LYTM - 37° [BAB 37]

6.1K 255 83
                                    

~Bab 37~

" Kenapa lah mamat ni tak drive je terus kalau Taman Indra tu cuma depan sikit tu je

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

" Kenapa lah mamat ni tak drive je terus kalau Taman Indra tu cuma depan sikit tu je. Alamak ai. Saje lah tu nak kena kan aku. " bebel aku.

Cemberut terus muka aku sebab baru je drive dalam 1km gitu, tetiba depan tu dah nampak signboard Taman Indra. Kuajo!

Mana tak berangin nya kita. Nak aje pergi gegar orang yang sedap membuta kat sebelah ni. Tapi fikiran aku masih waras lagi. Kat tak pasal-pasal ke hospital.

Tapi kesian jugak kat dia. Pagi tadi boleh kata awal jugak tuan muda ni pergi office semata-mata nak settlekan kerja dia tu. Lepastu balik terus drive ke rumah Tengku Roslina. Bukannya dekat. Nak punggah-punggah barang lagi. Memang tak banyak tapi penat jugak tu. Nasib tak guna audi. Kalau tak, celah mana nak simpan barang-barang? Ha lepastu drive lagi separuh jalan. Ofcos suami kau penat. Bagilah chance dia rehat.

Ye tak ye jugak an.

Nasib jugak lah bukan lalu lebuhraya ke and perjalanan pun tak panjang. So bolehlah aku handle. Tapi aku rasa dia memang dah plan lah. Nasib depan sikit terus belok kiri. Lepastu memang cun time tu kereta belah kiri. Ha tak payah lah nak tunggu kereta lalu dulu baru gerak. Nak bukak signal lah ape lah. Semua itu menyusahkan.

Dah lah. Membebel je kau. Tak de idea lah tu. Sebab tu kau panjangkan story an. Kantoi.

" Hmmmm... blok 6A ae. Okay belok kanan. " tanpa aku sedari, aku hampir melanggar motosikal yang tiba-tiba sahaja datang dari arah depan.

" Ya Allah! " nasib kereta sempat aku brek. Kalau tak, pokai lah aku nak repair kereta mahai ni.

Ish ish ish. Kereta yang kau risaukan. Orang yang kau hampir nak langgar tu, kau tak risau ke hanat? Taubat lah.

Aku segera keluar dari kereta. Tengku Haiqal yang juga tersedar disebelah, hanya dihiraukan. Yang penting orang yang kat luar tu elok ke tak. Tapi pertama tama, kena check kereta ada calar ke tak. Setelah meneliti, dia menghembuskan nafas lega. Nasib!

" Encik. Encik okay ke? " tanya aku kepada seorang lelaki yang menunggang motosikal. Huish nasib baik dia tak jatuh ke ape.

Dengan tiba-tiba, keadan menjadi slow motion. Dengan perlahan, lelaki itu membuka helmet yang tersarung di kepalanya. Masih dalam keadaan slow motion, dia membetulkan rambut birunya yang sedikit serabai.

Aku yang melihat itu memandang orang ini pelik. Dia dah kenapa? Sempat aku kerling jam di tangan. Huish dekat 3 minit ni dia duk posing.

" Encik?! " terus dia memandang aku. Tak hensem mana lah. Muka style style zayn malik je. Hamboi! Kantoi lah tengok 1 direction hahaha!

" Encik okay ke tak ni? Nak saya bawa pergi klinik ke? " tawar aku. Bawak kau gi klinik bukan sebab luka ke apa. Tapi nak tengok ade tak saraf otak dia terputus. Seram lah aku lama-lama.

" Eh tak pe. Okay je. Cume nak tanya lah. Ade lesen ke tak ae? Sebab bawa kereta serupa macam orang gila. Sib baik cantik. " kata lelaki itu pedas.

Hamboi laki ni! Aku hempuk kepala dia guna batang besi kang.

" Errr saya mintak maaf. First time bawa. " jawab aku nak tak nak. Mulut dia memang tak amik insurans ae. Insurans perlindungan bencana alam ke. Dah teruk sangat dah kena gempa bumi tak pun tsunami.

" Ouh no wonder. By the way, nama I Fikri. " lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat. Aku hanya memandang huluran itu. Hey aku ni wanita bertudung lah! Plus, isteri orang! Dia ni gila ke apa?

Tiba-tiba tangan lelaki itu diturunkan kebawah oleh seseorang. Tahu-tahu je lah siapa an.

" Jauhi corona. "

Tengku Haiqal berdiri di sebelah aku. Sempat dia tarik aku ke belakang sikit dan rapat dengan dia. Wau! Baru bangun tidur pun handsome. Dengan rambut messy sikit. Auch!

Itu lah yang kau fikirkan. Otak tak pernah bersih. Pergi hantar kat dobi lah. Kasi spin 100 kali.

Gatal amat lu ya!

Eh suka hati aku lah. Suami aku.

" Sorry lah bro. Wife aku ni baru nak belajar drive kereta. Kau pun satu. Dah tahu ni taman, nak laju-laju buat ape. Kalau jatuh tadi bagus jugak. " kata Tengku Haiqal. Macam biasa, tuan muda tak pernah tak savage.

Sebenarnya dari tadi Tengku Haiqal ni duk perhati isteri dia dengan mamat rambut biru ni. Nampak sangat nak mengurat. Dah lah rambut acah-acah macam cerita budak tebing tu. Geram je.

' Hmmmm... bila aku tengok muka dia an ade merah sikitlah. Telinga pun naik merah. Takkan dia malu? Oh mai gad! Takkan gay?! ' bisik hati aku. Muka aku berkerut tanpa aku sedar.

Bodoh lah kau ni. Dia cemburu lah jing. Lembab!

Kata si author.

" Ouh. Tak palah. Saya faham adik abang ni mesti muda lagi kan. Baru nak amik lesen. Ha tak pe tak pe. Saya tak da hal lah. Im totally fine. " kata mamat tu.

Tengku Haiqal mengerutkan dahi. Adik? " Bila ma-- "

" Okay lah. Saya kena pergi ni. Nak ambil 'adik' saya kat sekolah. Sekaligus nak bagitahu lah dia bakal dapat kakak ipar ke kan. Assalammualaikum. Bye you. Ada jodoh, kita jumpa lagi. " kata mamat tu. Lalu pergi dengan motosikalnya. Perkataan adik pun turut ditekankan seakan memerli.

Eh ingat Tuan Muda sorang ni main main ker?!

Aku dan Tengku Haiqal saling berpandangan. Tengku Haiqal menjeling lalu berjalan masuk ke dalam kereta semula.

Aku termangu. Sah mamat tu pekak kuasa 10! Dikatanya aku ni adik Tengku Haiqal. Hello, suami aku tu okay! Halamak, kakak ipar? Memang mati hidup semula pun aku tak nak. Dah lah rambut tiru Tongki. Hemp!

Ni lagi satu? Jodoh? Hak tuih! Jodoh aku dengan tuan muda aku je. Gila punya olang! Ha kan dah terlepas bahasa asal usul aku. Eh tiber. Berangan mix cina lah tu

Dah lah kutuk aku masa mula-mula. Tiba-tiba jual ayat pulak. Geli je.

Pin pin!

Aku melihat ke arah kereta. Ternyata Tengku Haiqal kembali ke seat pemandu yang sekaligus membawa makna bahawa aku akan duduk di seat sebelah pemandu.

Mesti dia marah kan. Habislah aku! Mati mati mati.





















[To Be Continue]

Holla! Complete lah dalam 860 words lah kiranya. Sikit siaaa. Alahai. Sorry giler arr bab ni pendek. Ouh ye saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua umat islam ye. Boleh lagi kan wish? Boleh kot. Ape ape pon enjoy lah cerita yang macam hidup segan mati tak mahu tu. Okay!

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 02, 2020 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Love You, Tuan Muda !Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang