LYTM - 31° [BAB 31]

4.5K 224 26
                                    

~Bab 31~

" Eh awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Eh awak. Kita tak cari barang kahwin ke? " tanya aku.

Pelik jugak aku. Patutnya dah kena carilah kan? Lagi tiga minggu je ni. Baju, cincin dengan barang-barang kahwin yang lain tu dah ade ke semua? Alah mesti mama tahu. Tapi senyap je diorang semua ni.

" Tak. " jawabnya sepatah. Berkerut dahi aku.

" Aik habistu? Nanti majlis akad nikah macam mana? " kata aku.

" Kau pakai je lah apa-apa. "

Wah! Jawapan dia semudah abc.

Jawapan yang diberi amatlah menyakitkan hati aku. Dia ni jawab betul-betul tak boleh ke?! Suka sangat buat aku macam ni!

" Betul-betul lah! " marah aku.

" Kau ada nampak aku main-main ke? " dingin sahaja jawapannya. Aku mencebik.

" Ish. Awak ni kan. Saya malaslah nak cakap dengan awak lagi. Menyakitkan hati je! " kata aku sambil menjeling ke arah Tengku Haiqal.

" Baguslah. Aku lagi malas nak bercakap dengan orang banyak mulut macam kau. " ujar Tengku Haiqal.

Sekali lagi. Sekali lagi si tuan muda yang kerek lagikan poyo ini menyakitkan hati aku. Panas betul harini ye! Kat rumah ni tak pasang aircond ke? Panas dia lain macam.

" Eeee sabar jelah. Kalau nak diikutkan hati jahat saya ni, dah lama say-- "

" Ha apa apa? Kau nak buat apa? " kata Tengku Haiqal dengan pandangan seakan mencabar aku.

Weh! Dia ni kenapa ae?!

" Hello! Assalamualaikum! Mor!... ning? " Tengku Haqimi yang tiba-tiba muncul itu memandang pelik ke arah Tengku Haiqal dan aku.

" Dah kenapa dok pandang-pandang macam nak tembus muka masing-masing ni? Ade renung-merenung contest ke? " gumam Tengku Haiqal. Namun tiada balasan walaupun satu patah perkataan yang diterima.

Keadaan hanya sunyi dan sepi bagai habuk lalu. Janggal kan.

" Erk. Asal korang ni? Semacam je aura pagi ni. " naik bulu roma Tengku Haiqal melihat situasi ini. Dia dapat merasakan ada suatu energi yang tidak bagus. Dan semestinya tidak bagus buatnya.

" Ha! Eh nape tak makan roti bakar ni? Aduh jangan lah main jeling-jeling tu lama sangat. Nanti jatuh hati pulak kan. Hahahaha... haha... ha. "

Terus terdiam Tengku Haqimi apabila renungan mereka tadi dialihkan pada dia.

Ah sudah! Dia pula yang diberikan pandangan maut. Seperti ada sebilah pedang berada di lehernya sekarang ini. Situasi yang gawat!

' Im dead. ' desis hati Tengku Haqimi.

" Ouh kay lah kan. Dah amik roti bakar ni. Makan kat ruang tamu jelah. Taknak mengganggu korang. Lagipun ade citer best pagi ni. Meh meh fitness tajuknya. Dah lama tak senam ni. Nanti hilang pulak six pack ni. Pergi dulu ye. " pamit Tengku Haqimi. Tak betah dia lama-lama disitu.

Love You, Tuan Muda !Where stories live. Discover now