Crystalia

3.1K 260 34
                                    

Kyho dan Kosuke dengan gembiranya mengemas tempat mereka. Sampailah kegiatan mereka diganggu oleh Giko.

Mereka agak terkejut dengan kedatangan Giko dan sedikit bersyukur kerana Crystalia tidak bersama dengan mereka buat masa sekarang.

Kosuke sempat berdoa agar Crystalia tidak balik dengan cepat. Kalau tak, tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Crystalia.

"Giko, kenapa datang sini?"

"Kenapa kau tanya macam tu, salah ke aku nak melawat korang? Takut apa?"

Kyho menggeleng kepalanya dengan kaku. Manakala Kosuke hanya diam, malas masuk campur buat sementara.

"Ni sudah dua kali aku bau manusia. Kau ada simpan mana2 manusia ke? Kalau ada, bagi la aku sikit. Aku tak makan lagi ni."

Kosuke terus menuju ke arah Giko dengan perasaan yang agak marah.

"Kau jangan nak samakan kami dengan kau, Giko! Kami tak makan manusia!"

Giko ketawa sinis.

"Hey Kosuke, relaks la. Aku hanya bergurau. Yang kau serius ni kenapa? Ke kau betul2 simpan manusia?"

Ujar Giko dengan pandangan yang sulit diertikan. Kosuke terkejut tetapi dikawal riak wajahnya. Kyho memandang Kosuke dengan isyarat tanpa diketahui oleh Giko.

"Mana ada! Ak-"

"Kyho! Saya ada jumpa--"

Ketiga-tiga ahli sihir itu memandang Crystalia dengan pandangan yang sulit diertika manakala Crystalia terkaku di tempatnya.

Jantungnya sudah berdegup kencang. Dia betul2 tidak menyangka akan berjumpa dengan Giko.

Sudah la dia masih trauma malam di mana Giko makan manusia di depan matanya sendiri. Crystalia tidak mahu dirinya menjadi seperti manusia malang tersebut.

Giko memandang Kyho dan Kosuke dengan pandangan sinis.

"Oh,patutlah kelakuan kau selama ni pelik. Rupanya ada manusia ye."

Giko mula ketawa sinis. Kyho dan Kosuke memandang tajam ke arah Giko dan melindungi Crystalia di belakang mereka.

"Tuan puteri! Cepat larikan diri!"

Jeritan Kyho membuatkan Crystalia tersentak dan mula melarikan diri.

"Jangan harap kau boleh lepas!"

Giko terus menghulurkan tongkat saktinya ke arah Crystalia. Crystalia terus berhenti kerana badannya terasa kaku. Sangat susah untuk dia bergerak.

Terbuntang mata Kyho dan Kosuke melihat kepantasan Giko. Giko mula ketawa jahat kerana Kyho dan Kosuke meremehkannya.

"Kenapa kau buat muka macam tu? Terkejut?"

Kyho dan Kosuke memandang tajam ke arah Giko.

"Kau jangan apa2kan tuan puteri!!"

"Kau memang tak guna Giko! Lepaskan saja dia!"

Giko memandang datar ke arah Kyho dan Kosuke. Kerana terlalu bosan, dia mula membekukan tubuh mereka berdua.

"Korang ni banyak bunyi la. Bosan la aku!"

Kyho dan Kosuke cuba untuk lepaskan diri tetapi langsung tidak berjaya. Mereka tidak menyangka kekuatan Giko semakin bertambah.

Giko mula melangkah ke arah Crystalia dengan senyuman bangga.

"Aku tak sangka ada puteri yang sangat cantik. Aku rasa, kau lebih layak dipanggil bidadari."

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now