LYTM - 12° [BAB 12]

4.7K 177 2
                                    

~ BAB 12 ~

" Wahhh... Ni ke kedai bakeri Aunty? " kata aku terpegun.

Kedai yang bernama 'Rosbell Bakery' aku masuki bersama-sama Aunty Ros.

" Memanglah. Takkan lah Aunty nak masuk kedai orang lain pula kan. " seloroh Tengku Roslina.

Aku tersengih sumbing.

Aku perhati sekeliling kedai ini. Susun aturnya sangat cantik dan menarik. Dengan bunga kecil dalam pasu diletakkan di atas meja. Memang orang kata, perfect lah!

Tapi macam peliklah juga. Sebab tak ada orang datang pun. Aunty Ros kata, kedai dia ni boleh dikira famous jugak lah.

Tapi kenapa sunyi je?

" Aunty, kenapa tak ada orang datang pun? Aunty kata ramai orang datang kedai Aunty. " kata aku polos.

Tengku Roslina tertawa kecil.

" Hari ni kan hari sabtu. So kalau hari sabtu, cuti lah. Hari lain kedai bukak except sabtu. Aunty bagi kelonggaran sikit kat pekerja Aunty sebab pekerja Aunty tak ramai. Berbanding dengan cawangan Aunty yang lain. " jelas Tengku Roslina.

Aku ternganga sebentar.

Cawangan?!

" Aunty ada cawangan kat tempat lain ke? " soal aku.

" Mestilah ada. Aunty ni kan Fiya, bukan famous saja-saja kat sini je. Tempat lain pun macam tu. Cuma kat sini kurang pekerja sebab ada Aunty untuk uruskan kedai. " kata Tengku Roslina.

Aku mengangguk faham.

" Wah... Hebatnya Aunty. Businesswoman berjaya. Untung Aunty. " kata aku kagum.

" Ada-ada je lah Fiya ni. So, Fiya boleh start kerja esok. Hari ni Aunty tunjukkan tempat kat mana nak baking apa semua. Nanti tak ada lah kekok sangat. Rushing tak jumpa barang lah apa lah. Sebab masa itu emas. " ujar Tengku Roslina.

" Besides, esok boleh kenal-kenal dengan pekerja Aunty. Dua orang perempuan and sorang lelaki. " kata Tengku Roslina.

" Lelaki pun ada? " kata aku agak terkejut.

" Yup. Katanya dia nak kerja part time. Buat simpanan sikit untuk masa hadapan. Dia still student lagi. Dalam 20 gitu umur dia. Lagipun dia kata dia suka bab-bab bakeri apa semua ni. " kata Tengku Roslina.

" Bagus jugak kan. Jarang-jarang ada lelaki minat baking apa semua. " kata aku.

" Betul tu. Orangnya pun handsome. Baik, rajin, peramah. Bila buat kerja tu memang tip-top. Tak pernah miss. Pandai memasak pula tu. Kira full packej lah. Untung siapa jadi wife dia nanti. " puji Tengku Roslina.

" Wah Aunty. Puji bukan main. Mesti dia ni bagus sangat kan. " kata aku.

" Of course. Eh dah lah. Apa lah kita ni duk borak pasal orang lain. Jom kita pergi bahagian dapur dulu. " kata Tengku Roslina.

" Okay Aunty. " aku menurut dan mengikuti Tengku Roslina ke dapur.




❤ ❤ ❤ ❤ ❤




" Aunty? " tegur aku.

Tengku Roslina yang sedang tergelak tadi terus memandang aku. Apa ntah yang lawak sangat.

" Eh Fiya? Mari sini. Duduk sebelah Aunty. " ajak Tengku Roslina.

Aku hanya akur dan melabuhkan punggung di sebelah Tengku Roslina.

Love You, Tuan Muda !Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz