27

356 54 25
                                    

YOON RI P.O.V

Aku tak buat apa pun di rumah. Hanya sekadar mengisi masa dengan menonton drama Goblin.

Lee Dong Wook hensem tu. Rugi tak layan.

Pasal Hoseok, entah lah aku malas nak memikirkannya. Dah tiga minggu berlalu sejak peristiwa penjelasan  yang aku minta itu.

Dia dah jarang balik. Kalau balik pun lewat malam. Mungkin sibuk dengan perempuan durjana tu.

Aku tak nak fikir lebih - lebih. Hatiku yang sakit nanti.

Ting!

Bunyi dentingan menandakan seseorang telah pulang. Tak dapat aku sangkal lagi, tentulah Hoseok tak kan orang lain.

Namun, dia tak pulang keseorangan, Song Mina turut mengikutinya.

What the heck!

Suka - suki cola-mola  kau sahaja, bawa dia ke sini. Tetapi, tulah rumah ni kan rumah dia.

Dia berhak. Aku saja yang menumpang.

"Honey, duduk dulu eh. Honey nak apa - apa tak?". Soal Hoseok.

"Nak fresh orange". Ucap Mina.

Nampak tak betapa caring nya Hoseok dekat perempuan tu.

"Yoon Ri kau tak pekak lagi kan?" Soal Hoseok.

"Ya, Encik Jung saya dengar."Ucapku.

Aku sengaja panggil Encik. Yelah, orang terhormat kan.

" Kalau macam tu, aku nak kau bawa kan fresh orange untuk Mina. Faham tak? "Arah Hoseok.

" Baik Encik saya faham". Ucap ku.

Kelibat Hoseok menghilang daripada ruang tamu. Aku pula lantas ke dapur, membuat pesanan Mina.

Usai selesai menuang fresh orange aku menghantar nya ke ruang  tamu.

"Ni fresh orange yang awak nak tu". Ucap ku. Lalu fresh orange di dulang aku letakkan di atas meja.

"Boleh tak kalau awak ambilkan fresh orange tu untuk saya?". Pinta Mina.

Nampak tak gedik Mina ni. Rasa nya skala berapa eh?

Aku masih memenuhi permintaannya. Gelas fresh orange aku hulurkan ke arah nya.

Aku baru hendak me lepas kan di saat, dia menyambut gelas yang aku hulurkan. Namun, gelas itu sengaja dibiarkan terhempas ke lantai.

PRANGG!

What the fish..

Apa yang durjana ni tengah buat? Motif apa?

"Apa yang berlaku ni?" Soal Hoseok. Baju nya telah bertukar.

"Seok, tengoklah isteri awak ni. Dia sengaja nak jatuhkan gelas padahal saya belum minum lagi. Sampai macam tu sekali dia benci saya". Ucap Mina.

Aku tayang muka Jung Shook. Dasar attention seekers .

"Apa yang kau buat ni?". Soal Hoseok.

"Saya ____. Belum aku habis kan kata dia dah potong.

"Tak payah nak saya-sayalah. Aku tak nak dengar alasan kau Sekarang ni aku nak kau bersih kan kaca ni. Tak kan kau nak tunggu aku dengan Mina jadi mangsa baru kau nak bersihkan." Bentak Hoseok.

"Sekejap saya nak ambil sapu".

Aku terus menuju ke dapur untuk ambil penyapu.

"Dahlah honey bosan dah   kat sini. Jom kita keluar."Ucap Hoseok.

Aku boleh dengar apa yang dia cakap tu. Entah, malas nak fikir, perasaan aku dah cukup terluka.

Apabila aku sampai sahaja di situ, aku terus menyapu kaca berselerakan. Tetapi, aku perasan Hoseok dengan Mina tengah duduk dI sofa.

"Seok, kaki awak terkena kaca. Ni semua perempuan ni punya pasal." Ujar Mina.

Shit! Perempuan ni.

"Takkan nak tengok je Seok macam ni pergi lah ambik first aid kit". Kata Mina.

Aku pun bergegas mengambil first aid kit. Sebaik sampai, aku membuka kotak kecemasan itu, ingin mengeluarkan tisu dan antiseptik.

"Kau tak payah lah buat biar Mina yang buat". Ucap Hoseok.

Hati aku retak seribu. Usahaku diabaikan begitu sahaja.

Aku berlalu pergi lalu mengambil mop untuk mengelap air tumpah tadi.

Usai mengemop, aku tidak ada apa-apa yang perlu di laku kan. Aku terus menuju ke bilikku.

Lantas melayan perasaan. Mutiara jernih sekali lagi mengalir daripada pipi ku.

Tbc


A/N:BTW, thanks for the 700+ readers and 200+ votes. 💜💜💜.
Sis seriously x sangka.. Ingat dpt 500+readers je..

Terima kasih sangat2💗💗💗

(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now