1

1.3K 133 44
                                    

Segala persiapan telah pun sempurna. Sebentar lagi, majlis perkahwinan antara Jeon Jung Kook dan Kang Shu akan di mulakan.

Gadis itu juga telah bersedia menunggu masa yang sesuai untuk menyerang.

Perut mengandung palsu telah diletakkan ke perut ratanya. Ya, dia ingin mengatakan dia telah mengandung anak Jung Kook di hadapan umum.

Dia tak peduli. Kalau dia tak dapat Jeon Jung Kook orang lain pun tak boleh.

____

Upacara akan dimulakan. Jeon Jungkook dan Kang Shu pun dah berada di hadapan.

"Nanti dulu, majlis perkahwinan ini tak boleh diteruskan. Saya tak setuju. Lelaki ni dah mengandungkan saya. Saya nak dia bertanggungjawab". Ujar Yoon Ri.

Kata-katanya membuatkan seluruh tetamu terkejut dan berbisik sesama sendiri. Termasuklah Min Yoon Gi abang kepada Yoon Ri.

___

HO SEOK P.O.V

Aku tak percaya dengan apa yang berlaku. Aku terpempan dengan apa yang berlaku.

Seriuslah, Min Yoon Ri sanggup buat kerja gila begini sebab cinta tak berbalasnya terhadap Jeon Jung Kook.
Dia tak fikir ke pasal akibat nya kalau dia buat kerja sakai ni.

Aku membuang pandangan ke arah Yoon Gi. Dia pun Jung shook apabila adik dia buat pengakuan tu.

Aku dengan Yoon Gi tengah main mata sekarang ni. Aku pandang dia, dia pandang aku.

Akhirnya, dia memegang tangan aku. Lebih tepatnya, jari aku yang runcing-muncing ni.

"Hoseok, aku minta tolong kau. Tolong bawa adik aku Yoon Ri pergi dari sini. Aku percaya dekat kau". Ujar Yoon Gi.

"Tapi, hyung kenapa aku..."

Belum aku sambung , dia dah kembali memegang tangan aku. Nampak tak dia punya merayu tu.

Dia boss aku. Aku tak nak hampakan dia.

"Baiklah, hyung aku ikut cakap kau".

Aku terus melangkah menuju ke arah Yoon Ri. Sampai sahaja, aku terus menarik tangan nya.

Kuat beb aku pegang tangan dia. Aku tak peduli kalau dia sakit.

"Jom". Aku bisik dekat Yoon Ri. Apabila berdekatan begitu dapat aku hidu bau wangi Yoon Ri.

Aku akan ingat bau ni untuk masa yang lama.

Tbc.........

A/N: Akk macam teringin pula try buat citer Hoseok. Saja je. Terima lh citer akk yg penuh cliche ni. Cuma pakai hero Hoseok je...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now