17

447 64 38
                                    

YOON RI P.O.V

Aku telah selesai mengenakan dress pemberian Hoseok yang berwarna biru cair. Boleh tahan lah dress yang dia pilih untuk aku.

Nampak ada gaya. Lagipun, aku memang cantik. Jadi, aku memang akan nampak cantik tak kira baju apa yang aku pakai.

Jelas terpancar sikap diva aku ini .

Sekarang hanya mekap yang belum aku kenakan. Lalu, bedak air cushion jenama Laneige aku tepek di muka.

Usai itu, lipbalm strawberry aku oles kan ke bibir. Terserlah warna merah di bibirku.

Paling akhir, aku memakai minyak wangi jenama Fantasy supaya tubuh ku berbau segar dan harum.

Setelah itu, aku pun keluar meninggalkan bilikku. Sebaik aku melangkah ke ruang tamu, kelibat Hoseok yang tampan berbaju kemeja biru cair.

Hari ini aku dan dia sekali lagi jadi pasangan termanis.

"Sayang, dah siap jom kita pergi". Ucap Hoseok. Lembut bicaranya.

Tanganku dia raih lalu mula memegang erat tanganku. Sumpah, dia dah berubah jadi Mr sweet.

Aku hanya biarkan sahaja. Walau  rasa kekok menyelubungi diriku.

_______

Sampai di restoran, aku perasan restoran ini nampak sunyi sepi. Kenapa eh?

Tak kan Hoseok sewa restoran ini untuk malam ini. Seriuslah.

Aku dengan Hoseok duduk dekat meja yang di tempah. Setelah itu, kami mula membuat pesanan.

Aku dengan Hoseok sepakat untuk makan steak. Untuk menghilangkan kan keheningan, aku ajak dia berborak.

"Hoseok, kau sewa ke restoran ni?". Soalku.

"Sebenarnya bukan Seok sayang tapi Yoon Gi hyung ". Ungkap nya.

"Oh". Hanya itu yang mampu aku balas.

Biarpun begitu, aku hargai apa yang dia buat. Abang Yoon Gi aku pun tak kurang sweet untuk sewakan restoran ni.

Akhirnya stik yang kami tunggu sampai. Aku baru nak mula makan tetapi Hoseok pintas aku.

"Sayang, boleh tak Seok tolong potongkan stik untuk sayang?".Pinta Hoseok.

Aku hanya menggangguk. Lantas, pinggan stik bertukar tangan.

Usai selesai, dia mengembalikan pinggan berisi stik.

"Sayang, makanlah Seok dah potongkan". Ucap Hoseok. Senyuman tak lekang daripada bibirnya.

"Gumawo". Ucap ku, lalu mula makan.

Selesai makan, aku berfikir kami akan balik tetapi nampak gaya nya tidak.

"Yoon Ri shi, belum habis lagi. Tunggu sekejap". Ujar Hoseok.

Apa lagi, dah makan baliklah. Tak lama kemudian, datang seorang pelayan membawa kek.

Aku dah pelik. Nak kata anniversary aku dengan dia?Kahwin pun belum setahun, nak sambut apa?

Hari jadi aku. Aku lupa.

Seriuslah, dia ingat hari jadi aku.

Kek dah bertukar tangan. Kali ini, Hoseok memegang kek itu.

"Saengil chukkhahamida, saengil chukkhahamida,
Saengil chukkhahamida, saengil chukkhahamida Yoon Ri, tiup lah jangan lupa wish."Ucap Hoseok.

Aku nampak dia excited sangat nyanyi kan lagu itu untuk aku. Aku rasa terharu.

Rasa air mata nak menitis. Eh, gurau jer. Taklah sampai macam tu.

Aku tiup lilin. Kek kemudian diletakkan di atas meja.

" Seok kenapa kau buat semua ni? ". Soalku. Aku nak tahu juga.

Nampak pabo (bodoh) ke soalan aku ni?

"Sayang kan, isteri Seok. Jadi, tarikh hari ni penting untuk Seok". Tutur Hoseok.

"Terima kasih, Seok". Ucap ku.

"Sayang, jangan lah ucap terima kasih. Seok belum habis lagi, cuba buka ni". Arah nya. Satu kotak berwarna merah jambu dihulur kepada ku.

Aku membuka kotak tersebut. Ada seutas rantai berloketkan bentuk hati.

Aku tergamam. Speechless.

Dia buat semua ni untuk aku. Tapi, hati aku langsung tak terbuka untuk dia.

Jahatnya aku.

"Sayang, rantai ni untuk Ri. Hadiah hari Jadi yang pertama Seok sebagai suami Ri."Ucap Hoseok.

" Apa yang kau buat ni terlebih untuk aku Seok.Terima kasih sangat - sangat".

Jari telunjuk di letakkan dibibirku. Faham, lah aku dia ingin aku diam.Lantas,rantai di pakai kan di leher ku.

Kenapa kau terlalu baik Seok. Maaf, kalau aku tak boleh terima kau lagi.

Tbc.

A/N:Apekah yg akk tulis yini. Maaf atas kemerapuan ini.

Next, Yoon Ri kna tinggal.... Hahaha well.. Padan muka..

Abg Seok minta kiss ada yg nak bagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Abg Seok minta kiss ada yg nak bagi.

(C) I See U[JHS] Where stories live. Discover now