Jumpa Kawan Baru

4.8K 308 7
                                    

Crystalia membantu Pak Cik Kyo a.k.a pakcik jual buah mengemas kedai. Crystalia tersenyum bangga melihat kekemasan di kedai itu.

"Woah..pandai Khara susun. Sangat kemas." puji Pak Cik Jon.

"Alahh..mana ada, biasa je." ujar Crystalia dengan malu.

Kenapa la Pak Cik Jon memuji dia, kan tak pasal² kembang sebaldi.

"Jom. Pak cik kenalkan dekat kamu anak pakcik."

Crystalia mengangguk dan mengikuti langkah Pak Cik Kyo dengan sabar.

Bukan apa, Pak Cik Jon berjalan slow sangat. Macam orang tua.

---

Selepas 15 minit, mereka sampai di sebuah rumah yang er..orang kata rumah yang tidak sesuai untuk duduk.

Tapi Crystalia sudah bersyukur diberi tumpang ke rumah ini.

"Masuk la Khara. Maaf ya kalau rumah pakcik buruk. Pakcik tak cukup duit nak buat rumah cantik." ujar Pakcik Kyo dengan perlahan.

Crystalia mengangguk sambil senyum ikhlas.

"Tak apa² pakcik. Pakcik bagi tumpang pun saya dah bersyukur." ujar Crystalia dengan gembira.

Memang sungguh apa yang dimaksudnya, dia tak kisah tempat tinggal macam mana pun asalkan jangan di tepi jalan.

Pakcik Kyo memanggil anak perempuannya.

"Arako!! Sini nak..ayah bawa tetamu ni." ujar Pakcik Jon.

Seorang perempuan berambut hitam berjalan ke arah mereka. Dia tersenyum kepada Crystalia.

"Hai..Saya Arako. Salam berkenalan." ujarnya dengan lembut.

"Saya Crys--Khara. Nama saya Khara." ujar Crystalia dengan senyuman manis.

"Awak sangat cantik." puji Arako tanpa sedar.

Crystalia tersenyum malu.

"Arako, ajak Khara tidur di bilik kamu ya?"

"Baik ayah." ujar Arako lantas mengheret tangan Crystalia masuk ke dalam biliknya.

Semangat betul budak ni.

---

Pagi itu, Crystalia menolong Arako mengemas rumah, mencuci baju dan memasak walaupun Arako dan Pakcik Kyo tak bagi sebab kata mereka...

"Khara kan tetamu."

Bukan namanya Crystalia kalau ikut arahan. Tengok keluarga dia jela, keluarganya nak jodoh dengan lelaki, mana ada dia ikut. Siap larikan diri pulak tu.

"Pakcik Kyo, Arako..terima kasih sebab tumpangkan Khara dekat sini. Sudah saatnya Khara pergi." ujar Crystalia dengan senyuman.

Terkejut mereka mendengar ucapan Crystalia. Arako tersedak air yang diminumnya.

"Kenapa dah nak pergi? Jangan pergi lagi. Saya sunyi nanti." ujar Arako dengan sedih.

Crystalia tak sampai hati sebenarnya, tapi dia betul² kena pergi. Silap hari bulan jika ada surat kehilangan dia dari kerajaan Sunflower, memang mati la.

"Maaf tau Arako. Tapi saya betul² kena pergi. Perjalanan saya masih jauh." ujar Crystalia.

"Arako..Dah la tu, kita kena faham. Khara, bila² jenguk la kami ye? Pintu rumah sentiasa terbuka untuk Khara." ujar Pakcik Kyo walaupun dalam hatinya berat untuk lepaskan Crystalia.

Dia dah anggap Crystalia seperti anaknya sendiri.

"Terima kasih pakcik Jon. Saya janji saya akan balas jasa pakcik suatu hari nanti."

---

Crystalia berjalan-jalan di sekitar pekan. Dia ternampak sebuku roti yang sangat enak di sebuah kedai kayu.

Dengan pantas dia pergi ke kedai itu.

"Makcik, berapa satu roti ni?" soalnya dengan lembut.

Makcik itu tersenyum kepada Crystalia.

"Maaf nak. Roti tu sudah ditempah oleh salah seorang putera raja." ujar Makcik itu dengan rasa bersalah.

Raut wajah Crystalia menampakkan rasa kecewa. Dia betul² nak roti itu. Roti kegemaran dia kot.

Crystalia terdengar bunyi suara yang kuat berdekatan dengannya.

"Putera Adam datang!" jerit salah satu penduduk itu.

Berkerut dahi Crystalia mendengar nama itu.

"Boleh saya tanya makcik?"

Makcik itu mengangguk sambil meletakkan roti itu ke dalam kotak.

"Tu ke putera raja yang tempah roti tu?" soalnya.

"Ya..Putera Adam adalah penggemar roti. Dan dia adalah anak bongsu kerabat diraja. Putera di kerajaan ini ada 7 orang termasuk Putera Adam." terang Crystalia.

Crystalia mengangguk dan meminta diri untuk pergi.

Tapi terbantut apabila seseorang memeluknya.























tbc..

Siapa agaknya yg peluk Crystalia? Hoho..

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now