Pencarian

4.3K 299 13
                                    

"Sudah ada berita mengenai puteri beta? Sudah lama beta menunggu khabar baik dari kalian semua." ujar Raja dari Sunflower kepada pesuruh² Raja tersebut.

"Maaf tuanku. Kami sudah mencari tuan puteru di seluruh kerajaan. Tuan puteri sudah bagai hilang dari kerajaan ini. Saya rasa tuan puteri sudah larikan diri ke kerajaan lain." jelas salah seorang dari mereka.

Raja mengaup wajahnya dengan kasar + sedih kerana kehilangan puteri tunggalnya sejak malam itu.

Raja menyuruh mereka beredar untuk seketika. Selepas bayangan mereka tiada, Raja pergi ke arah Permasuri yang menangis teresak esak.

"Sayang, sudah la tu. Abang akan cari anak kita sampai jumpa." pujuk Raja sambil mengelap air mata isterinya.

Dia sangat kasihan pada isteri tersayangnya itu, sudah berminggu minggu isterinya menangis selepas mendengar kehilangan Crystalia.

"Kalau kita tak paksa dia berkahwin. Pasti takkan jadi macam ni. Semuanya salah kita." jelas Permaisuri dengan sedikit reda tangisannya.

Raja menggosok pipi Permaisuri dengan lembut.

"Sayang, tapi ini keinginan dari Putera Kerajaan Stone. Sayang pun tahu kan putera tu sangat keras kepala. Kita tak boleh bantah. Lagipun dia jiran dari kerajaan kita. " terang Raja dengan rasa bersalah terhadap anaknya.

Kerajaan Stone tidak tahu mengenai kehilangan Crystalia. Semasa mereka ingin berangkat ke kerajaan Sunflower, Raja beralasan bahawa anaknya minta sedikit waktu untuk berfikir lagi. Dan untungnya Putera itu percaya dan memberi 5 bulan untuk Crystalia berfikir.

Padahal kenyataannya Crystalia sudah hilang. Kalau putera itu mengetahui pasal ni, memang dia akan mengamuk. Silap hari bulan, dimusnahnya kerajaan ini sebab tidak menjaga bakal pengantinnya baik².

"Apa yang perlu kita buat abang? Masa yang putera tu bagi hanya sikit. Kita perlu jumpa Crystalia dengan cepat." soal Permaisuri dengan panik.

Raja menenangkan Permaisuri yang sudah pucat wajahnya.

"Tenang. Abang akan cari jalan. Sebaiknya sayang pergi berehat dulu." ujar Raja lantas memanggil pelayan untuk membawa Permaisuri ke bilik.

Tak lama itu, Raja memanggil penasihatnya.

"Tolong sebarkan berita mengenai kehilangan puteri tunggal beta. Tapi ingat! Jangan sampai diketahui oleh Kerajaan Stone. Cepat!" arah Raja.

Penasihatnya mengangguk dan mula beredar dari situ.

---

Crystalia duduk dalam bilik itu dan memikirkan tentang keluarganya.

Entah kenapa dia baru teringatkan keluarga. Selama dia larikan diri, dia tak pernah teringatkan keluarganya.

Perasaan dia jadi tak tenteram.

"Apa mama dan papa buat sekarang? Tengah risaukan aku ke?" gumam Crystalia.

Crystalia ingin berbaring tetapi terhenti apabila dia ternampak sesuatu di luar tingkap.

Nak tahu apa yang dia nampak?

Dia nampak ada burung helang tengah mengetuk tingkap biliknya dengan paruhnya. Berkerut dahinya memandang burung itu.

'Burung helang ada juga tengah malam macam ni?' soal hatinya.

Perlahan lahan dia membuka tingkap itu, Crystalia dapat melihat burung helang tersebut hinggap di bahunya.

Terkelip-kelip mata Crystalia dibuatnya.

"Burung siapa terlepas ni?" gumamnya sambil menggaru kepalanya yang sedikit gatal.

Crystalia menjenguk kepalanya di luar tingkap, mana tahu ada orang terlepas burung helang tengah malam. Boleh juga dia kembalikan burung ni.

Beberapa saat dia memerhati, langsung tidak ada pemilik burung itu. Crystalia hanya mengangkat bahunya dan terus menutup tingkap bilik.

Pada masa yang sama, Kazuto mencari sesuatu di sebuah taman.

"Apa yang kau cari tu? Dari tadi lagi aku nampak. Dah tengah malam kot." ujar Izay sambil menguap kecil.

Kalau bukan sebab Kazuto memaksa dia untuk teman dia, memang masa ini dia tengah tidur nyenyak.

"Burung helang aku la. Tiba² terlepas. Siapa la yang berani lepaskan burung aku." jelas Kazuto dengan geram.

Izay mengeluh berat.

"Aku rasa dia dah lari jauh tu. Jom la kita masuk. Pandai² la burung helang tu jaga diri dia."

Selepas Izay berkata seperti itu, dia menarik tangan abangnya walaupun Kazuto masih ingin mencari lagi.

Kalau dibiarkan Kazuto mencari, silap hari bulan memang tak tidur dia malam ni.

Padahal dia tak tahu yang burung helang tu ada berdekatan dengan mereka.

'Bodyguard' For PrincesOnde as histórias ganham vida. Descobre agora