bab 10

630 11 2
                                    

"g mana takdi ? "

Afiq baru sahaja mandi dan keluar dari bilik air . Naura membuka tudung dan merebahkan badannya ke atas katil .

"g Pavi ngan Lisa and Rayyan "

Afiq yang memakai tuala sahaja mendekatkan dirinya kepada Naura .Naura hanya membiarkan sahaja .

"oh ngan Rayyan . Buat apa je ?"

"ey Afiq ni banyak tanya la . Naura nak baring jap boleh ?"

Naura membetulkan badannya supaya berbaring betul-betul . Afiq yang mula membuka tualanya untuk memakai baju .

"eh , Afiq nak buat apa ni ! tak malu ke ?!" Jerit kecil Naura sambil menutup mukanya apabila Afiq buat begitu .

"Aku nak pakai baju la gila , kau tu ha yang tak malu , dah tau aku lepas mandi so mesti la pakai baju , takkan nak bogel pulak . "

"yela , at least bagila tau , dah pakai balik tuala tuu ! Naura nak keluar ni"

"takyah duduk je situ... tengok... jangan nak g mana-mana ."

Afiq sengaja mengusik Naura dan sudah memakai seluar . Dia mendekati Naura yang sedang menutup mukanya menahan malu itu .

"Bah!!!!"

"Gila mak kau !!!"

Lintang-pukang Naura berlari keluar dari bilik itu . Mahu tercabut saja jantungnya apabila Afiq buat begitu kepadanya . Afiq hanya ketawa terbahak-bahak sehingga tersedak-sedak kerana Naura berlari keluar seperti lipas kudung itu .

***************
"Naura....ma..malam ni kau su....suci ?"

Kata-kata Afiq membuatkan jantung Naura berhenti berdegup . Ha sudah , dia main suci ke tak ! matilamakk!!! jerit Naura dalam hati.

"makan la dulu , Afiq tak lapar ke ? "

"tak lapar , sebab takdi dah kenyang gelak pastu kenakan orang . mane eh orang tu nak mintak maaf . HAHAHAHAHA "

Afiq sambung ketawanya di depan Naura . Naura hanya mengecilkan matanya dan mencubit perut Afiq . Afiq menahan sakitnya dan sambung gelak .

************
"Naura sayang , dah tidur ke tuew...."

Afiq berbisik di telinga Naura yang sedang berpura-pura tidur di atas katil biliknya.Dengan sepantas kilatnya , melayanglah bantal di muka Afiq . Afiq ketawa lagi .

Malam itu , mereka menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri . Aku tanak jadi isteri nusyuz! katanya dalam hati .Oleh itu , dia membiarkan sahaja Afiq menyentuhnya malam itu .

Subuh sudah tiba , Naura yang berada dalam dakapan hangat Afiq terjaga . Afiq masih tidur nyenyak lagi . Tak silapnya pukul 4:00 pagi baru mereka tidur . Penat agaknya Afiq . Naura bangun dan terus mandi wajib , selepas itu dia mengejut Afiq untuk mandi dan solat subuh bersama .

***************
"Nak drive sendiri ke nak aku drive ?"kata Afiq sambil menyuapkan roti ke mulutnya .

"Nak drive sendiri la"

"Nape tanak aku drive ? Nak lencong tempat lain ? Ke nak bawak jantan masuk kete ? "

"Eh mane ada ! Takdi tanya....pstu dah jawab lain pulak pemikiran dia , cakap je la nak suruh Naura naik kete Afiq kan senang , haish "

Afiq hanya diam manakala Naura tersenyum sambil menyuapkan roti ke mulutnya .

"Nanti nak balik ngan apa kalau naik ngan Afiq ? Dah la Afiq selalu nak keluar ngan Izatty lepas keje ."

"Ikotla sekali , boleh tengok drama free"

"Tanak la , baik tengok kat rumah"

"Jealous cakap !eleh"

"Heh , buat apa nak jealous .bukan dapat pape pon "

Naura mula bangun dan mengemas meja makan untuk bersiap ke tempat kerja .

"Eh dapatttt......dapat sakit hati HAHAHAHA "
Jerit Afiq kepada Naura yang berada di dapur yang sedang membasuh pinggan dan cawan . Naura ke depan membawa sebilah pisau dan menunjukkan kepada Afiq.

"Nak kene ni !?cocok perut tukang terburai semua usus kang ."

"Eh jangan , nanti kang perut ni terburai... nanti kau nak peluk perut sape ? Rayyan ?HAHAHAHAHA "

Malas Naura ingin melayan kerenah Afiq pagi itu , pagi-pagi lagi dia dah happy and pagi-pagi lagi Naura dah sakit hati . Heh ! dengus Naura dalam hati .

Maybe you...Where stories live. Discover now