34

400 50 14
                                    

MINA P.O.V

Aku dapat panggilan daripada nombor yang tidak di kenali. Aku lantas menggeser ikon hijau untuk menjawab panggilan itu.

"Hai, sayang. Kau cam aku lagi". Ucap suara  si pemanggil.

Aku rasa aku tahu siapa dia. Min Gyu. Tak mungkin.

"Mana kau dapat nombor aku?". Aku bertanya.

Aku bertanya sebab aku sudah menukar nombor ku.Tetapi, dia dapat tahu pula.

Aku lupa dia kaya mampu membuat segalanya. Apa kemahuannya mampu ditunaikan .

"Kau nak apa?" Soal ku kasar.

"Aku nak jumpa kau sayang. Kalau kau tak nak datang, aku akan pastikan lelaki yang duduk serumah dengan kau tu mati." Tutur Min Gyu daripada dalam talian.

Tch, sah dia dah gila.

"Aku akan jumpa kau". Ada keterpaksaan di situ.

Aku tak rela. Namun, aku tak nak Hoseok atau Jimin jadi mangsa.

"Tak payah jauh - jauh. Aku ada dekat  bawah ni. Dekat apartment kau. Cepat aku tunggu ". Ucap nya lalu diiringi tawaaan .

Lalu, talian ditamatkan.

Aku terus keluar meninggalkan rumah. Lalu, menuju ke lift.

Sampai di bawah, berdekatan pintu masuk, dia menunggu ku dengan pakaian serba hitam.

Kacak tetapi sayang hatinya tak sekacak itu.

"Wow, kau nampak comel dengan  baby bump tu. Apa lagi dengan kemeja pink ni.Kau buat aku teringat zaman aku bercinta dengan kau. " Ucap Min Gyu diringi tawaaan sinis.

"Terus terang Gyu, apa yang kau nak?". Aku bertanya. Walau diri dilanda ketakutan.

Tubuhku menggigil. Peluh mula dirasai.

Dia mula mengeluarkan pisau. Aku dah seram.

Dia nak bunuh aku ke?

Aku cuba berundur. Ingin melarikan diri.

Namun tak mampu, dia lagi pantas daripada aku. Lantas, pisau yang dia pegang dia tusuk ke perut ku.

Spontan tubuhku terjelopok jatuh. Tangan ku memegang tempat kawasan tikaman yang dibasahi darah.

Aku meringkuk kesakitan. Kesakitan yang luar biasa.Pedih mencucuk.Rasa nyawa di hujung tanduk.

Ini ke pengakhiran aku?

JIMIN P.O.V

Aku baru selesai photoshoot. Aku sebenarnya seorang model.

Tetapi, suam-suam kuku sahaja. Bolehlah hidup.

Walau muka seiras Jimin Bts. Populariti aku tetap tak sama. Dia popular aku apa sahaja yang ada.

AKu lantas berjalan menuju pintu masuk apartment. Tetapi, tiba-tiba aku perasan ada susuk tubuh terbaring.

Aku macam kenal warna baju tu. Sebab Mina pinjam baju tu dekat aku.

Mina ke?

Aku lantas mendekatinya. Aku cuba mengenal pasti identitinya.

Betul, Mina. Mina terbaring dengan darah membasahi baju kemeja pink ku.

Aku terus mengangkat tubuh belakangnya. Lantas, aku mula memangku nya kepalanya.

"Apa dah jadi ni Mina".

Mina tak membalas. Wajahnya pucat dan peluh membasahi wajahnya.

Aku takut. Tetapi, aku kena selamatkan dia. Tubuhnya aku cempung menuju ke kereta ku.

Aku tak peduli baju yang mula dinodai darah. Begitu juga kereta ku.

Destinasi yang aku  tuju ialah hospital. Aku pandang Mina.

Kau kena selamat Mina.

Tbc.....


(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now