Jealous?

4.2K 305 14
                                    

Di meja makan yang besar, terdapat enam orang putera yang sedang berbual di meja makan.

Tak lama itu, mereka berhenti apabila ternampak Yukino dan Crystalia datang ke arah mereka dengan membawa semangkuk sup cendawan yang besar.

"Woah! Sedapnya. Siapa yang masak ni abang?" soal Adam dengan gembira.

Yukino tersenyum kepada adiknya.

"Abang dan kak Rys la yang masak. Haa..makan la." ujar Yukino sambil meletakkan sup ke dalam mangkuk milik Adam.

Selepas sahaja Yukino berkata seperti itu, para putera yang lain memandang Yukino dengan datar seperti berkata..

"Dia milik aku! Jangan dekat!"

Crystalia meletakkan sup ke dalam mangkuk milik para putera yang lain. Baru sahaja selangkah Crystalia ingin pergi dari situ, salah seorang dari mereka memanggilnya.

"Rys. Mari la makan dengan kami." ajak Shou.

Crystalia ingin membantah tetapi dipaksa oleh Saugo. Akhirnya dia duduk di tepi Ryouta yang menunduk malu. Crystalia memandang pelik ke arah Ryouta.

"Putera Ryouta tak nak makan ke?" soal Crystalia dengan bimbang.

Yelakan, tadi mana ada menunduk. Crystalia duduk di tepinya terus dia menunduk. Sakit perut ke apa?

"Ta--tak. Saya nak makan la ni." ujarnya dan terus makan sup itu.

Crystalia tersenyum memandang Ryouta manakala para putera yang lain memandang Ryouta dengan pandangan yang sulit ditafsirkan kecuali Adam. Adam hanya fokus pada supnya sahaja.

---

"RYS!!!" panggil Kazuto dengan kuat.

Crystalia dengan pantas berlari ke arah Kazuto yang seperti sedang kacau.

"Ya tuan putera? Ada apa? Tuan putera cedera ke?!" soalnya sambil menarik nafas berat.

Kazuto menggeleng kepalanya dan dia mulai duduk di sofa.

"Pergi ambilkan air kosong satu dekat dapur. Dahaga la." ujar Kazuto dengan senyuman.

Crystalia memandang tajam ke arah Kazuto.

'Air? Dia panggil aku macam nak tercabut anak tekak, dia suruh aku ambil air je? F**k you Kazuto!' jerit hatinya.

Dia mula berjalan dengan geram ke dapur dan mengambil air kosong untuk Kazuto yang sudah mengenakan dia.

-situasi Kazuto-

Kazuto ketawa besar kerana dapat mengenakan Crystalia. Well, dia bosan sebenarnya dan dia dapat rasa yang Crystalia mengutuk dirinya sekarang.

"Haih..lawak betul muka marah dia." gumam Kazuto apabila sedikit reda gelaknya.

"Amboi, best nampak gelak tu. Kau kenakan siapa pula kali ni?" soal Izay dengan memandang curiga ke arahnya.

"Hanya kenakan Rys." ujar Kazuto dengan selamba.

Izay menggeleng kepalanya dan mengeluh berat.

"Daripada kau kenakan Rys, baik kau cari mana GG kau tu." ujar Izay untuk menyedarkan Kazuto.

Berubah terus wajah Kazuto.

"Alamak! Aku pergi dulu ya. Aku nak sambung cari GG!" ujar Kazuto lantas pergi ke taman belakang.

Izay hanya memandang Kazuto yang sedang berlari. Setelah itu, Izay memandang ke arah belakang apabila mendengar bunyi tapak kasut.

"Oh? Putera Izay, mana putera Kazuto?" soal Crystalia dengan pelik.

"Kazuto cari GG. Dari hari tu lagi GG hilang tanpa khabar." ujar Izay.

Crystalia hanya mengangguk walaupun dia tak tahu apa bendanya 'GG' tu. Crystalia yang tersedar dia memengang gelas yang berisi air kosong terus memberi kepada Izay.

"Ambil la air ni. Saya ambil untuk putera Kazuto tapi dia dah tak ada."

Izay tersenyum dan mengambil air tersebut. Walaupun dia sebenarnya sudah kenyang, tapi dia tetap mengambil. Entah kenapa dia berasa 'dahaga' sekarang ni apabila memandang wajah cantik Crystalia.

Tanpa disedari mereka berdua, seseorang memandangnya dengan cemburu.

---

Malam itu tiada bintang dan tiada penampakan bulan. Itu tandanya tidak lama lagi akan hujan.

Semua para putera telah tidur dengan nyenyak kecuali Crystalia. Jangan ditanya ke mana Raja dan Permaisuri. Mereka pergi ke kerajaan lain atas urusan diraja.

Crystalia berbungkus di dalam selimut dengan gementar.

"GRUUM!"

Crystalia menutup matanya dengan erat dan menutup telinganya dengan kedua tangannya.

'Mama..Lia takut.'

Crystalia kembali menutup matanya dengan erat sambil terisak apabila mendengar guruh sekali lagi..Tapi kali ini guruh itu makin kuat.

Makin lama makin banyak bunyi guruh dan makin kuat bunyinya. Disebabkan tidak tahan, Crystalia terus bangun dan keluar dari biliknya dengan linangan air matanya.

Fikirannya buntu ketika ini dan hanya memasuki bilik salah seorang putera kerana dia terlalu takut.

Biasanya kalau situasi seperti ini, dia akan memasuki bilik salah seorang dayangnya untuk menenangkan diri.

Tanpa sedar dia telah masuk ke dalam bilik Saugo.

Crystalia terus memeluk Saugo sambil terisak. Saugo yang terasa tidurnya terganggu terus membuka matanya.

Dia agak terkejut apabila ternampak Crystalia yang sedang memeluknya. Saugo membeku di tempatnya. Jantungnya berdegup kencang sekarang ini.

Tak lama itu, guruh kembali berbunyi dan berjaya membuatkan Crystalia mengeratkan lagi pelukan pada Saugo.

Barulah Saugo mengetahui yang Crystalia sekarang ini tengah takut dengan bunyi itu.

Dia membalas pelukan Crystalia dengan hangat dan erat. Seelah itu, badan Crystalia mulai tenang dan Crystalia mulai tidur.

Saugo tersenyum memandang Crystalia.

"Kalau lah awak tahu saya cemburu tengok awak dengan Izay tadi.' desis hatinya.

Ya. Yang memandang Crystalia dengan Izay tadi adalah Saugo. Dia cemburu kerana Crystalia kurang melayannya.

Nampaknya para putera akan bersaing untuk memiliki hati Crystalia. Siapa agaknya dapat menakluki hati Cystalia?

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now