Surat

3.2K 220 27
                                    

Di ruang besar istana terlihat Yukino memandang pelik ke arah Adam.

Bukan apa, tapi sejak dari tadi Adam asyik tersenyum ke arahnya.

'Ada apa² ke dekat muka aku?' soal hatinya sendiri.

"Kenapa Adam pandang abang macam tu?" soal Yukino dengan penuh curiga.

Adam masih tersenyum manis ke arahnya. Yukino menggeleng kepalanya dengan sikap Adam.

"Abang."

Panggilan Adam membuatkan Yukino menumpukan sepenuh perhatiannya pada Adam.

"Kenapa Adam?"

"Abang suka Kak Rys tak?" soal Adam dengan wajah polosnya itu.

Yukino membeku mendengar soalan adiknya, serta merta wajahnya merah seperti direbus.

Adam yang melihat wajah Yukino makin tersenyum manis. Dia sudah mendapat jawapan dari riaksi abangnya.

"Adam, da--dari mana Adam belajar pasal cinta ni. Adam kecil lagi, jangan fikir benda tu. Belajar dulu." pesan Yukino dengan sedikit gugup.

Adam memuncungkan mulutnya tetapi mengangguk mengiakan kata² abangnya.

"Tapi abang cakap la, abang suka ke tak?" desak Adam dengan sedikit kuat.

Baru sahaja Yukino ingin menjawab, orang suruhan Izay memanggilnya.

"Putera Yukino!" panggil orang suruhan tersebut.

Yukino memandang orang suruhan Izay dengan tanda tanya manakala Adam memandang tajam ke arah orang tersebut. Dan itu berjaya membuatkan orang suruhan Izay sedikit takut.

Well, Adam tidak boleh bawa main². Dia suka bertindak kejam di sebalik wajah polosnya itu.

Ada suatu ketika, Adam perlu membunuh orang suruhan Shou kerana melarangnya untuk bermain di luar istana.

Adam tahu yang niat orang suruhan Shou baik, tetapi dia tak suka dihalang. Jadi, nak ke tak nak dia terpaksa membunuh orang suruhan Shou dan tanam di hutan larangan. Sampai sekarang keluarganya tidak tahu perbuatan Adam.

Shou pun sudah malas nak berurusan dengan orang suruhan lagi. Jadi, Raja tidak mencari orang suruhan lagi.

"Ada apa datang sini?" soal Yukino dengan tegas tetapi dalam masa yang sama bersyukur kerana orang suruhan Izay datang.

Bukan apa tau, Yukino malu nak berterus teramg depan Adam. Dia takut Adam bagitau dekat Crystalia, dan akhirnya Crystalia menjauhinya. Kan sakit kalau jadi macam tu.

Teori milik Yukino.

"Maaf mengganggu Putera Yukino dan Putera Adam, ini ada surat dari Kerajaan Sunflower." ujarnya sambil memberi kepada Yukino.

Adam memandang pelik ke arah surat itu.

"Surat apa?" soal Adam kepada orang suruhan Izay.

"Itu adalah surat jemputan hari jadi puteri tunggal Kerajaan Sunflower." jawabnya.

Adam memandang curiga terhadap surat tersebut manakala Yukino tersenyum kecil.

"Tak pernah² pun dapat surat dari sana. Kenapa tiba²?" soal Adam dengan perlahan + pelik.

"Terima kasih." ujar Yukino.

Setelah itu, orang suruhan itu mula meninggalkan Yukino dan Adam.

---

Crystalia memandang surat yang dipegang oleh Raja dengan penuh teliti.

"Tak sangka kita dijemput tahun ini." ujar Raja dengan senyuman gembiranya.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now