LYTM - 28 ° [BAB 28]

4.1K 190 10
                                    

~Bab 28~

" How about her? " gadis yang terbaring di katil itu dipandangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" How about her? " gadis yang terbaring di katil itu dipandangnya.

" Tak ada apa-apa yang serius pun. Dia hanya stress je. Mungkin ada benda jadi tadi kot I guess. Bagi dia makan ubat lepas dia bangun nanti. "

Tengku Haiqal diam sambil memikirkan sesuatu.

" So, what's your plan? Takkan kau nak biarkan je benda ni? " tanya Dr Afiq a.k.a sahabat Tengku Haiqal.

" No. Siapa kata aku akan biarkan benda ni. It is about my reputation. Media dah kecoh pasal benda ni. Aku pun tak tahu macam mana dorang boleh dapat benda-benda macam ni. " keluh Tengku Haiqal.

Berita mengenai dirinya membawa perempuan ke rumahnya pada waktu malam itu telah tersebar luas.

Banyak komen-komen negatif yang diterima daripada para netizen. Padahal itu semua fitnah semata-mata. Sekarang syarikat miliknya mengalami krisis akibat cerita tidak betul mengenai dirinya. Ramai rakan bisnes mahu membatalkan kontrak.

Sungguh sekarang Tengku Haiqal sedang kusut. Tapi dia sudah memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik walaupun kelihatan mementingkan diri.

" Tulah. Aku tak tahu siapa yang berani buat mulut ni but for sure dia orang yang terdekat. Aku harap kau tak buat keputusan yang terburu-buru. We don't know what will happen soon. Jangan buat kerja gila. " nasihat Dr Afiq.

" I know. Kau tak payah lah risau. Aku tahu apa aku buat. Lagipun aku waras lagi. "

" Who knows? Kau tu seseorang yang tak dapat dijangka. "

" No worries lah. Aku buat benda baik. Bukan benda jahat pun. By the way, thanks sebab sanggup datang sini. " kata Tengku Haiqal.

" Hak alah dia ni. Macam tak biasa pulak. Tapi kan, aku tahu kau buat semua ni bukan nak jaga reputasi kau kan. " kening Dr Afiq terangkat.

" Kau tak yah ngarut. Dah balik sana! " halau Tengku Haiqal. Dr Afiq tergelak kecil.

" Yelah. Yelah. Habis madu, sepah dibuang. Faham faham. Aku tunggu kad kahwin dari kau tau. " usik Dr Afiq.

" Aku baling jugak kang kau ni. "

" Okay okay aku cau lu. Assalammualaikum. "

Tengku Haiqal menggeleng melihat perangai sahabatnya itu. Eh mamat ni kang aku lesing baru tahu.





❤❤❤❤❤





Aku membuka mata perlahan-lahan. Walaupun masa tu mata rasa berat sangat nak buka.

Aku lihat sekeliling. Bilik aku? Sejak bila pulak sampai sini?

" Bangun pun kau. Ingatkan nak pengsan sampai esok. "

Aku memandang ke arah Tengku Haiqal yang berdiri di depan pintu bilik. Dia membawa air kosong ke dalam bilik aku.

" Nah minum air. Lepas ni kau kena makan ubat. " kata Tengku Haiqal.

Aku sambut huluran air itu dan aku teguk beberapa kali. Seusai minum air, aku bertanya kepada Tengku Haiqal.

" Macam mana saya boleh ada kat sini? "

" Alien bawak kau datang sini. "

" Ishh betul betul lah! "

Mamat ni main-main pulak. Aku manalah ingat apa jadi kan. Yang aku ingat aku jumpa makcik yang tiba-tiba sembur aku. Padahal aku tolong anak dia kot.

Lepas tu..... Oh! Aku...  aku pengsan?!

" Saya pengsan ke awak? Awak yang jumpa saya ke? " tanya aku.

" Tak, sekarang ni aku nak tanya kau. Asal kau degil sangat ae? Aku cakap jangan keluar tu jangan lah. Kau tengok ape jadi semalam. " kata Tengku Haiqal.

Aku menunduk tanda bersalah. Ye ye aku tahu ni salah aku. Patutnya aku dengar cakap dia.

" Aku buat semua ni untuk kebaikan tahu tak. Aku tak nak orang salah faham. Tapi sekarang ni semua tu dah terlambat. Semua orang dah tahu yang kau tinggal kat rumah ni. Walaupun bukan kita berdua je dalam rumah ni. Tapi kau ingat diorang nak percaya ke? "

" Tapi... jiran awak kan ada. Takkan diorang tak boleh tolong. Mereka mesti tahu kan. " kata aku.

" Masalahnya yang sebarkan berita ni orang dekat perumahan ni jugak kau tahu tak. Which is yang serang kau semalam. " kata-kata Tengku Haiqal membuatkan aku terdiam.

" Banyak orang dah tahu pasal benda ni. Automatik sekarang ni syarikat dalam masalah. " keluh Tengku Haiqal.

" Habis tu? Sekarang ni macam mana? Awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Mesti sekarang awak ada masalah kan. Saya minta maaf. "

" Sumpah kalau saya tahu benda akan jadi macam ni, saya akan dengar cakap awak. " kata aku.

" Aku boleh maafkan kau. Tapi kau kena terima apa yang aku nak cakap lepas ni. "  kata Tengku Haiqal serius.

Aku menelan air liur. Dia nak halau aku ke? Memang patutlah Fiya. Kau yang cari pasal. Padan lah muka kau. Buat hal lagi.

" Awak... awak nak halau saya? "

Tengku Haiqal pandang aku lama.

" Kahwin dengan aku. "

Terbeliak mata aku mendengarnya.
















" HAAAAAA??!!!! "

























[ TO BE CONTINUE ]

Maaf lah lame tak update. Idea tipis giler. Sekarang story nya pun macam terabur. Harap korang terima lah ye. Sorry.

Love You, Tuan Muda !Where stories live. Discover now