LYTM - 4° [BAB 4]

4.6K 178 4
                                    

~ BAB 4 ~

" Lambat lagi? " Cikgu Laili sudah berada di depan pintu pagar sekolah.

Aku menghentikan larianku. Tercungap-cungap aku menarik nafas. Aku mengeluh perlahan.

' Confirm kena lagi teruk. Basikal aku tu masa ni lah rantai nak tercabut. Lepastu dah lah kena kejar anjing. Kalau lah anjing Ahseng tadi tak kejar aku, mesti aku sampai awal. ' rungut hatiku.

" Elfiya! " sergah Cikgu Laili.

Aku tersedar daripada lamunan tadi. Aku hanya memberikan senyuman nipis sahaja.

" Agaknya kamu ni nak kena gantung sekolah dulu kot, baru kamu tu tak datang lambat. " kata Cikgu Laili.

" Tak payah gantung lah cikgu. Buang sekolah terus je. " kata headprefect sekolah aku yang bernama Helmi. Dia tersenyum sinis.

Dengan automatik, senyuman yang aku ukir tadi mulai pudar. Aku merungut dalam hati.

' Dia ni tak puas hati dengan aku lagi kenapa? Dah kena reject tu dah lah. Hishhh! Agas betul! ' berontak aku.

Helmi ni dia pernah confess dekat Sheen yang dia suka kan dirinya. Tapi Sheen reject sebab dia tak suka lah couple-couple ni. Muda lagi. Nak SPM pun kan. Nanti tak fokus.

" Ye lah cikgu. Buat apa simpan budak yang makin jatuhkan nama sekolah. Dah lah tak ada apa-apa. Tapi berlagak macam sekolah ni dia punya. " sokong Fanin yang memegang jawatan PKP.

Memang sesuai mereka ni. Dua-dua pengawas. Adik-beradik pula tu. Kepala dua-dua ting-tong. Lutut letak kat otak. Asyik tak puas hati dengan orang je.

' Sekurang-kurangnya aku masih datang sekolah. Daripada Si Fanin tu. Tak datang sekolah dengan sebab yang tak munasarawak. Ada ke dia boleh buat alasan kucing gigit kaki sampai demam. Yang cikgu pun satu. Terima alasan dia tu dah kenapa? ' monolog aku.

Aku hanya mampu mengata dalam hati je. Aku tak nak buat kontroversi kat sini. So lebih baik diam daripada berdebat.

Tapi, tak kan lah cikgu tak dapat detect yang Fanin ni menipu? Sebab Fanin ambil course make-up. Konon nak jadi makeup retis gitu. Nampaknya penipuan Fanin ni betul-betul menjadi.

Mana Fiya tahu semua tu tipu?

Memang lah Fanin ada tunjuk bukti bekas kena gigit kucing. Tapi lepas je dah habis sesi penunjukkan bukti dia tu, terus dia cepat-cepat balik kelas. Then, bersihkan luka tu semua. Elfiya ikut Fanin sampai masuk kelas.

Tapi dia tak berani nak lapor. Sebab dia ni siapa? Fanin tu siapa? Dia anak ketua kampung. Silap-silap ada kang yang Elfiya kena usir dari kampung.

Dah lah mak pun perangai macam anak. Selalu je backup anak dia walaupun anak dia salah. Yang bapa nya tu pun takut bini. Ikut je telunjuk bini nya. Dah macam lembu kena cucuk hidung. Tak tahu lah macam mana dia boleh jadi ketua kampung.

Tu yang Elfiya diam je. Dah lah nak dapat duit susah. Nak bayar duit sewa rumah tu lagi. Rian nak belanja nanti. Pening kepalanya!

" Fiya... Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Awak ni makin melampau. " keluh Cikgu Laili.

" Kalau awak terus macam ni, saya tak akan teragak-agak untuk laksanakan tindakan displin keras terhadap awak. Saya tak boleh berdiam diri. Bila saya tanya, awak tak nak jawab. " kata Cikgu Laili.

" Saya minta maaf cikgu. " ucap aku. Seperti biasa. Aku hanya menunduk sahaja.

" Maaf saja yang kau tahu! Dari dulu sampai sekarang sama je! Kalau dah tahu tak suka datang sekolah tu, berhenti je lah! Acah alim konon! " kata Fanin.

Aku mengetap bibir menahan marah.

" Fanin! Kamu tak payah masuk campur. Biar cikgu yang uruskan. " halang Cikgu Laili. Fanin cebik menyampah.

" Dah... Saya malas nak cakap lebih-lebih dengan kamu ni. Kalau saya cakap pun bukannya kamu nak dengar kan. " perli Cikgu Laili. Aku tersenyum nipis.

" Kamu boleh keluar. "

Aku mengucapkan kata maaf dan terus melangkah keluar. Belum sempat aku menunduk untuk mengambil sapu tangan yang terjatuh. Seseorang sudah menarik tangan aku kuat dan menghentak aku ke dinding. Aku mengaduh perlahan.

" Hey perempuan. Kau jangan ingat, kau akan terlepas. Aku akan pastikan kau merana. " kata Helmi.

Ya. Dialah Helmi. Helmi Iskandar adalah nama yang sungguh dikenali ramai. Siapa tak kenal ketua pengawas ni kan. Yang playboy. Perempuan keliling pinggang.

" Memang patut pun dia ni merana, abang. Aku pun meluat tengok dia. " datang pula Fanin dari arah kiri.

Adik-beradik bergabung! Meletop sekolah!

" Kau sabar je, dik. Tak lama lagi dia akan berambus daripada sini. " kata Helmi sinis.

Aku mengeluh.

" Korang nak apa sebenarnya? " kata aku.

" Tak ada apa. Kami cuma nak warning je. Jangan ingat kau boleh duduk senang lenang kat sini ye. Kau pasti akan dapat balasan. Tunggu jelah. " ugut Fanin.

" Apa lagi yang korang tak puas hati dengan saya? Apa yang saya buat kali ni? Saya pernah ganggu korang. Kenapa korang ganggu saya? " soal aku.

Aku memang tertanya-tanya. Apa yang membuatkan mereka ni jadi tak puas hati dengan aku. Aku tak pernah kacau mereka. Sentuh mereka pun tak pernah.

Apa sebenarnya mereka mahu?

" Kau tak payah pura-pura tak tahu. Kau dengar sini ae. Selagi kau tak berhenti sekolah sini, aku dan adik aku akan buat apa saja untuk pastikan kau dibuang. Bukan sahaja sekolah. Malah daripada kampung. Aku harap kau diusir seteruk-teruknya! Masa tu, tak de siapa yang boleh tolong kau! Sama ada si sotong tu ataupun budak gemok tu! Kau ingat ae! " kata Helmi tegas. Pandangan matanya sangat menikam.

" Ingat tau perempuan. Kau tak akan aman! " Fanin menunjal kepala ku. Mereka terus pergi meninggalkan aku keseorangan di situ.

Aku meraup wajah perlahan. Sedaya upaya aku menahan air mata daripada jatuh.

Apa lagi lah dugaan yang akan menimpa aku? Ini baru kena warning. Dah lah lagi beberapa bulan nak SPM. Kalau aku tak sempat nak SPM? Macam mana aku nak cari kerja?

Ya allah... Bantulah aku...





















[ To Be Continue ]

❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Holaa! Yeah... Aku tahu lama tak update. And chapter ni sikit. Sebab aku memang tengah musim idea kering kontang.

But semua tu tak jadi masalah sebenarnya. Yang jadi masalahnya bila tiada sokongan dari readers. Contohnya yang baca 20 tapi yang vote 10 je. Macam mana tu?

Ermmm tak pelah. Aku faham. Aku ni bukan professional sangat mcm author ii lain.

Okay lah... Aku chauu dulu.

Love You, Tuan Muda !Onde histórias criam vida. Descubra agora