Ahli Sihir Jahat

3.2K 228 49
                                    

Kyho dan Kosuke tersenyum kecil memandang Crystalia yang sedang bermain dengan Momo. Ala maklum la, bosan.

Mereka berdua sudah mengetahui tentang masalah Crystalia. Hampir sahaja Kosuke ingin mengamuk dan ingin membunuh Tashima kerana perlakukan Crystalia sesuka hatinya.

Dan setelah itu jugalah, Kyho dan Kosuke memaksa Crystalia untuk tinggal di sini, di dalam hutan yang serba indah ini.

Tapi beberapa minit setelah itu, mereka berdua menghidu sesuatu.

Aura jahat.

Kyho dan Kosuke saling berpandangan.

"Kau sembunyikan tuan puteri cepat!" arah Kyho dengan panik.

Dengan pantas, Kosuke mengikuti arahan Kyho dan menarik Crystalia ke dalam pokok yang agak tersembunyi.

Crystalia terkejut dengan tindakan Kosuke yang tetiba mengacaunya.

"Kosuke! Lepaslah! Apa main tarik² ni!" marah Crystalia dengan geram.

Yelakan, dia sedang bermain, Kosuke pulak yang mengganggunya. Kesian Momo bermain seekor diri.

Kosuke hanya diam. Dalam fikiran Kosuke hanyalah untuk menyembunyi Crystalia.

Sesudah sampai di tempat persembunyian tersebut, Crystalia terus memprotes.

"Yah!! Ke--"

"Kalau kau nak selamat, baik diam." ujar Kosuke dengan datar + serius.

Terus Crystalia membungkam. Dia agak terkejut dengan keseriusan Kosuke. Mana taknya, selalunya Kosuke asyik memerlinya je.

Dari jauh, Crystalia nampak Kyho seperti berjaga-jaga. Berkerut dahinya apabila ternampak seorang ahli sihir yang memakai baju hitam bercorak tengkorak.

Menakutkan.

Walaupun agak jauh, tetapi Crystalia masih dapat mendengar pencakapan Kyho dan ahli sihir asing itu.

"Kau buat apa datang sini Giko?" soal Kyho dengan pelik.

Ya, ahli sihir asing itu bernama Giko.

"Aku ada bau manusia di sini. Mana dia sekarang?"

"Mana ada manusia di sini." dalih Kyho dengan pantas.

Giko menghalakan tongkat saktinya kepada Kyho tanda marah.

"Kau jangan nak tipu aku Kyho!! Aku ada bau manusia di sini tadi! Jangan mentang² aku baru keluar dari penjara, kau nak tipu aku! Aku tak bodoh!" marah Giko dengan geram.

Mata Giko sudah menjadi merah kerana terlalu marah.

"Aku tak tipu kau Giko! Kau kenal aku kan? Aku tak mungkin tipu kau." ujar Kyho dengan tenang.

Terus Giko terdiam. Memang dia kenal Kyho sejak dari kecil. Jadi, tak mungkin Kyho sanggup menipunya.

"Mana Kosuke? Kalau dia datang sini baru aku percaya kalau tiada manusia dekat kawasan kau!"

Kyho mengeluh dan berpaling ke arah tempat persembunyian Kosuke dan Crystalia.

"Kosuke! Datang sini! Sampai bila lagi kau nak tidur!" jerit Kyho dengan kuat.

Crystalia memandang Kosuke dengan risau.

"Kosuke..?"

"Jangan risau. Aku boleh uruskan dia."

Kosuke mula berlakon seperti baru tidur dan berjalan hampir huyung hayang. Buat² mamai la katakan.

Crystalia pula memandang datar ke arah Kosuke.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now