di tepi Rys.

"Kau duduk la depan sana. Ni tempat aku."

"Amboi kau..tak ada nama kau pun dekat situ."

"Aku dah cop tempat tu dari raya tahun lepas lagi."

"Aku yang sulung. Jadi, aku la yang layak duduk di tepi Rys."

Apabila mereka saling berebut, mereka tidak sedar yang Adam sudah duduk di tepi Crystalia. Raja dan Permaisuri menggeleng kepala melihat tingkah anak² mereka. Manakala Crystalia dan Adam tersenyum geli.

Mereka berhenti setelah ditegur oleh Crystalia.

"Cukup la tu. Mari la makan pula."

Mereka memandang Crystalia yang tersenyum ke arahnya dan Adam yang tersenyum mengejek ke arah abang² nya.

Tanpa membuang masa, para putera terus duduk di tempat yang kosong dengan muka yang masam kerana Adam sempat mengejek mereka.

Sambil² mereka sedang makan, tanpa mereka sedar, menitis air mata Crystalia memandang mereka semua yang sedang bergelak ketawa dan saling bergurau.

Dan tanpa Crystalia sedar, air matanya bertukar kepada 'sesuatu' yang berkilauan.

Crystalia menjadi rindu kepada keluarganya di Kerajaan Sunflower.

'Selamat hari raya mama,papa..Maafkan Lia kerana tidak beraya bersama dengan kalian.' bisik hati Crystalia.

Crystalia mengesat air matanya dan tersenyum memandang Adam yang sangat manja kerana para putera yang lain mengenakannya.
























Okay..sedikit je la ye..Sis nak beraya pula..Malam nanti akan diupdate.Ahahahahha!

'Bodyguard' For PrincesΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα