Berebut

3.2K 252 21
                                    

Sebenarnya bukan sis sengaja x update A Legend of Guardian tu, tapi masa sis nk update, buku tu tak kluar, yg kluar hanyalah Bodyguard For Princes.

Siapa yg prnah jdi mcm ni, tahu la ape yg sis bebelkan ni. Untung readers crite ni.

---

Adam memengang tangan Crystalia dengan erat. Sekarang ini mereka berdua menyaksikan perlawanan antara para putera Kerajaan Dandelion.

Kalau para readers nak tahu apa yang dipertaruhkan oleh Adam, Adam telah pertaruhkan..

Flashback

Sedang semua berehat, tiba² sahaja Adam berkata..

"Siapa yang akan Kak Rys pilih untuk menari nanti?" soal Adam dengan senyuman.

Crystalia memandang Adam dengan senyuman. manakala para putera memandang Crystalia dengan teliti.

Tetapi Crystalia tidak menjawab. Kenapa dia tak jawab? Sebab dia seorang bodyguard.

Kenapa dia tak pilih sahaja daripada semua berebut? Sebab dia seorang bodyguard.

Kenapa dia tak cakap yang dia nak Yukino? Kam Yukino jodoh dia? SEBAB DIA SEORANG BODYGUARD.

Crystalia sedar dia bukan seorang puteri sekarang. Kalau dia seorang puteri, memang sekelip mata sahaja dia tunjuk ke arah Yukino.

"Sudah tentulah abang." ujar Yukino dengan wajah bangganya.

Crystalia tersenyum kecil. Putera yang lain memandang datar ke arah Yukino.

"Amboi kau, Rys akan menari dengan aku. Aku paling kacak di antara korang semua." puji dirinya sendiri.

Siapa lagi kalau bukan Kazuto.

Semua buat muka meluat kecuali Crystalia. Takkan dia nak tunjuk, dia hanya meluat dalam hati sahajalah.

"Kau jangan nak perasan sangat. Orang yang akan Rys pilih adalah aku, sebab aku adalah yang paling tinggi antara korang semua." ujar Shou dengan berlagak.

Krik..krik..

Semua terdiam. Mereka semua memandang ketinggian Shou.

'Bukan kah dia yang kedua terendah setelah Adam?' soal hati Crystalia dengan pelik.

Akhirnya mereka semua berlawan cakap, disebabkan Adam tidak tahan dengan situasi tersebut, terus Adam memukul meja.

PUK!!

Terdiam para putera manakala Crystalia tersentak kerana terkejut.

'Kuss semangat. Mujur tak sakit jantung.' desis hati Crystalia.

"Disebabkan ramai yang berebut hal ini, jadi Adam telah buat keputusan yang abang² sekalian kena bertanding siapa yang lagi kuat dan layak untuk menari dengan Kak Rys." jelas Adam.

Crystalia melompong memandang Adam. Dia sempat berfikir dua kali umur Adam sekarang.

Bukan apa, Adam layaknya seperti orang dewasa apabila berada di sisi abang²nya. Walaupun kenyataannya, Adam hanya akan matang apabila Crystalia dekat dengannya.

Dia nak Crystalia lihat dia sebagai lelaki bukan seorang budak. Dia lakukan sebegini agar Crystalia akan menjadi kakak iparnya. Dia nak Crystalia tahu yang dirinya bersungguh-sungguh tentang 'kakak ipar'.

Dan setelah itu, para putera mengangguk setuju dengan pendapat Adam a.k.a adik lelakinya.

Flashback End

'Bodyguard' For PrincesOù les histoires vivent. Découvrez maintenant