29

375 57 22
                                    

YOON RI P.O.V

Aku baru selesai memasak kimchi juga. Jadi lah buat makan tengah hari.

Aku duduk di meja makan kecil dapur. Lantas, IPhone aku capai.

Tetapi, apa yang aku nak tengok. Aku tahu apa aku nak tengok. Lagu baru Bitiyesh. Boy with Love.

Lantas, laman YouTube aku buka. Aku jadi fanggirling pula.

Tak apa, sekali sekala. Aku dah mula - mula dapat rentak.

Kenapa manis sangat lagu ni? Tiba-tiba,  IPhone aku bergetar.

Lantas, aku geser ke ikon hijau untuk menjawab panggilan. Siapa yang telefon?

"Yeobuseyo, Yoon Ri bercakap? Siapa ni ya?". Ucap ku di corong talian.

"Ini omma." Ucap si pemanggil.

Omma mana. Omma aku  dengan appa aku dah lama tak tinggal dekat Korea.

Sebaik Yoon Gi ambil alih syarikat. Omma dengan appa aku terus merantau.

Katanya teringin nak tengok negara orang. Jadi, siapa yang telefon ni?

"Sayang, ini omma Hoseok lah. Maaflah, omma minta nombor kamu dekat Hoseok. Omma sebenarnya nak minta kamu datang rumah omma boleh tak?Kita boleh buat Woman talk." Ucap Puan Jung.

"Oh, okay Omma Ri okay je. Ri tak buat apa-apa pun. Nanti kita jumpa ".

____________

Akhirnya aku sampai dekat rumah Puan Jung merangkap mak mertua aku.

Aku memang menantu hantu. Nombor mak mertua pun tak simpan.

Jadi jangan contohi aku.

"Omma". Ucap ku lalu tubuh ku tundukkan sedikit.

Omma pula terus peluk aku. Aku pula menyambut pelukannya.

Seriuslah, dia layan aku elok gila.

Usai masuk omma menunjuk kan aku bilik untuk aku tidur malam ni. Bilik Hoseok.

Setelah itu, kami berborak mesra di dapur. Sambil minum petang, ada teh hijau buatan omma mertua.

Kuih beras turut terhidang sebagai kudapan petang.

"Kamu dengan Hoseok okay?". Soal omma.

Perggh! Soalan macam tahu aku tengah perang dingin dengan anak dia.

"Okay, omma. Semua nya baik."Ucapku. Senyuman bahagia aku cuba ukirkan. Hidup mesti fake.

" Kalau macam tu kamu tiada tanda - tanda lagi nak berisi? ". Lagi - lagi soalan cepu mas di tanya kepada ku.

" Ha.. Nampak gaya belum". Ujarku.

"Tak apa lah, usaha lagi. Omma bukan apa. Tak sabar nak menimang cucu."

Kali ini, aku tersenyum sekali lagi. Dah sudah nak cucu pula.

"Tak apa lah, Ri kamu berehat dulu, kamu mesti penat kan. Nak berehat pergilah bilik Hoseok. Kamu kalau nak geledah pun boleh omma tak kisah. Hoseok tak ada dekat sini. Jadi, omma beri kebenaran untuk kamu buat apa saja dekat bilik tu". Ujar omma.

Cantik! Aku okay saja kalau macam tu.

Sampai di katil aku landing, nikmat nya. Mengingatkan kata mak mertua aku bahawasanya aku boleh geledah bilik ni. Aku terus bangun.

Langkah aku atur ke, meja belajar Hoseok. Tersusun rapi sahaja, mesti omma yang kemas.

Gambar Hoseok masa zaman sekolah menengah tinggi aku tatap, noob nya shuben aku ni.

Hurm.. Aku tak kenal dengan dia sangat zaman ni. Sibuk fanggirling dengan Jung Kook, yang sampai ke sudah tak pandang aku.

Lantas, almari sliding door, aku tolak. Macam tak ada apa yang mencurigakan.

Tetapi, bila tengok rak paling bawah ada kotak. Kotak berwarna coklat itu aku bawa keluar.

Aku Jung shook lagi-lagi apabila aku terpandangkan anak patung arnab warna pink yang aku bagi Jung Kook ada dekat situ. Jam tangan yang aku bagi Jung Kook pun ada.

Apa semua ni?

Aku muka keluarkan barang lain yang ada dekat situ. Ada sebuah buku.

Diari ke?

Aku mula menyelak halaman buku tersebut.

12.3

Hai diari..

Hari ni aku dapat coklat free daripada Jung Kook. Secret admire dia yang bagi. Aku happy je. Tapi, kesian dekat secret admire dia tu.

15.7

Hai diari..

Hari ni aku dapat patung arnab free daripada Jung Kook. Serius Kook ni kejam arnab comel macam gini pun tak nak.

19.8

Hai diari

Aku punya persoalan dah terjawab. Aku dah lama nak tahu siapa Secret Admire Jung Kook ni. Rupanya Min Yoon Ri adik Yoon Gi hyung. Dunia ni kecil.

1. 9

Hai diari

Aku perhatikan dia daripada jauh, gigih dia letakkan hadiah untuk Jung Kook. Tanpa dia tahu Jung Kook selalu let go hadiah atau pemberian dia tu.

25.9

Hai diari

Aku pula yang jadi secret admire tanpa disedari. Aku mengaku aku dah suka dekat Yoon Ri. Entah lah, kenapa aku tangkap cintan.

25.4

Hai diari

Tahun ni tahun terakhir, aku dapat tengok crush aku. Aku berazam nak bagi dia hadiah sempena hari Jadi dia.

26.4

Hai diari

Aku berjaya, bagi dia gelang tu. Kau boleh bayangkan tak gembira nya aku?

Aku sayang kau Yoon Ri. 💗

Jadi, selama ni secret admire aku tu Hoseok?

Tbc

A/N: Hurm Akhirnya rahsia Hoseok terdedah juga...




(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now