Pulang

2.9K 231 20
                                    

Liam dengan tergesa-gesa melangkah memasuki ke dalam istana Kerajaan Sunflower.

Dia sedang marah, tetapi dikawal riak wajahnya. Dia ingin 'menguji' sedikit 'kebodohan' milik Tashima.

"Kau jangan buat hal lagi, Liam. Kita kena rancang betul2 tujuan kita. Nanti habis kita." Pesan Rash dan disetujui oleh Kyosuke.

Liam tersenyum sinis.

"Kau jangan bimbang. Aku tahu apa yang aku akan buat." Ujar Liam dengan aura yang agak seram.

Mereka mula memasuki ke dalam istana apabila pengawal2 istana membenarkannya. Well, mereka adalah putera Kerajaan juga. Memang pengawal2 istana akan bagi masuk walaupun Tashima takkan bagi masuk.

Sepanjang mereka masuk, mereka nampak Tashima dan Tazuko berada di ruang besar. Nampaknya Raja dan Permaisuri Kerajaan Sunflower sudah balik kerana ada pengawal istana yang menjaga pintu bilik mereka.

Dengan tidak sopannya, Rash dan Kyosuke duduk di atas sofa serba emas di hadapan Tashima.

Tashima memandang datar ke arah mereka.

"Berani kau duduk tanpa kebenaran." Ujar Tashima dengan sinis.

Rash dan Kyosuke buat tak endah. Malas melayan Tashima. Sebab? Sebab Tashima bukan tuan istana ni pun.

"Ops! Sorry Tashima. Tapi kami sudah terbiasa dengan istana Sunflower. Kau pun tahu kan yang kami memang sangat rapat dengan Lia. Jadi, faham2 la ye." Ujar Liam dengan sinis sambil menekankan perkataan 'sangat rapat'.

Rash dan Kyosuke juga tersenyum sinis.

Tashima mendengus geram. Manakala Tazuko di sisi Tashima menepuk dahinya kerana Liam berani melawan cakap Tashima.

Dia tahu yang Liam ingin 'memanaskan' Tashima yang sudah 'panas'.

"Jadi, untuk apa datang ke sini? Setahu aku, aku tak jemput korang pun." Ujar Tashima dengan sabar.

Liam ketawa besar.

"Untuk apa kau kata? Sedar tak sekarang kau dekat mana? Ni Kerajaan Sunflower. Semua orang boleh datang tanpa jemputan. Raja pun tak kisah." Perli Liam dengan tenang.

Tashima menggempal tangannya dengan geram. Liam yang melihat kejadian tersebut tersenyum innocent.

Disebabkan para putera dari Kerajaan Daisy itu tidak melayan dirinya, dia terus meninggalkan mereka.

Selepas Tashima tiada, Tazuko memandang mereka bertiga.

"Maafkan Tashima. Dia memang macam tu." Mohon Tazuko dengan ikhlas.

Mereka tersenyum maklum.

"Jangan bimbang. Kami sangat kenal perangai dia. Jadi, mana Yukino?" Soal Rash kepada Tazuko.

"Yukino?"

---

Yukino duduk di hadapan Crystalia yang tidak sedarkan diri.

Dia memandang Crystalia dengan pandangan sendu. Dia menyesal. Sangat menyesal kerana lambat menolong Crystalia.

Kyho dan Kosuke memandang Yukino yang sedang larut dalam memandang Crystalia. Kyho mengajak Kosuke untuk jauh sedikit dari mereka untuk memberi ruang kepada Yukino.

Yukino memengang wajah cantik Crystalia. Dia menyapu sedikit kotoran di pipi Crystalia.

"Maaf Rys..tolong maafkan saya. Saya janji saya akan sembuhkan awak dan biarkan awak mengejar kebahagiaan awak." Luah Yukino dengan sayu.

Walaupun dalam hatinya menjerit tidak mahu kehilangan Crystalia tetapi dia ingin melihat Crystalia bahagia.

Dari jauh, Kyho dan Kosuke memandang Yukino dengan pandangan yang sulit diertikan.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now