LYTM - 2° [BAB 2]

5.9K 204 3
                                    

~ BAB 2 ~

Aku duduk di atas jambatan kayu sambil melihat pemandangan sekeliling.

Aku menutup mata membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahku.

Wah!

Dramatik nya ayat!

Serta merta terlayar segala memori ketika keluargaku lengkap sepenuhnya. Dimana adanya aku, ibuku,ayahku dan Rian. Tempat kegemaran kami ialah pantai. Semuanya indah-indah belaka. Tempat seperti tasik, kolam dan jeti juga merupakan tempat favourite kami.

Aku tersenyum manis apabila mengingatkan semua itu. Senyumanku mula pudar apabila mengingati satu peristiwa.

Semuanya berubah apabila terjadinya peristiwa hitam yang meragut nyawa dua orang yang aku sayangi. Juga menyebabkan perubahan sikap adikku.

Kini, aku sudah tiada siapa-siapa lagi. Hanya tinggal adik aku, Rian, sahaja. Walaupun dia tidak pernah menyukai diriku dan membenci diriku. Tidak pernah sekelumit rasa dendam dan marah terhadapnya.

Aku redha dan pasrah. Aku yakin, setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikan yang terselindung disebaliknya.

" Baa! " sergah seseorang. Mungkin mahu memeranjatkan aku.

Tapi aku hanya membuat mimik muka selamba sahaja. Langsung tidak terkejut dengan sergahannya. Aku bukannya orangnya kuat melatah.

" Maaf ya encik. Sergahan anda tidak menjadi. Sila cuba 10 tahun akan datang. " sinis sahaja percakapanku.

" Kan saya sudah kata. Fiya tak akan terkejut. Degillah kamu ni Zaril. " tersengih Zaril dibuatnya.

Fiy? Siapa tu? Alah. Fiy tu stan for Elfiya lah. Tak semua orang panggil aku Fiy. Hanya mereka berdua sahaja.

" Alaaa Su... Saya saja je nak terkejutkan awak Fiy. Ta-- "

" Tapi malangnya... Saya tak terkejut pun. " pantas sahaja aku memotong percakapan Zaril.

" Hey Fiy. Awak buat apa disini? Bukan mahu ajak saya sekali. Sedih lah saya macam ini. " rajuk Suzy yang berbangsa cina itu. Nama pendeknya kami panggil Su.

Su ni badannya agak chubby. Sering juga diejek. Hanya aku dan Zaril je yang mahu berkawan dengan Su. Tapi pada aku, dia tetap comel!

" Eleh.. Fiy, awak tak payah ajak dia pun. " gurau Zaril.

" Eh awak ni Zaril. Sibuk saja. Saya bercakap dengan Fiy. Bukan dengan awak. " kata Suzy sambil menjeling.

" Hahaha. Taklah. Bukan macam tu Su.. Saya cuma saja ambil angin kat sini. Malas pula nak bagitahu awak. Lagipun saya sekejap je. " kata aku.

" Sekejap apa? Dah dekat sejam jugak awak duduk sini. Kitaorang perhati je. Ye tak Su? " kata Zaril. Suzy mengangguk.

" Eee stalker! "

" Bukan lah. Kami cuma nak pasti yang awak tu dalam keadaan baik. " kata Zaril.

" Ye lah Fiy. Kami tengok tadi, awak mula-mula senyum. Lepas itu awak sedih pula. Itu yang Zaril rancang untuk sergah awak. Mana lah tahu awak dah tak betul ke. " kata Suzy.

" Amboi... Sedapnya kata kita tak betul ya. " aku bercekak pinggang. Mereka hanya tersengih.

" Eh tapi.. Korang datang sini naik apa? " tanya aku.

" Naik lembu. " jawab Zaril.

" Tak lawak Zaril. Tak lawak. " kata aku sambil membuat muka.

" Ehhhhh siapa buat lawak. Saya ada ketawa ke? Su... Saya tak ada buat lawakkan. Awak pun tak ketawa kan. " kata Zaril.

Love You, Tuan Muda !Where stories live. Discover now