37

426 52 32
                                    

  HOSEOK P.O.V 

Aku masih memikirkan cara untuk memujuk Yoon Ri. Puas aku pujuk dia tetapi dia masih tak dapat nak maafkan aku.

Ada satu jam lagi sebelum waktu kerja aku habis. Kerja pun dah siap.

Tiba - tiba interkomku, berbunyi. Yoon Gi hyung panggil aku.

Aku mengatur langkah menuju ke biliknya. Sebelum masuk, mestilah kena mengetuk pintu dahulu.

"Masuk". Ucap Yoon Gi hyung.

"Tuan Min nak saya beritahu pasal jadual besok ke?" Soal aku secara formal dengan Yoon Gi hyung. Berada di pejabat kan.

"Tak, aku tak panggil kau ke sini untuk cakap pasal benda - benda kerja ya,Setiausaha Jung. Tetapi, aku nak bincang dengan kau sebagai abang ipar kau. Masalah kau dengan Yoon Ri dah selesai?". Soal Yoon Gi.

"Belum, aku dah puas minta maaf tetapi dia tetap tak nak maafkan aku." Balas ku.

"Sekarang, kau duduk dulu."

Aku mengikut arahan Yoon Gi.

"Apa kata kalau aku brain wash dia? Mana tahu berkesan. " Cadang Yoon Gi.

YOON RI P.O.V

Aku berada di kereta dengan Yoon Gi si abang aku satu- satu nya. Dia mengajak aku pergi rumah kami.

"Dik, muka kau tu cerialah sikit. Jangan macam ayam berak kapur. Nanti aku tak nak anak kau lahir buruk, sebab kau buat muka."Ucap Yoon Gi.

Tsk, anak aku buruk sebab buat muka. Tak logik lah, Yoon Gi ni.

"Apa ni Abang, tak baik tau cakap macam tu." Ucapku.

"Tahu pun, jadi sila senyum." Ucap Yoon Gi. Dia juga menguntum senyuman di bibirnya.

"By the way, adik sampai bila kau nak macam ni dengan Hoseok? Lagipun , semua orang layak dapat peluang kedua. Tak kan kau nak tunggu apa - apa jadi kat Hoseok baru kau nak maafkan."Tuturnya serius.

" Abang ". Jerit ku. Tanda protes dengan apa yang dia cakap.

" Apa, betulkan apa yang aku cakap".

Aku terpaksa bersetuju akhirnya. Betul, nanti kalau sesuatu jadi pada Hoseok aku juga yang menyesal.

Akhirnya, sampai juga aku ke rumah agam milik keluarga aku. Kalau lihat daripada luar, memang gah rumah ni.

Yoon Gi dah pun keluar daripada perut kereta meninggalkan aku. Aku pun kemudian keluar daripada perut kereta.

Lalu, langkah ku atur masuk ke rumah agam ini. Destinasi yang ingin aku tuju ialah bilikku di rumah ini.

Namun, apa yang aku lihat  Sebaik masuk ke bilik ialah nota pesanan Hoseok yang tinggalkan untuk ku.

Pergi ke balkoni sayang.

Bilikku ini memang besar. Jadi, dilengkapi sekali dengan balkoni.

Aku menuju ke balkoni, sesekali aku rasa kan angin bertiup. . Aku lihat Hoseok, sedang melabuhkan punggung di buaian yang ada di situ.

"Hai, sayang."Ucap Hoseok. Senyuman terukir di bibirnya.

" Hai, Encik Suami. Pandai awak eh, guna kan abang saya untuk pujuk saya." Ucapku.

" Tu... " Dia tak habiskan katanya malahan menggaru-garu tengkuknya yang tidak gatal.

Lantas, Hoseok bangun daripada buaian itu menuju ke arahku. Tangan kananku diraihnya lalu dia melutut.

" Sayang, sorry sangat. Seok dah tak tahu cara apa lagi nak guna untuk pujuk sayang. Jadi, bila Yoon Gi hyung kata nak tolong Seok on je. Sayang, please maafkan Seok. Seok, janji tak buat lagi. Seok tak nak main-mainkan sayang lagi. Please, maafkan Seok. Seok tak boleh lah sayang benci Seok macam ni. Seok tak lengkap tanpa sayang. You are my light. My sunshine ". Ungkap Hoseok. Tangan kananku dikucup sekilas.

Aku geleng kepala, nak menangis pun ada. Aku terharu dengan ungkapan dia.

Nampak ketulusan pada ungkapan dia tu.

Seriuslah, aku pun rindu dia. Sebenarnya, aku dah maafkan dia pun cuma aku nak uji dia saja.

" Seok, boleh tak awak bangun dulu. "Pinta ku.

" Tak nak, selagi sayang tak maafkan Seok. Seok tak nak bangun".

"Saya dah maafkan awak. Saya saja je nak uji awak. Jadi, please bangun. Saya rindu awak. In fact, senyuman lesung pipit comel awak tu". Ungkap ku.

Hoseok lantas bingkas bangun. Pinggang ku mulai dirangkulnya.

"Sayang, thanks, Seok happy sangat."

Aku pun bahagia. Asalkan aku bahagia.

Tbc...

A/N:Sorry utk adegan novel Melayu ni.

Wkwk

BTW tgok Nur x...

Trend kn
Ustaz Hamadi dh mati x sangka


Trend kn Ustaz Hamadi dh mati x sangka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now