LYTM - 1° [BAB 1]

6.9K 244 10
                                    

~ BAB 1 ~

Aku menulis nota-nota yang diberikan oleh guruku. Banyaknya usah cakaplah. Panjang berjela-jela. Naik patah tangan nak menulisnya.

Almaklumlah. SPM tinggal 3 bulan je lagi. Pada mereka memang lama lagi. Tetapi tidak bagi aku. Kalau aku tak usaha sekarang. Bila lagi aku nak buat kan?

Aku menyudahkan penulisanku dengan satu keluhan lega. Aku mematah-matahkan jari jemari yang mulai lenguh.

Aku lihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Aku mengeluh berat.

Kedengaran dari luar pintu rumah dibuka. Aku segera keluar dari bilik. Kelihatannya adikku baru sahaja pulang. Dari mana? Aku sendiri pun tidak tahu.

" Dari mana? Kenapa tengah malam buta baru balik? " soal aku. Aku nampak dia meraup kasar rambutnya. Rimas dengan pertanyaan aku mungkin.

" Aduh... Semak lah! Eh aku pergi mana-mana pun. Balik tengah malam pun, ada kena mengena dengan kau ke?! Sibuk lah kau ni! Tiap-tiap hari tanya benda yang sama! Rimas tahu tak rimas! " kata Rian kasar.

" Memang ada kena-mengena. Rian adik akak. Dahlah balik tengah malam. Tak bagitahu akak pula tu. Kalau ada apa-apa jadi nanti siapa susah. Akak jugakkan. " kata aku risau.

Rian tersenyum sinis.

" Hey.. Kau tak payah banyak cakap lah. Dan kau tak payah nak sibuk pasal hal aku. Kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Dah tepi. Aku nak masuk bilik. Aku penat, nak rehat. Cau. " kata Rian dan terus berlalu masuk ke bilik.

" Rian! " panggil aku namun tidak disahut. Aku mengeluh.

' Apa lagi yang perlu akak buat untuk Rian terima akak sebagai kakak Rian? ' monolog diriku.

Aku merenung sedih pintu bilik Rian. Aku mula mengatur langkah dan masuk ke dalam bilikku semula.

❤ ❤ ❤ ❤ ❤

[ RIAN AARIS P.O.V ]

Aku atur langkah untuk masuk ke sekolah. Sekolah aku adalah sekolah sains. Memandangkan cita-cita aku dari dulu hingga sekarang adalah doktor.

Kakak aku?

Huh!

Aku tak ada kakak. Orang yang ada dekat rumah tu, layak dipanggil orang gaji. 'Dia' tu mampu sekolah dekat kampung je. Sebab apa? Sebab dia bodoh kot.

Dah lah. Malas aku nak cakap pasal perempuan tu. Buang masa!

Tiba-tiba bahuku dilanggar kuat oleh seseorang. Aku berdecit sedikit.

" Opsss... Terlanggar pulak. Im not sorry. Salah kau. Bukan salah aku. Mata letak kat lutut kot. " kata lelaki itu tertawa sinis bersama dua orang kawannya.

" Apa kau nak? " kata aku dingin.

" Nothing. Cuma pemandangan aku terjejas lah bila nampak... " Dia memandang aku dari atas ke bawah dengan pandangan yang jijik.

" Model sampah lalu. Kau sedar tak yang kau tu tak layak masuk sini. Macam mana lah kau boleh sesat kat sini. Padahal kau tu miskin. " herdik dia.

Aku mengepal penumbuk serta menahan marah yang sudah lama membuak-buak.

" Marah? Hahaha... Kesian betul lah. " perli dia lagi.

" Berambus lah Afif. Aku tak kacau kau pun kan. Kalau kau datang nak cari pasal, baik kau balik rumah pergi mengaji. Dapat pahala. " kata aku sinis.

Zap!

Fuh! Ayat hang!

Muka Afif terus berubah. Amik kau! Nak sangat kan. Aku bagi setepek kat muka kau. Hey ini Rian Aaris lah!

Love You, Tuan Muda !Where stories live. Discover now