Yukino

4.4K 301 24
                                    

Crystalia memandang Raja dan Permaisuri dengan senyuman. Dia sebenarnya pelik kerana dipanggil ke ruang peribadi mereka.

Adakah kemenangannya ditolak sampai kena panggil? Itulah apa yang difikirkannya sekarang.

"Rys, boleh tak kamu terangkan macam mana kamu boleh tenangkan beruang tadi? Kamu bukan asal sini kan? Sebab beta sangat kenal rakyat beta." jelas Raja.

'Aku dah agak soalan ni akan ditanya.' desis hatinya.

Crystalia hanya tersenyum kaku dan mengangguk.

"Sebenanya saya dari kerajaan Sunflower. Saya datang ke sini untuk mencari kerja. Pasal beruang tu, memang dari kecil saya mahir jinakkan haiwan." ujarnya dengan lembut.

Well, Raja sendiri yang tanya. So, dia jawablah separuh tipu separuh jujur.

"Tak sangka kamu seorang pemberani. Bukan senang orang dari kerajaan Sunflower nak datang sini sebab takut dengan hutan larangan tu. Beta bangga dengan kamu." puji Raja deegn senyuman.

Crystalia tersenyum malu. Kena puji la katakan. Padahal faktanya, dia sempat larikan diri semasa serigala muncul.

"Oh ya, disebabkan kamu dari kerajaan Sunflower, kamu mesti kenal dengan puteri tunggal dari kerajaan tu kan? Dia betul² cantik ke?" soal Permaisuri.

Berubah terus wajah Crystalia apabila mendengar soalan Permaisuri.

"Er..y-ya. Tapi puteri tu jarang sangat keluar dari istana, jadi saya kurang tahu macam mana wajahnya." bohongnya.

'Jarang keluar? Tu bukan ciri² aku langsung!' bisik hatinya.

Raja dan Permaisuri mengangguk faham dan memperbolehkan Rys untuk pergi. Haih, kesian la pula dengan mereka, padahal puteri tunggal tu ada depan dia je. Kesian..

---

Shou dan Izay terserempak dengan Crystalia sewaktu Crystalia ingin keluar dari istana.

"Rys? Nak pergi mana petang² macam ni?" soal Izay dengan prihatin.

Rys menunduk hormat kepada Shou dan Izay sebelum menjawab soalan itu.

"Saya nak pergi teman putera Yukino ke pasar. Maaf tau. Saya kena cepat. Tuan Putera sudah menunggu." ujarnya lantas meninggalkan kedua-dua putera yang masih lagi memandangnya.

Crystalia masuk ke dalam kereta kuda tersebut dan terkejut melihat wajah Yukino yang agak sedikit merah.

"Kenapa lambat?"

Crytalia menelan air liurnya apabila mendengar suara Yukino yang agak kasar itu.

"Er..Raja dan Permaisuri panggil saya tadi. Maaf Tuan Putera." mohon Crystalia dengan lembut.

'Kenapa la aku kena hormat dia? Aku pun puteri jugak! Dia sepatutnya hormat aku sebagai perempuan!' jeritnya dalam hati.

Yukino hanya mengangguk faham dan mereka mula meninggalkan perkarangan istana.

---

Sampai di pasar, Yukino dan Crystalia menuju ke arah gerai sayuran.

"Tuan putera nak masak apa malam nanti?" soal Crystalia sambil membelek(?) sayuran-sayuran yang ada.

Yukino tersenyum mesra.

"Saya nak masak sup sayur plus cendawan. Dah lama saya teringin. Adam pun suka sup sayur. Awak suka?" soal Yukino lantas mengambil beberapa sawi.

"Ya..saya suka sup. Sup adalah makanan kegemaran saya tuan putera." ujarnya dengan lembut.

(A/N Sis tak suka sayur kecuali cendawan..)

Crystalia berdiri di sebelah kumpulan lelaki yang agak berumur, jadi dia boleh mendengar pencakapan mereka.

" Aku dengar puteri tunggal dari kerajaan Sunflower sudah hilang."

"Yeke? Bahayanya. Pasti kerajaan tu sedang kalut sekarang."

"Memang la kalut. Puteri tu dah la cantik, ramai yang suka."

"Kau dah tengok ke puteri tu?"

"Mana tengok lagi, tu hanya khabar angin. Semua orang tak tengok pun lagi wajah puteri tu. Aku teringin juga nak tengok."

"Kan..aku pun nak tengok juga puteri tu. Tapi susah sikit sebab puteri tu selalu pakai topeng bila keluar dari istana."

'Tak sangka berita kehilangan aku tu cepat tersebar.' bisik hatinya.

Well, apa yang dikatakan oleh mereka memang betul.

Crystalia lebih suka pakai topeng bila keluar dari istana. Dan satu lagi, Hanya seorang sahaja yang pernah tengok wajah Crystalia sebelum ini iaitu Putera Tashima, putera sulung kerajaan Stone. Putera Tashima tu la yang nak kahwin dengan Crystalia.

Actually, Tashima dan Crystalia kawan baik sejak kecil. Tashima sudah jatuh cinta dengannya sejak dari kecil lagi, dan sejak itu jugalah Tashima mengongkong(?) hidup bebas Crystalia. Heol! Dia ingat Crystalia ni patung barbie ke ape?!

Tashima menyuruh Crystalia menyembunyikan wajahnya dengan memakai topeng sejak kecil. Disebabkan Crystalia masih polos, dia hanya mengikut cakap kawannya itu tetapi apabila dia sudah besar, dia ingin lepas topeng itu tetapi diugut oleh Tashima.

Tashima melakukan seperti itu kerana tidak mahu semua putera dan rakyat jatuh cinta pada Crystalia kerana Crystalia semakin besar semakin cantik. Tashima taknak Crystalia berpaling darinya. Padahal sejujurnya, Crystalia hanya menganggap Tashima sebagai abang, tidak lebih.

Perkahwinan yang langsung dia tak rancang dan tak setuju dipaksa oleh keluarganya. Dan dia tahu keluarganya tidak boleh melawan cakap Tashima kerana dia jiran rapat kerajaannya. Rasanya Crystalia ingin undur masa dan taknak berkawan dengan Tashima.

Tapi nak buat macam mana, dah takdir. Takdir dia larikan diri dan sampai di sini.

Yukino yang perasan perubahan wajah Crystalia terus menegurnya.

"Are you okay?" soal Yukino dengan bimbang.

Tersentak Crystalia mendengar teguran Yukino secara tiba². Crystalia memandang Yukino dengan senyuman.

"Ya..Tuan putera sudah selesai ke?" soalan Crystalia diangguk oleh Yukino.

"Kalau begitu, mari kita pulang. Pasti Putera Adam sudah menunggu kepulangan tuan putera." ujar Crystalia.

Yukino tersenyum sambil menggeleng.

"Adam tak tunggu saya tapi awak."

Setelah itu mereka ketawa kecil. Ya, ketawa...Crystalia dapat melupakan sedikit masalah dia.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now