bab 11

628 9 0
                                    

"Hai sayang , you dah makan ? Jom g lunch "
Seperti biasa , Izatty masuk tanpa kebenaran , tanpa ketuk . Suka hati mak bapak dia ajelah nak masuk ! Kekasih hati Afiq katakan .

"Hi , blom . Give me 5 minutes okay ?" Kata Afiq sambil mengenyitkan matanya kepada Izatty . Izatty hanya duduk di kerusi berhadapan dengan Afiq .

Tiba-tiba Afiq mendapat messaging daripada Naura .

"Naura keluar makan dengan Rayyan tau dekat area food court . Bawah ni je ."~AN

"Okay , aku pun keluar makan ngan Izatty ni , g makan ye....jangan g menggatal !kalau aku nampak kau menggatal , malam ni SIAP!"~AD

"Gila! Takdelah"~AN

Izatty hanya memerhatikan Afiq yang tersengeh sorang-sorang . Tiba-tiba perasaan jealous muncul dalam hatinya .

"You chat sapa , nampak happy je ?"

"Takde sapa , dah la jom !"

Afiq hanya senyum kepada Izatty dan menyimpan handphonenya ke dalam poket seluar . Takut -takut kalau penyakit merajuk Izatty datang .

Afiq membawa Izatty makan di food court di bawah offis nya . Dia mahu melihat Naura membuat drama dengan Rayyan . Sekali gus , dia pun mahu buat begitu , supaya Naura cemburu dengan Izatty.

Kebetulan ada satu meja makan yang kosong bersebelah meja makan Naura dan Rayyan , dengan cepat Afiq mengambil tempat duduk itu , takut takut kalau ada orang lain sempat rampas meja itu dari dia .

Naura yang sedang berbual bual dengan Rayyan tekejut berok bila tengok suaminya dengan Izatty di sebelah . Hampir tersedak rasanya ketika dia minum air yang dipesan itu. Rayyan juga turut terkejut sama . Naura sempat menghantar chat kepada Rayyan .

"Ayyan buat buat tak nampak tau dorang "
~crushNaura
"Kenapa pulak ? , Ayyan baru nak tegur"
~Ayyan
"Takpayah ! Dia saje je tu . Tak yah layan tau"
~crushNaura

Rayyan hanya mengangguk saja. Kemudian mereka berbual macam biasa . Sekejap sekejap Naura ketawa , sekejap sekejap Rayyan ketawa. Hampir saja taik telinga Afiq cair mendengar gelak tawa bahagia mereka .

Sekarang giliran Afiq pula mencemburukan Naura. Dia menyuapkan beberapa sudu nasi goreng ke mulut Izatty , dan Izatty dengan bahagianya membuka mulut . Mata Naura tidak boleh duduk diam melihat drama yang dibuat oleh suaminya . Hampir terkeluar biji matanya melihat drama itu . Rayyan perasaan perubahan yang berlaku pada Naura . Kini Naura hanya membisu lepas melihat drama suaminya .

Tudung Naura tidak betul di bahagian depan dan Rayyan apa lagi , masuk aaa ! Dia membetulkan tudung Naura dan Naura tersenyum . Naura berasa sikit malu , Rayyan memang bersikap begini , tidak suka melihat buah hatinya comot comot . Afiq hanya mengetap gigi nya tanda geram dengan perlakuan Rayyan kepada isterinya . Sengaja Afiq menjatuhkan sudu dan kemudian Naura melihat Afiq turun dan amik sudu yang jatuh itu .

"Awwww ... " Afiq memijak kaki Naura . Naura kepelikan . Gila bapak panjang kaki laki aku ni ! Geram Naura dalam hati .

"Naura okay ? " terkejut Rayyan dibuatnya .

"Okay , takdi ada binatang pijak kaki ni em " Naura sengaja menggunakan perkataan "binatang"dan dia juga saja buat muka comel depan Rayyan.

Maybe you...Where stories live. Discover now