30

403 53 29
                                    

YOON RI P.O.V

Masuk kali ni dah dua kali dah aku muntah. Dah kenapa pula?

Tak kan masuk angin, salah makan. Aku tak faham dengan diri aku ni.

Kepala pun pening. Rasa mual.

Mak mertua aku pula datang tiba-tiba. Dia lantas mendekati aku.

"Ri, kamu okay tak ni. Omma dengar bunyi macam orang muntah tadi". Ucap Omma.

"Entahlah, omma. Ri pun tak tahu. Rasa tak sedap badan."Ucapku.

Selesai aku habiskan kata, aku rasa nak muntah lagi. Lantas aku pergi ke singki dan muntah dengan segala rasa yang ada.

Usai muntah, mulut aku cuci. Serius, penat.

" Ri, jangan - jangan dalam perut kamu ni ada isi kot". Ucap mak mertua aku.

Asdfffghjbnybmubbh. Tak mungkin.

"Tak lah, omma."Balas ku.

"Tak ada, kamu tunggu sekejap omma nak ambil sesuatu."Ucap mak mertua ku.

Kemudian dia tinggalkan aku bersendirian. Tak lama kemudian, dia muncul.

" Ni pregnancy test kit. Kamu cuba check pakai benda ni".

Lantas pek ujian kehamilan bertukar tangan.

Aku bawa pek ujian kehamilan itu, untuk tunjuk hasilnya. Dua garis merah jelas terpapar  di pek ujian  kehamilan itu.

"Ri, betulkan cakap omma. Omma ni lagi makan garam daripada kamu. Tahniah, kamu bakal jadi mama". Ungkap omma.

Tubuhku dia peluk, kedua - dua pipi ku dia cium.

Aku tak mampu nak kata apa. Bak kata orang putih speechless.

__________

"Betul kamu nak balik ni?". Soal omma mertua ku.

Aku menggangguk. Aku rasa aku okay sahaja.

"Yelah, jaga diri dan jaga bakal cucu omma tu elok-elok."

Sekali lagi kami berpelukan.

________

Usai memasukkan kata laluan yang betul pintu apartment aku kuak.

Ting!

Oh rumah ku syurgaku.

Aku dah terbayang nak landing atas katil. Namun, belum sempat kaki aku atur ke bilik tidur, ada suara yang  menegur.

"Wow, baru balik nampak?". Ucap suara itu. Siapa lagi Hoseoklah.

Aku ingat dia tiada di rumah. Keluar dengan perempuan durjana tu.

"Kenapa?"Soal ku.

" Aku saja tanya. By the way, kau sebenarnya tidur rumah siapa ni? ". Soal Hoseok.

"Asal awak nak sibuk. Baik, awak sibuk kan Song Mina. Sibukkan saya buat apa?". Ucap ku. Nadaku  agak tinggi.

Biar lah jadi isteri hanat pun. Kisah pula aku.

Aku baru ingin mengatur langkah. Namun, tindakkan Hoseok yang memegang lenganku membuat kan aku menghentikan langkah.

" Asal kau kurang ajar sangat? ". Soal Hoseok.

Aku hanya mampu tersenyum sinis.

"Saya kurang ajar pun, siapa saya bagi awak? Saya kan cuma perempuan murahan. Patut pun biadap."Hambur aku puas.

Aku perasan riak wajah Hoseok nampak marah. Lebih tepat lagi tahan marah.

Aku tak peduli, aku tinggalkan dia lalu menuju ke bilikku. Tetapi, baru berapa langkah, pandangan aku jadi kabur . Aku tak sedarkan diri.

HOSEOK P.O.V

"Tahniah, Encik. Isteri Encik mengandung. Saya nasihat kan isteri Encik tidak membuat sebarang pekerjaan berat dan banyakkan berehat. Lagi satu, pasal emosi dia jangan buatkan  dia stress sebab tak bagus untuk kandungan. Yelah ibu mengandung ni sensitif sikit". Ucap doktor wanita muda yang bernama Bae Irene itu.

"Terima kasih, doktor. Saya akan ingat nasihat doktor itu." Ucapku.

Aku tak percaya aku akan jadi ayah.

_________

Sepanjang dalam kereta, aku dengan Yoon Ri tak borak apa pun. Kami hanya diam seribu bahasa.

Dia terlalu sibuk pandang luar. Seolah-olah, semua bangunan yang di lewati indah bagi dia.

Aku terabai.

Aku yang bodoh di sini.

Aku yang pilih jalan ni. Jadi, aku kena terima akibatnya kalau Yoon Ri marah kan aku.

Tbc.....

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now