21

371 59 14
                                    

YOON RI P.O.V

Aku sedang meletakkan barangan dapur di troli. Manakala, Hoseok pula menjadi tukang tolak troli.

Sebenarnya dia juga membantu memiliki barangan dapur yang hendak di beli.

Cermin mata aku betulkan sedikit. Langkah ku atur ke rak seterusnya. Rasanya dah banyak yang aku beli, jadi nak beli apa lagi?

"Sayang, ada apa - apa lagi yang nak di beli?".Hoseok bertanya.

"Opps, Ri rasa Ri nak beli aiskrim oreolah". Tutur ku.

Entah, tiba - tiba sahaja teringin nak makan.

"Wow, sayang craving eh. Jangan - jangan sayang dah____"Ujar Hoseok tanpa habis kan katanya. Hanya sekadar memberi isyarat.

Aku pula menjegilkan mata, apabila dia fikir sehingga ke situ. Aku masih datang kotor, memang tak lah nak berisi nya.

Mengarut sahaja shuben aku ni. Untung sayang. Habis ingat orang yang hamil saja ke yang boleh craving.

"Sayang, jangan lah marah. Seok gurau je. Jangan sensitif sangat." Tutur Hoseok.

Usai selesai membayar, kami ingin beredar meninggalkan supermarket ini. Entah malang tak berbau, aku hampir dilanggar kereta kerana kecuaianku .

Aku tergesa-gesa untuk melintas sedangkan aku melihat kereta ku agak hampir dengan ku.

Aku memang tak sayang nyawa gamaknya.

Hoseok dengan pantas menarik tubuhku.Jadi, aku selamat.

"Ya, Yoon Ri kau kenapa eh? Dah nak mati sangat ke? Ke bodoh? Dah tahu kereta tu dah dekat kenapa nak lintas juga. Menyusahkan betullah". Tengking Hoseok.

Aku terkedu. Aku tak sangka Hoseok akan tengking aku macam tu.

Aku tak tahu kenapa tetapi aku sentap.Sepanjang dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri.

Layan perasaan sendiri. Air mata yang mengalir daripada tubir mata aku seka.

_______

HOSEOK P.O.V

Aku perasan Yoon Ri hanya mendiamkan diri sejak aku tengking dia tadi. Aku tiada niat cuma geram apabila dia cuai tadi.

Aku tak sangka pula dia merajuk. Hati tisu rupanya adik Yoon Gi hyung.

Sesekali aku buang pandang ke arah Yoon Ri, aku rasa dia menangis. Tetapi, aku hanya mendiamkan diri.

Sampai di rumah, dia masih lagi merajuk.

Setelah itu, aku tunggu dia untuk tidur, tetapi mesti dia tidur dekat bilik dia.

Malam tu, aku tidur bersendirian tanpa dia.

Baguslah Hoseok sakitkan hati dia lagi.

Tbc ...

A/N:Ff ni x kn sampai 30 chap.. Kejap lgi tamat lh..

 

     

(C) I See U[JHS] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang