18

426 61 49
                                    

YOON RI P.O.V

Untuk kali pertama, aku menjejakkan kaki ke dapur untuk memasak. Hebat bukan?

Min Yoon Ri eh bukan Jung Yoon Ri memang buang tabiat kalau dah ke dapur.

Sekarang, aku tengah sibuk memotong kimchi kepada kepingan kecil. Aku ingat nak masak stu kimchi.

Tak tahu lah apa rasanya tetapi resepi aku dah Google. Bawang aku dah kupas.

Bawang Holland belum lagi.Mungkin setelah ini.

Sedang ralit memotong bawang, aku pandang Hoseok yang sedang bermain IPhone nya. Entah, apa yang dilihatnya aku pun tak pasti.

Tiba-tiba, aku perhatikan telefon pintarnya itu bergetar  lalu dia menjawabnya.

Lalu, aku perhatikan dia, dia melangkah ke dapur. Kemudian, dia mencapai mug dan membuka kulkas.

Lalu air masak dituang ke dalam mug itu. Usai selesai, dia terus meneguk air itu.

"Ya, sayang. Kan Seok dah janji nak pergi LA dengan sayang."

"Apa? Rindu? Seok pun rindu sayang. Tapi, kan lusa kita jumpa."

"So, jangan sedih-sedih, Jamie sayang."

"Bye".

Panggilan pun ditamatkan.

Jamie, siapa dia? Hoseok ada girlfriend lain selain Song Mina?

Seriuslah, tetapi kenapa aku kena sibuk pula. Entah, kau ni Yoon Ri.

Entah kenapa, aku tetap berani untuk menyoalnya.

"Seok, boleh tak aku nak tanya sesuatu?". Soalku.

"Boleh, sayang. Tanyalah apa sahaja, Seok sudi menjawab". Balas Hoseok. Dia tersenyum.

"Aku dengar tadi kau sebut Jamie? Jadi, siapa Jamie tu?" Soalku lagi.

"Sayang, Jamie tu sebenarnya girlfriend Seok."Jelas Hoseok.

Apa? Girlfriend? Aku Jung shook. Jadi, dia ada girlfriend lain.

"Sayang, Seok ada hubungan dengan dia sejak sebelum kita kahwin lagi. Seok, minta maaf tetapi dia sayang kan Seok dan Seok sayangkan dia juga. Lagipun, dia penting untuk Seok. Jadi, Seok harap sayang boleh terima semua ni". Tokok Hoseok.

Riak wajahnya serius, aku tahu dia tak main-main.

Terima semua ni? Dia ingat aku ni apa?

Sedap sahaja kau nak madukan aku? Kalau kau dah kenal dia sebelum aku jadi isteri kau? Kenapa aku yang kena kahwin dengan kau? Kenapa kau tak kahwin dengan dia?

Aku tak tahu kenapa aku dihambat emosi hari ini. Aku tak ada perasaan pada Hoseok tetapi kenapa aku kena ada rasa sakit tu.

"Sayang, jangan marah please. Tak mahu lah merajuk gini." Ucap Hoseok  lalu dia memelukku dalam dakapannya.

"Mana ada aku marah. Jadi, tolong lepas". Ungkap ku lalu meleraikan pelukannya.

Aku jujur berasa tenang dengan pelukannya.

"Sayang, dah okay? Mari Seok tolong masak. Nanti bila dah siap, kita makan lepas ni Seok kena kemas baju". Tutur Hoseok lembut.

Kemudian, dia mula membantu untuk memasak. Tetapi, jangan ingat aku boleh lupa tentang Jamie.

Perempuan tu shit!

Tbc.

A/N:Cer teka siapa Jamie?

Akk hadiahkan gula2 🍭kalau Betul... Wkwkk







(C) I See U[JHS] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora