LYTM - 9° [BAB 9]

4.7K 197 3
                                    

~ BAB 9 ~

" Dah siap semua? " tegur Kak Mah. Aku berpaling dan memandangnya sambil terus.

" Beres! " kata aku semangat.

" Kalau macam tu, meh lah kita. " ajak Kak Mah.

Aku hanya mengikut saja langkah Kak Mah. Di luar rumah sudah tersedia kereta yang berjenama mahal.

Jenama apa ntah tu. Alah yang ada logo harimau ke apa ntah. Macam jenama Puma pun ada. Cuma harimau tu berdiri kot. Nampak mewah dan mahal sangat.

Kereta majikan Kak Mah kot. Wau giler!

" Tuan Muda ada kat sana ke? " soal Kak Mah.

" Tak ada. Tuan Muda ada meeting pagi ni. Jadi dia tak stay sana. " jawab seorang pakcik. Driver kereta mungkin.

" Ouhh... Bagus juga. Tak de lah Fiya ni kekok. " kata Kak Mah. Aku memandang Kak Mah apabila terdengar seperti namaku disebut.

' Bual ape lah tu agaknya? Sampai nama aku naik ni, apa ce? ' monolog aku.

" Fiya kan? " tanya pakcik itu.

" Ye saya Fiya. Pakcik... "

" Panggil je Pak Din. " kata Pak Din mesra.

" Ouh okay! " balas aku ceria.

" Sudah semua kan? Jom Fiya. Masuk dalam. " aku mengangguk dan masuk ke dalam kereta.

Pak Din pun memandu kereta, bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

" Kak Mah. " panggil aku.

" Ada apa Fiya? " kata Kak Mah.

" Bo--boleh Fiya tahu. Siapa nama majikan Kak Mah? " kata aku sedikit gugup.

" Majikan akak? Nama dia... Tengku Roslina. " jawab Kak Mah tenang. Aku pula sudah ternganga.

" Tengku?! " suaraku sedikit tinggi.

" Ye Fiya... Dah, akak nak tidur ni. Jangan kacau. " kata Kak Mah selamba.

" Ceyh... Poyo lah Kak Mah ni. " gumam aku perlahan. Setelah itu, aku membuang pandangan ke luar.

Sepanjang perjalanan itu, aku hanya diam dan memandang ke luar sambil melihat panorama alam yang indah.

Sungguh aku rasa kagum dengan ciptaan-Nya. Jakun pun ada. Sebab sebelum ni aku hanyalah gadis kampung yang tidak pernah keluar melihat dunia. Dah macam katak bawah tempurung.

Bukan macam, memang katak bawah tempurung pun!

Aku mengucapkan kalimah syukur kepada ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk melihat semua ini.

Alhamdulillah...

Kereta tiba-tiba membelok ke Petronas. Nak isi minyak lah tu. Memang lah nak isi minyak. Takkan nak pancitkan tayar pula.

' Aduh... Tiba-tiba rasa nak terkucil pulak. ' monolog aku.

Aku memandang ke arah Pak Din yang keluar untuk mengisi minyak. Aku pandang pula Kak Mah yang sedang enak dibuai mimpi.

' Waaaa! Aku dah tak tahan ni! Keluar, tak nak? Keluar, tak nak? Keluar jelah. ' perang hatiku.

Aku terus membuka pintu keluar dan berlari-lari anak ke arah tandas. Sungguh aku tak tahan!!




❤ ❤ ❤ ❤ ❤




Aku merapikan baju blouseku yang sedikit berkedut. Aku membilas tanganku di sinki dan melangkah keluar daripada tandas.

Love You, Tuan Muda !Where stories live. Discover now